Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
135796
View
127
Reply
Post time 22-6-2004 11:43 AM | Show all posts

Definisi pengarahan Payung Mahkota

Utusan Malaysia

SEPERKARA yang menarik pandang tatkala menyaksikan pementasan muzikal Payung Mahkota ialah rambut panjang para pembesar dan heronya, Tengku Iskandar. Sebaliknya pula watak-watak pendekar, perajurit dan rakyat yang kelihatannya lebih kemas.

Suasana ini meninggalkan kesan dan pertanyaan apakah perlunya watak-watak sebuah pementasan purbawara seperti ini perlu menampilkan manusia-manusianya yang berambut panjang? Sedangkan pada masa yang sama terdapat pula watak-watak lain yang kelihatannya lebih kemas.

Barangkali pengarah pementasan ini berpendapat watak-watak ciptaan ini sewajarnya memiliki perwatakan sedemikian.

Mencipta kelainan

Cuma persoalan yang terbenih daripada pertanyaan ini adalah, apakah ia keperluan untuk mencipta kelainan pada watak-watak yang diilhamkan secara kreatif oleh Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP) selama ini.

Watak-watak pembesar dan seorang pemerintah dengan pakaian kebesaran yang berambut panjang dianggap tidak sesuai, walaupun pengarah boleh berpendapat ianya untuk memberikan sisi lain kepada tafsiran watak hero dan penting.

Apatah lagi secara lazimnya, pandangan lama kepada cerita purbawara bahawa antagonis selalunya memiliki penampilan yang tidak mempersonakan atau tidak terurus.

Barangkali pengarah mencuba sesuatu yang baru dan ternyata ianya bukanlah suatu percubaan yang dianggap baik atau kena pada gayanya.

Berpegang atau bertolak daripada sesuatu falsafah hakikatnya menguatkan asas pemikiran pementasan, namun apabila ia menjadi suatu kelaziman, timbulnya permasalahan untuk keluar daripada kepompong pemikiran stereotaip.

Teater muzikal Payung Mahkota ditulis dan diarahkan oleh Roslee Mansor. Pengarah Muziknya ialah Ahmad Muriz Che Ros sementara koreografernya Fahizal Ismail dan Wee Juann Lee.

Antara para pelakon yang menjayakan pementasan ini ialah Ayub Md. Tshir, Khairaniwati Rosli, Zuliana Zainal Abidin, Halawati Derasip, Roslee Mansor, Zamzuriah Zahari, Zaizul Adli Mamat dan Marhana Shanwan.

Payung Mahkota dipentaskan di Dewan Filharmonik Petronas oleh KSPP baru-baru ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2004 12:04 PM | Show all posts

Kaligrafi di mata Made Wianta

Oleh Jamudin Idris


MADE Wianta menunjukkan salah satu karya kaligrafinya.

APABILA disebut kaligrafi, ramai membayangkan ia seni tulisan cantik yang mempunyai mirip atau unsur tulisan Arab. Definasi itu tentunya tidak tepat jika seseorang merujuk kepada karya seniman tersohor Bali, Made Wianta yang cuba memberi makna kaligrafi Asia yang mengadunkan seni tulisan dengan palitan memberangsangkan.

Kaligrafi bagi Wianta, 54, tidak dapat pengertian huruf
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
 Author| Post time 24-6-2004 05:27 AM | Show all posts
2 more links..check it out



http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

http://www.sifoo.com/sifoov5/articles.php?do=view&id=38

[ Last edited by  fleurzsa at 27-4-2006 09:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2004 07:44 AM | Show all posts

Nafas - Kehalusan seni arca Raja Shahriman

Utusan Malaysia


Raja Shahriman Aziddin (tengah) memberi penjelasan kepada Siti Azizah Sheikh Abod mengenai arcanya sambil diperhatikan oleh Nur Hanim Mohamed Khairuddin.
--------------------------------------------------------------------------------
  
KEISTIMEWAAN arca beliau terletak pada keupayaan membentuk figura atau gerakan yang merupai figura yang menampilkan suatu kekuatan daya pembentukan bersandarkan imaginasi kreatif.

