CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2311|Reply: 0

RESIPI NON BAKE CHEESE CAKE

[Copy link]
Post time 10-6-2018 10:29 PM | Show all posts |Read mode




Kali ini saya ingin kongsikan dengan korang resipi pencuci mulut yang sangat unik dan sedap hasil penggunaan dari produk-produk Fonterra. Resipi ini merupakan resipi fusion hasil gabungan menu signature makanan popular dari Malaysia dan New Zealand
Kiwi Cheese Cake yang sejuk dan lembut dengan rasa yang sedikit masam dari buah kiwi sangat nikmat bila dihidangkan manakala lempeng yang merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu di belah pantai timur Malaysia. Lempeng yang kebiasaannya dihidangkan dengan sambal tumis atau kelapa ini diberi nafas baru dengan terciptanya resipi ini. Siapa sangka menu “kampung” kini boleh bergabung dengan menu “luar” diangkat ke suatu tahap yang lebih tinggi didalam makanan kita hari ini.

Dengan kandungan bahan tenusu digunakan di dalam hidangan ini, ia dapat membantu menu ini disediakan dengan kaedah yang cukup mudah dan ringkas, dan apa yang lebih penting ianya sudah semestinya bahan yang sangat berkhasiat.

Kiwi cukup sinonim dengan negara New Zealand. Penghasilan Kiwi Cheese Cake pula adalah satu gabungan resepi ringkas yang sangat bagus dengan beberapa tambahan bahan yang menjadikan rasanya sama rata. Ianya juga merupakan satu hidangan pencuci mulut yang sangat simple dan tidak perlu dibakar.

RESIPI MUDAH LEMPENG KIWI CHEESE CAKE

Berikut saya kongsikan bahan-bahan dan cara membuat "Lempeng Kiwi Cheese Cake" yang boleh korang cuba. Saya banyak menggunakan bahan-bahan dari produk Fonterra untuk kualiti dan rasa yang maksimum.

NAMA RESIPI :
Lempeng Kiwi Cheese Cake

BAHAN-BAHAN :

A.Kek Keju Kiwi
250g cream cheese
1/2 cawan castor
1 sudu besar gelatin
1 sudu kecil perisa vanilla
110g yogurt Anlene (biasa)
250ml susu Fearnleaf (low fat)
1 biji buah Kiwi

B.Lempeng
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
250ml susu Fearnleaf (low fat)
Butter (Anchor)
2 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:

A.Kek Keju Kiwi

Panaskan periuk, masukkan cream cheese dan gula castor, pukul sampai kembang.
Masukkan 1 sudu kecil perisa vanilla kacau sehingga sebati.
Panaskan 250ml susu dan tambahkan 1 sudu besar gelatin, kacau sehingga sebati.
Tuang susu panas yang ditambah gelatin tersebut ke dalam adunan dan kacau.
Tambahkan 110g yogurt ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam Loyang dan susun buah kiwi yang sudah dipotong kecil.
Biarkan adunan sejuk seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.

B.Lempeng

  • Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali garam dan butter. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Tapis dan rehatkan adunan sebentar.
  • Panaskan non-stick pan, letakkan sedikit butter dan sapu sehingga menyeluruh. Tuang 1/3 cawan adunan lempeng, sendeng-sendengkan kuali, agak adunan merata.
  • Bila permukaan lempeng nampak pucat dan tepinya renggang sedikit dari kuali, terbalikkan dan masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan
  • Selepas adunan A iaitu Kek Keju Kiwi di sejukkan di dalam peti sejuk selama semalam, keluarkan dan apit dengan Lempeng yang baru di masak.
  • Potong dan hias mengikut citarasa anda.


Selepas adunan A iaitu Kek Keju Kiwi di sejukkan di dalam peti sejuk selama semalam, keluarkan dan apit dengan Lempeng yang baru di masak.
Potong dan hias mengikut citarasa anda.

FIRST FEASTS FONTERRA BRAND MALAYSIA.

Korang semua berpeluang untuk menangi hadiah istimewa sempena dengan First Feasts Fonterra Brand Malaysia. Hadiah-hadiah menarik seperti Fujifilm Instax mini 8, Tefal Cookware dan produk Fonterra. Nak tahu caranya boleh ikuti langkah dibawah.

Cara penyertaan mudah saja :

  • Like Facebook page Fonterra Brands Malaysia
  • Like resipi LEMPENG KIWI CHEESE CAKE ini di facebook page Fonterra Brands Malaysia
  • Komen nama yang paling kreatif sekali di resepi ini dan tag 3 rakan anda
  • Share resipi ini untuk tingkatkan peluang korang untuk menang
  • Jangan lupa untuk cuba respipi ini ya. Selamat berpuasa korang.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.060566 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list