"Sebut soal kahwin, saya memang berniat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat,
bukan tahun ini mungkin tahun hadapan."
Wah! Mesti ramai peminat teruja dengan kenyataan pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak ini, kan? Yalah, sudah lama dirinya terpalit spekulasi kononnya sedang bercinta dengan pelakon Mira Filzah.
Memetik Astro GEMPAK, Zizan mahu hidup bahagia dengan pasangan pilihannya, bukan sekadar berkahwin sahaja.
"Segalanya masih dalam perancangan. Saya tak mahulah nak kahwin sekadar nak kahwin, tetapi saya mahu hidup bahagia.
"Jadi, saya harus pilih yang terbaik," katanya kepada Astro GEMPAK.
Siapakah gerangan calon yang bakal disunting Zizan? Rasanya, ramai sudah dapat meneka, bukan?
"Sudah tentu dia perempuan. Buat masa ini lebih baik saya rahsiakan, kami masih dalam proses berkenalan.
"Saya tahu anda pun sudah tahu cuma saya takkan sebut," ujarnya.
Seperti pasangan lain yang bakal melayari alam berumah tangga, Zizan juga menyatakan hasratnya memiliki pasangan yang menjadi lebih daripada seorang sahabat.
Foto: IG Zizan Razak
"Dia perlu sesuai dengan hidup saya dan memahami satu sama lain, bukan sekadar tidur bangun bersama," ujarnya.
Siapakah gerangan calon yang bakal disunting Zizan? Adakah dia orang yang bermain di dalam fikiran semua orang ketika ini? - CARI |