Karya-karya Raja Shahriman Aziddin sejak siri Tools dan Gerak Tempur menyerlahkan suatu kekuatan kreatif yang dimiliki oleh berbakat ini.

Beliau bukan saja mampu berbicara dengan besi-besi yang ditempa dan dibentuk, malah hubungan yang intim terbentuk kerana arcanya menjadi dunia fikir, lahiriah dan batiniah.

Malah khalayak dan peminat arca beliau pasti tidak boleh memisahkan hubungan seniman dengan dengan arca-arca dalam siri Gerak Tempur yang membayangkan suatu kekuatan dan kemantapan fizikal melalui tempaan figura.

Dalam siri terbarunya, Nafas, beliau cuba membuka persepsi baru kepada seni arca apabila meninggalkan figura manusia.

Mengambil gerak figura yang dengan pernafasan membawa khalayak turut sama mengalir dalam alunan tempaan yang melintuk-liuk.

Ternyata lintuk-liuk besi yang zahirnya keras dan sukar dibentuk menemui gerak lembut pada tangan seniman selaku pandai besi.

Pesona karya beliau tidak lagi pada figura yang memiliki perwatakan, sebaliknya, meneroka perjalanan kreatif seniman.

Kreatif dan seninya terletak pada kemampuan seniman mengolah bentuk daripada suatu kerja yang sememangnya kasar.

Arca-arca Raja Shahriman dalam siri Nafas adalah pergerakan figura tanpa perwatakan, tetapi cuba menyoroti sifat dalaman insaniah.

Berbanding dengan siri yang terdahulu, Nafas adalah ciptaan serba-serbi baru seniman, meninggalkan pengucapan silamnya yang bersifat agresif dengan penampilan seolah-olah hidup ini suatu keganasan dan kekejaman.

Pameran Nafas yang dikuratorkan oleh Nur Mohamed Khairuddin dan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod berlangsung sehingga 27 Jun ini di Balai Seni Lukis Negara.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2004 07:46 AM | Show all posts

Warisan budaya dalam Ghazal Party Queen

Oleh Fariza Saidin

BAGI kalangan masyarakat yang tinggal di utara terutamanya di Seberang Prai, Pulau Pinang, temasya ketika kenduri kahwin yang disebut Ghazal Party tentu tidak asing lagi.

Namun bagi generasi kini, budaya yang satu ketika dahulu menjadi mainan orang-orang kampung sebelah utara itu kini kian pupus ditelan zaman.

Sudah jarang kedengaran Ghazal Party menjadi acara utama ketika kenduri kahwin apabila permainan memilih Ratu Betis di kalangan kaum Adam merupakan kemuncak temasya.

Suasana inilah yang ingin dikembalikan oleh sekumpulan 30 ahli Angkatan Karyawan Aktif KL atau ringkasnya Angka pada teater berjudul Ghazal Party Queen yang akan dipentaskan selama lima malam bermula 30 Jun ini, pukul 8.30 malam.

Dengan kerjasama Majlis Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, teater ini dipentaskan bertujuan mengembalikan warisan budaya tersebut yang telah pupus.

Malah pementasan ini membawa mesej bahawa sehingga kini perasaan hasad dengki tidak pernah berkubur malah merupakan satu masalah sosial di era globalisasi ini.

Penulis kagum melihat kesungguhan para pelakon Angka yang kebanyakannya terdiri golongan remaja memetik budaya yang ditinggalkan nenek moyang kita satu ketika dahulu untuk diketengahkan kembali.

Di samping mengetengahkan budaya Ghazal Party, teater ini mampu mengusik kalbu penonton di sebalik unsur humor yang tersirat dan tersurat.

Antara barisan pelakon teater yang diundang terdiri Mubarak Majid dan Sabariah Hitam manakala watak utama dilakonkan sendiri oleh penulis skrip, Mohammad. Rodzi.

