CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7651|Reply: 68

[Tempatan] Catu arnab panggang 10 ekor sehari

[Copy link]
Post time 2-6-2018 09:54 AM | Show all posts |Read mode
SETIU - Peniaga arnab panggang yang pernah menjadi tular pada Ramadan tahun lalu, terpaksa mengehadkan jualan 10 ekor daging arnab sehari untuk dijual di Bazar Guntung Luar, di sini.

Peniaga, Mohd Ebbie Shafiran Zahari, 28, berkata, dia terpaksa berbuat demikian untuk memastikan bekalan tersebut mencukupi sepanjang bulan puasa.



Mohd Ebbie menunjukkan arnab yang dipanggang dalam peralatan khas memanggang di Bazar Guntung Luar, di sini.

"Tahun ini kena catu 10 ekor sahaja sehari untuk jimat stok, saya bajet stok untuk sebulan, tak nak jadi macam tahun lepas jual 30 ekor sehari, lepas tu habis dan esoknya tak sempat cari stok lain.

"Apabila catu setiap hari, saya boleh sediakan arnab panggang ini, kalau tidak ia menjadi masalah kepada orang (pelanggan) jauh seperti dari Kota Bharu, Kelantan dan juga Kuala Terengganu," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Bazar Guntung Luar, di sini.

Mohd Ebbie berkata, dari segi harga pula ia sangat berbeza berbanding tahun lepas.

"Harga berbeza dari tahun lepas sebab tahun ini guna arnab pedaging sedangkan tahun lepas beli dengan orang kampung.

"Seekor dijual antara RM65 hingga RM75 mengikut saiz manakala RM33 hingga RM38, bagi sebelah (separuh) berbanding sebelum ini dijual RM45 ke atas bagi seekor," katanya.

Arnab panggang yang dijual kali ini juga lebih besar, kualiti dan kuantitinya juga banyak berbanding tahun lepas.


Arnab panggang dijual pada harga antara RM65 hingga RM75 seekor.

Mohd Ebbie berkata, walaupun harga tinggi, ia masih mendapat permintaan pelanggan termasuk dari Kota Bharu dan Kuala Terengganu yang datang ke bazar berkenaan semata-mata untuk membeli arnab panggang.

Selain menjual pada bulan puasa, dia turut membekalkan arnab sejuk beku yang telah diperap pada hari-hari biasa, selepas mendapat permintaan sejak Ramadan tahun lalu.

Harga bagi sepaket arnab sejuk beku itu dijual RM17 bagi 250 gram.

Sementara itu, mengimbas kembali, pada Ramadan tahun lalu, Mohd Ebbie menerima pelbagai komen daripada netizen termasuk komen negatif apabila melihat gambar dia memanggang arnab iaitu makanan kegemarannya di bazar sama bersama kepala, menjadikan arnab berkenaan kelihatan seakan seekor kucing.

Bagaimanapun, arnab panggang mendapat permintaan tinggi selepas ia menjadi tular sehingga bekalan arnab mentah pula terputus berikutan permintaan tidak putus-putus termasuk dari luar Terengganu.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
takde jual kepala ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sedap ooo arnab.. sate dia pun sedap
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 10:16 AM | Show all posts
amboi harga, dah boleh pergi makan buffet ramadan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahal yee... tp ada jugak org beli
Klu dia kerat kepala tu xboleh ke?... jd kesian pn ye geli pn ye nmpk rupa kepala seketul tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik iols pernah terkedu makan kari arnab masa marhaban raya 5 tahun lepas
Memula ckp sedap bagai kat pakcik tu...
Pastu pakcik tu ckp..tu kari.arnab...sedap..daging dia.lembut bla bla bla...
Trus dia n kawan kawan terkedu teringat arnab kat umah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2018 11:44 AM | Show all posts
kejam

arnab pun nak hidup

banyak lagi makanan lain
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya. Dah mcm kat Menado pulak bakar2 binatang tepi jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2018 11:46 AM | Show all posts
Tu dia harga. Mahal. Makan 1 kali dalam sebulan je la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk pun tak sampai hati....apa lagi nak makan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian arnab
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tak sampai hati nk mkn.... kejam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Arnab tu rupa dah mcm mermaid tergantung gitu

Anyways, why so mahal? Rabbit antara binatang yang senang nak breed kut. ada saying breed like a rabbit..asyik beranak je kerjaan dia. So why so mahal?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 2-6-2018 12:28 PM
Arnab tu rupa dah mcm mermaid tergantung gitu

Anyways, why so mahal? Rabbit antara binatang yang  ...

Meols tgok dh macam jenglot.aduh siannye arnab so comel why dimakan meols penah bela arnab byk kt kampung tp asik beranak so kita bg org je dh sbb byk sgt.Sbb bapak meols pon xtergamak nk makan arnab yg kita duk main2 tiap ari tu.Tp yes bela arnab ni cpt sgt deme mbiak sdr2 beranak n beranak tktahu bila masa dia bunting.Lg satu arnab ni xpenah kenyang asik la nk mencekik je palet n sayur2 krup krap
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal nya..arnab bukan ke antara binatang yg paling senang membiak.
Itik pun sedap..aku suka daging itik..tak sabar nak balik beraya umah makcik kat Pahang.
Dia ada bela arnab n itik..rendang itik air tangan makcik aku best in the world
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 2-6-2018 11:37 AM
Pakcik iols pernah terkedu makan kari arnab masa marhaban raya 5 tahun lepas
Memula ckp sedap bagai ...

pernah gak termkn arnab rendang..daging lembut,tulang pun lembut jer.bila kwn kata tu daging arnab terus berkejar ke toilet..muntah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2018 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
beautifulliar replied at 2-6-2018 01:14 PM
Meols tgok dh macam jenglot.aduh siannye arnab so comel why dimakan meols penah bela arnab byk kt  ...

Aar mzz pernah bela dulu. Start dari sepasang..jap je dah jadi 50 ekor. Asyik beranak je. Kadang2 jual kat pet shop..diorang suka beli anak dia. Tapi bila dah terlalu banyak terus let go semua kat tauke satay. Sedih juga lah masa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya ummah meleis yg terdesak nak mkn renab....dah lah g vogelkan bulu renab..dah boling mcm katak je aku nengok..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x buang kepala?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
i xleh makan sbb kesian
Rupa comel n bijak cm kucing
X tergamak
Hmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.076498 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list