|
Restoran Panggang menawarkan bufet BBQ dengan pelbagai hidangan bercirikan barat mahupun tempatan.
Restoran halal milik orang Islam ini menawarkan harga berpatutan.
Misalnya sempena bulan Ramadhan anda boleh menikmati bufet BBQ dengan hanya RM35! Bufet ini bertemakan makan semampu dan seboleh perut anda!
Terletak di Seksyen 7 Shah Alam, setiap hari menu yang ditawarkan adalah berbeza.
Antara yang disajikan di sini ialah kambing panggang, ayam panggang, makanan laut, pelbagai sajian pencuci mulut, teh tarik dengan isian semula percuma dan banyak lagi!
Foto: Facebook Panggang
Makanan-makan di sini disajikan mengikut bahagian seperti bahagian panggang, menu utama, menu sajian barat dan juga pencuci mulut. Anda harus mencuba sajian ikan masam manis di sini! Segar dan menyelerakan!
Foto: Facebook Panggang
Sempena bulan puasa ia dibuka dari pukul 6 petang sehingga 10.30 malam. Untuk tempahan anda boleh hubungi 018-3723317.
Foto: Facebook Panggang
Jom berbuka bersama kawan dan keluarga di Restoran Panggang minggu ni! -CARI |
|