Tiket-tiket berharga RM12 (dewasa) dan RM10 (pelajar) boleh diperoleh di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ibrahim Akir talian 03- 77814455 sambungan 111 (waktu pejabat).
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2004 11:24 PM | Show all posts

Pua - Simbol cinta Elyna kepada warisan

Oleh NORZAILA ROSLI

RASA-rasanya tidak lengkap hidup kita jika tidak membicarakan soal cinta. Tetapi yang pasti, cinta mempunyai definisi berbeza dalam kehidupan setiap insan.

Jika Shakespeare boleh berbangga dengan karya cinta klasiknya Romeo and Juliet, ada sebab mengapa Elyna Effendi juga memilih cinta sebagai tema filem pertamanya, Pua.

Bukan cinta yang tersimpul antara dan suami tercinta, Casmad Sanuri atau Memed yang ingin dibicarakan di sini. Sebaliknya cinta yang terpahat pada kehalusan seni etnik masyarakat Iban membuatkan Elyna nekad mempertaruhkan tenunan kain pua kumbu menjadi judul filem pertamanya.

``Saya hanya mahu berkongsi dengan penonton supaya warisan yang sepatutnya kita hidupkan tidak lapuk ditelan zaman,'' ujarnya lembut menyusun kata.

Maka itulah khazanah agung kebanggaan masyarakat Iban itu diabadikan menjadi sebuah filem pendek selama 30 minit dan diselitkan dengan kisah cinta.

Pua boleh dianggap buah tangan pertama dan hasil peribadi puteri bongsu kepada Datin Farida dan Datuk Effendi ini. Lebih sepuluh tahun menghabiskan zaman remaja di England, Elyna ingin mengubat kerinduannya terhadap tanah air tercinta melalui filem.

Lahir daripada generasi baru, Elyna berasa bertuah mempunyai peluang mengumpulkan sumber-sumber yang ada untuk dipaparkan kepada masyarakat hari ini melalui pendekatan yang mudah iaitu filem.

Filem terbitan FE2 Productions Sdn. Bhd. itu memulakan penggambaran di Bumi Kenyalang pada 14 Jun lalu dan dijangka siap penghujung bulan depan.

Selain Perkampungan Budaya Sarawak, Pua turut menjalani penggambaran di beberapa lokasi lain di Kuching dan Batang Ai.

Seperkara yang menarik mengenai filem ini ialah walaupun ia berkisar tentang cinta, adat dan budaya sebuah kumpulan etnik tempatan, Pua mendapat sentuhan pengarah asing dari Australia iaitu Virginia Kennedy.

Selain bertumpu kepada suasana rumah panjang yang banyak menampilkan Sendi, heroin filem ini, terdapat juga upacara sambutan perayaan Hari Gawai dan Blah Pinang yang turut diselitkan dalam Pua.

Pua mengisahkan cerita seorang gadis Iban bernama Sendi (lakonan Nuran Syaziyah Razali) yang mempunyai status tersendiri.

Sendi umpama seorang puteri yang dilingkungi dengan adat dan cara hidup yang berbeza dari orang biasa.

Filem ini melambangkan transisi seorang gadis yang dilingkungi adat dan budaya kepada arus kemodenan.

Filem berlatarkan penjajahan Inggeris sekitar tahun 50-an di Sarawak ini menjadi menarik kerana pertembungan dua zaman.

Sendi dilakonkan oleh Nuran Syaziyah Razali, 20, aktres muda berdarah kacukan Melayu-Cina yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Sementara itu, Elyna yang mempertaruhkan suaminya sebagai hero percaya kekuatan yang ada pada Memed mampu menyokong filem tersebut.

``Ia sebenarnya tidak dirancang tetapi setelah mengadakan beberapa uji bakat, kami merasakan Memed adalah orang yang paling sesuai membawakan watak Gerasi,'' katanya.

Fleurzsa:  Setakat yang saya ketahui, belum ada penerbit Melayu yang merenungi secara mendalam dan menerbitkan secara serius tentang hasil seni ciptaan masyarakat Melayu, sejak zaman berzaman.

[ Last edited by fleurzsa on 27-6-2004 at 11:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2004 11:01 PM | Show all posts

Pameran karikatur di Hotel Concorde Shah Alam

LUKISAN karikatur atau lebih dikenali kartun memiliki sifatnya sendiri sebagai seni yang mendampingi manusia dan kehidupan.

Di sebalik sifatnya yang lebih menyerlahkan rasa humor, ia menyatakan suatu pandangan yang bersifat satira, kritis dan bernas.

Satira kartun biasanya kritikan yang berlapik dan tidak menyentuh secara langsung, namun sarat dengan kritikan yang pedas dan tajam serta memberikan kesan mendalam.

Daya tarikan humornya kepada khalayak serta keberkesanan dan kekuatan pandangan kritis menjadikan ia suatu bentuk komunikasi yang berkesan.

Pameran Mesra Alam Masyarakat Harmoni di Hotel Concorde Shah Alam memperlihatkan bagaimana karya bersifat figura ini memberikan sumbangan kepada seni dan pembangunan negara.

Dihasilkan oleh oleh kartunis popular tanah air, 40 karya yang menyertai pameran ini membuktikan ketajaman dan keprihatinan mereka terhadap isu berkaitan alam sekitar.

Lebih menarik 10 kartunis yang menyertai pameran ini mewakili pelbagai peringkat usia dan berpengalaman dengan beberapa majalah kartun popular seperti Gila-gila, Humor, Gelihati, Ubi, Ujang, Batu Api dan Gado-gado.

Kartunis yang menyertai pameran ini pula terdiri daripada Datuk Lat, Zainal Buang Hussein, Yaz Malee, Ubi, Inspektor Sahab, Padi, Duku, Sireh, Genesis dan Umbut.

Pameran yang mendapat sokongan Jabatan Alam Sekitar itu diadakan di Artists' Space, Hotel Concorde Shah Alam sehingga 31 Julai ini.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-55122200 sambungan 2281/2282/2283.

Fleurzsa: Fungsi kartunis tidak hanya utk berjenaka, malah dapat merakamkan isu kontemporari dlm masyarakat.  Kartun juga mampu menjadi bahan media yg baik kerana kerana kekukuhan mesejnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2004 02:35 AM | Show all posts

Kisahnya Cik Siti Wan Kembang

TENTU ada rasa bangga kalau disebut negeri berbudaya. Dan cuba bayangkan kalau menonton teater di dewan sekolah atau balai raya. Bolehlah bayangkan kalau tempat duduknya jenis bangku yang kena angkut. Lantai pula rata macam gelanggang bola futsal.

Cuma yang peliknya di seluruh negeri yang khabarnya berbudaya, tidak ada dewan pementasan yang lebih canggih kalau hendak dibandingkan dengan balai raya dan dewan sekolah.

Tentulah, kalau dirisik atau dijenguk ke negeri-negeri lain, kebanyakannya sudah ada tempat yang lazim dikenali taman budaya. Maka adalah dewan yang layak untuk dibuat pementasan. Lengkap dengan tempat duduk, sistem bunyi dan penataan cahaya yang selayaknya.

Maka bolehlah penggiat teater atau seni lain seperti tarian membuat persembahan di tempat yang rasanya paling tepat.

Macam di Kelantan. Khabarnya tidak ada dewan pementasan. Tidaklah mengharap sehebat Istana Budaya, tetapi memadailah macam taman budaya yang ada di negeri-negeri lain.

Memanglah teater boleh dibuat di mana-mana saja, kalau hendak. Bawah lampu jalan, atas pokok kelapa tepi rumah kampung atau buat macam penjual ubat tepi jalan. Itu tidak menjadi persoalan. Sebab kalau hendak buat gaya macam ini, memang tidak ada masalah. Pokok dan pangkalnya, hendak buat dan tidak hendak buat. Orang buta pun boleh buat persembahan tepi jalan untuk mengemis.

Tapi untuk suatu peringkat, sewajarnya kegiatan budaya dan seni memiliki tempat dan kemudahan untuk kelangsungannya.

Tentunya ada pihak yang bertanggungjawab melihat kekurangan ini. Rasanya majlis perbandaran boleh memainkan peranan.

Barangkali memang sudah ditakdirkan Cik Siti Wang Kembang nasibnya seperti ini. Harapnya, ini bukan cerita malang Pak Kaduk. Tidak ada dewan pementasan yang selayaknya, tatkala negeri lain seperti Selangor yang khabarnya membina bangunan setaraf Istana Budaya untuk kemajuan teaternya.

Kalau tidak ada, pun bukan persoalannya. Penggiat teater di sana boleh buat eksperimen. Buat teater di pentas terbuka seperti konsert dikir barat di stadium. Tentu menarik dan unik. Cubalah, ini satu cabaran.

Fleurzsa: Lain padang lain belalang....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2004 11:31 PM | Show all posts

Galeri merenung bintang

Oleh Azran Jaffar


DEK tempat memandang bintang, dihias sederhana dengan
kusyen dan set catur, tetap menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2004 11:40 PM | Show all posts

Karya seniman terkemuka di Galeri Shah Alam

Oleh ASLIZA ARIS

PELUKIS yang aktif dan kreatif sentiasa berkarya tidak mengira masa dan tempat. Sama ada persediaan untuk mengadakan pameran perseorangan ataupun sebaliknya.

Perkara yang penting ialah menghasilkan karya secara berterusan, sekaligus merupakan satu proses latihan bagi menghasilkan karya yang terbaik untuk tatapan khalayak.

Pameran Front Page yang akan diadakan di Galeri Shah Alam bermula pada 9 Julai hingga 6 Ogos akan dijayakan oleh lima pelukis yang menghasilkan karya secara aktif di Shah Alam.

Mereka ialah Md. Fadli Yusoff, Mohammad. Shukary Abd Aziz, Rose Dahlina Rusly, Rosliza Aishah Abd Rahim dan Suzlee Ibrahim.

Menurut Pengarah Galeri Shah Alam, Tuan Haji Mohammad. Said Abu, pameran tersebut dijangka dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohammad. Salleh.

Pameran ini akan menghimpunkan karya-karya hasil gabungan pelukis yang telah lama mencipta nama di arena seni visual tanah air dan juga pelukis-pelukis baru.

Suzlee dan Md. Fadli merupakan dua orang pelukis yang pernah mengadakan beberapa pameran solo di dalam mahu pun di luar negara.

Beberapa pelukis baru antaranya Rose Dahlina, Rosliza Aishah dan Mohammad Shukary juga dalam proses mengikuti jejak langkah dua pelukis tersebut.

Karya-karya yang akan dipamerkan meliputi seni tampak yang berbentuk sulaman, realism, digital art, installation dan abstract.

Md. Fadli menjadikan lanskap sebagai rujukan dalam setiap karyanya. Medium kegemaran beliau ialah cat minyak di atas kanvas yang diolah dalam kebanyakan siri Balinese Garden.

Kemahiran melukis secara manual dari bakat semulajadi Mohammad. Shukary digabungkan dengan pengetahuan digital iaitu photoshop menjadikan karya beliau berlainan jika dibandingkan dengan karya-karya pelukis lain dalam kelompok.

Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam teknik sulaman, Rose Dahlina cuba menghasilkan karya dengan teknik sulaman untuk tatapan khalayak.

Beliau menggunakan benang sulaman yang berbagai warna menggantikan akrilik dan berus yang kebiasaannya digunakan oleh pelukis.

Rosliza Aishah yang juga artis baru, akan menghasilkan karya seni dengan menghasilkan pemasangan origami yang akan memenuhi ruang pameran galeri.

Sememangnya nama Suzlee tidak asing lagi bagi peminat seni visual tanah air, terutamanya seni abstrak yang dinamakan Movement Series.

Satu siri karya berbentuk abstract expressionism dan telah dihasilkan oleh pelukis secara serious sejak hampir sepuluh tahun lalu.

Bila dihayati karya-karya beliau mengikut kronologi, jelas kelihatan proses pertukaran dan perubahan dalam karya-karya Suzlee menuju kematangan bagi mempamerkan hasil terbaik.

Perubahannya begitu ketara dan menampakkan pengalaman intelektual dan teoritikal digabung dan digunakan dalam proses menghasilkan karya action painting yang menggunakan luahan rasa pelukis ke dada kanvas.

Two Textures merupakan satu karya terbaru Suzlee yang membicarakan tentang jalinan actual dan ilusi turut dipamerkan.

Pameran yang menggabungkan pelukis berpengalaman dan bakat baru akan dapat menyemarakkan perkembangan seni visual tanah air, sekaligus sebagai pemangkin kepada pelukis baru untuk terus berkarya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2004 10:02 PM | Show all posts

Masyarakat Islam dalam fotografi

ADA sesuatu yang istimewa apabila jurugambar merakam detik, apatah lagi menghubungkan keindahan kreatifnya dengan subjek.

Di sebalik kreativiti dan pemikiran seniman, suatu rakaman merupakan dokumentasi dengan pelbagai makna tafsiran serta paparan realiti yang pelbagai.

Pada masa yang sama, realiti dalam fotografi tersebut tidak semestinya suatu hakikat atau kebenaran, sebaliknya ciptaan dan olahan seniman mengikut persepsinya.

Lapangan Bersama merupakan suatu pameran pengalaman kontemporari umat Islam di Malaysia, Indonesia dan United Kingdom (UK).

Kisah hidup masyarakat Islam sebagai pendatang di sebuah negara asing seperti UK merupakan suatu dokumentasi sosial dan ekonomi, perihal kelangsungan dan kejayaan hidup di tanah asing.

Malah rakaman tersebut pada suatu ketika nanti merupakan suatu catatan sejarah penting, setara dengan kehalusan dan kreativiti senimannya.

Demikian juga perihal latar masyarakat Islam di suatu penempatan daif yang dihuni oleh pelacur dengan paparan kontradik apabila ia juga menempatkan sekolah agama.

Ironisnya juga, pelajar-pelajar sekolah agama tersebut kebanyakannya merupakan anak-anak kepada pelacur-pelacur terbabit.

Ia barangkali merupakan suatu rakaman kebejatan sosial, namun hakikat yang dipaparkan merupakan suatu yang tidak dapat disembunyikan oleh sejarah peradaban.

Pameran ini turut menampilkan karya oleh Soraya Yusof Talismail, Syed Zainal Rashid, Angki Purbandono, Arizona Sudiro, Bodi Chandra, Ray Bachtiar Drajat, Rehan Jamil, Clement Cooper, Sam Piyasena, Suki Dhanda, Amyandtanveer, Jagtar Semplay, Anthony Lam dan Tim Smith.

Pameran Lapangan Bersama dianjurkan oleh British Council di Balai Seni Lukis Negara sehingga 18 Julai ini.

Fleurzsa: Setiap org berhak utk mengetengahkan persepsi masing2 terhadap nilai2 seni.  Kita masih lagi merdeka...  esok lusa.. entah la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2004 04:25 AM | Show all posts
http://www.nngallery.com.my/ cantik lukisan kat sini

http://www.geocities.com/kajianbudaya/

http://www.istanabudaya.gov.my/

http://malaysiana.pnm.my/ website yg baik

[ Last edited by mok_nik on 19-7-2004 at 04:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 07:35 AM | Show all posts

Seorang tua, sekeping poskad dan terima kasih

Utusan Malaysia

SEKEPING poskad barangkali cuma berharga beberapa puluh sen, atau sekadar seringgit dua. Cuma itulah. Cukup sederhana penampilannya, sekadar menyampaikan rasa terima kasih. Membayangkan rasa besar hatinya.

Barangkali, sifatnya juga, orang tua yang merasakan kegembiraan apabila sesekali salah satu antara beberapa karya yang dihantar, dan antara beribu-ribu karya orang lain, akhirnya tersiar di dada akhbar.

Sebenarnya, poskad yang murah itu amat besar dan penting nilainya. Macam orang kata, orang berbudi, kita berbahasa.

Tapi tidak perlulah rasa hairan atau terkilan dalam rencah kehidupan zaman sekarang, kalau madu dibalas tuba. Itulah resam manusia. Dengan pelbagai perangai dan kepelikan.

Barangkali inilah satu keajaiban kecil pada hari ini, zaman moden yang serba canggih. Hakikatnya, itu bukanlah yang diminta-minta pun oleh mana-mana pengarang atau sesiapa pun yang bertanggungjawab menyiarkan karya para penulis.

Pengarang tidak meminta ucapan terima kasih atas jasa menyiarkan karya sesiapa pun. Sebab itu kerjanya. Kalau tidak diisi dengan karya-karya para penulis, laman sastera hendak diisi dengan apa kan?

Dalam kemelut dan segala macam kerenah yang menepis kepentingan sastera dalam rentak hidup kontemporari, tugas ini menjadi berat. Sastera dan hasil penulisan bukan sekadar kerja untuk melayan syok sendiri, atau sekadar tangkap muat.

Namun, apabila ada penulis yang bersusah-payah mencari dan membeli kad, menampal setem dan menyerahkannya kepada posmen sehingga tiba di atas meja orang yang dituju, ia semacam menjadi penawar di celah kesibukan.

Masih ada manusia yang seperti ini sifatnya. Sekurang-kurangnya, dia tidak pernah menyusahkan pengarang dengan bertanya soalan keramat, kenapa karyanya tidak disiarkan. Atau berlagak macamlah karyanya hebat, ala-ala karya besar dan agung sehingga wajib untuk disiarkan.

Namun perlu ditegaskan bahawa, kalau sesuatu karya itu tersiar, janganlah cepat beranggapan, itulah yang terbaik. Barangkali itu nasib atau memang sudah rezeki, maka karya itu tersiar.

Cuma sekeping kad, sebaris kata bersulam terima kasih, akan menjadi ingatan, tatkala kini rutin tugas tidak lagi menyaring dan menetapkan sajak yang dihantar untuk penyiaran saban minggu.

fleurzsa: Negara kita mewarisi penulisan2 kreatif yg menggambarkan kita tidak kekontangan aliran seni dan budaya dlm berkarya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 07:43 AM | Show all posts

RentakKALAM: Demi Zaiton, teater Noordin Hassan

Bersama Sutung Umar RS

APAKAH yang anda cari daripada sebuah teater? Pelbagai orang memberi pelbagai jawapan. Ada yang mengatakan beliau mencari cerita yang baik untuk dipentaskan dengan sempurna. Ada pula mengatakan beliau ingin melihat busana menarik, mendengar nyanyian dan muzik yang bagus. Tidak kurang mengatakan beliau ingin melihat wawasan pengarah dan penulis naskhah yang baik atau teman mahupun bintang pujaannya di pentas.

Terus terang saya sudah lama tidak menonton teater. Ramai juga teman bertanya: Kenapa? Biasanya saya mengatakan banyak kali saya ditipu. Publisitinya bukan main, tetapi di dalam panggung, saya tidak melihatnya di atas pentas melainkan melihat di dalam kepala sendiri.

Kalau tidak silap, kali terakhir saya menonton teater ialah apabila Uda dan Dara karya Sasterawan Negara (SN), Allahyarham Datuk (Dr) Usman Awang dipentaskan semula oleh Faridah Merican melalui Actors Studio.

Sesekali saya bertanya diri sendiri bilakah lagi saya dapat menonton Tok Perak oleh SN Datuk Syed Alwi? Banyak kali juga saya teringatkan Hashim Yassin. Tapi sahabat kita itu sudah lama kembali. Siapakah yang mengganti tempatnya? Soalan itu tidak berjawab.

Selepas Projek Izie nama Dinsman yang meletakkan batu tanda dalam teater absurd di Malaysia melalui Ana, Jebat, Protes dan Bukan Bunuh Diri, terus menjadi nostalgia 1980-an. Baru-baru ini dia mengemukakan naskhah terbarunya, Siapa Takutkan Amerika?, kepada Istana Budaya.

Bagaimana SN Noordin? Tiba kepada soalan itu saya sebenarnya sudah berada di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, tempat Noordin mengadakan latihan teater Demi Zaiton, selepas Penyu Menangis kira-kira 10 tahun mendiamkan diri.

Saya bertanya lagi: Kenapa Demi Zaiton?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2004 05:13 AM | Show all posts

Seni tampak moden dalam Jejak Langkah

Utusan Malaysia

MENELUSURI karya-karya seniman muda dalam pameran Jejak Langkah, ternyata mereka mencuba suatu definsi atau persepsi baru kepada seni tampak, sekurang-kurangnya pada sisi tafsiran peribadi.

Berasaskan media dan bahan yang berbeza ketujuh-tujuhnya menyatakan ruang bicara dan pemikiran berlandaskan pengalaman rasa dan lihat masing-masing.

Pada satu sisi, para pengkarya mencabar khalayak untuk menerima suatu bentuk dan fahaman seni yang dibawa dengan pemahaman dan pemikiran baru.

Karya-karya dalam pelbagai bentuk seperti imej cetakan digital, instalasi, catan dan video merupakan suatu bentuk rangsangan sama ada menerima atau menanggapinya sebagai hasil seni sebaik mungkin.

Secara bersama mereka menentang suatu bentuk konvensional dalam penghasilan dan pemahaman seni melalui pembentangan idea baru.

Di sebalik sanggahan kepada konvensional, persoalan yang menjadi tanda tanya adalah sejauhmanakah karya mereka merupakan suatu pengalaman kreativiti yang memberikan makna bahawa seni merupakan suatu pengalaman indah dalam daya apresiasi khalayaknya.

Pada masa yang sama, berupayakan ia mendekati khalayak pada tahap yang paling hampir, apatah lagi menjadi suatu yang bersifat fungsional.

Lantaran itu tidak wajar untuk menganggap khalayak tidak ingin mendampingi atau gagal memahami sesuatu karya seni, apabila ia sendiri secara terus membunuh segala bentuk rangsangan dan apresiasi.

Seni juga tidak boleh dilihat dalam ruang lingkup yang sempit dan apresasi atau sebarang bentuk penghargaan merupakan suatu yang diterima secara terpaksa kepada khalayak.

Pameran Jejak Langkah masih meninggalkan jejaknya kepada khalayak tentang persoalan yang mencabar konvensi dan tafsiran baru kepada media dan bahannya.

Persoalannya, apakah idealisme sebagai insan seniman mampu memperkenalkan sisi budaya mereka sebagai warga suatu negara, masyarakat atau tradisinya.

Atau seni dan senimannya berada dalam suatu ruang masa yang lompang dan bersifat ekslusif, terpisah oleh ruang masa dan pemikiran lalu memisahkan mereka dengan khalayak teramai.

Pameran Jejak Langkah menampilkan bakat-bakat muda seperti Azliza Ayob, Chan Siew Ying, Eric Chan, Ivan Lam Yee I-Lann, Yusof Majid dan Zukifli Zakaria.

Ia dikuratorkan oleh Shireen Naziree dan diadakan di Galeri Reka, Balai Seni Lukis Negara sehingga 5 September ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2004 05:52 AM | Show all posts

Menjelang Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur Ke-10:

Berkenalan dengan penyair luar negara

Berita Harian

PENYAIR John Weier dari Kanada salah seorang penyair antarabangsa yang dipilih bagi menjayakan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur 2004 bertema Puisi dan Kemanusiaan bermula 16 hingga 22 Ogos ini.

Mantan Presiden Liga Penyair Kanada dan pengasas Pengerusi Bersama Lembaga Pengelola Hak Cipta Access, menceburkan diri dalam bidang penulisan ketika berusia belasan tahun dan meneruskan kerjaya dalam bidang ini secara profesional sejak 1983.

Weier yang terdidik dalam bidang antropologi dan sejarah agama pernah bertugas sebagai pembuat alat muzik bertali dan sebagai ahli muzik dengan Duck Mountain Bluegrass Band di samping pernah terbabit dalam industri penerbitan buku Kanada.

Buku pertamanya, kumpulan puisi After the Revolution
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2004 06:04 AM | Show all posts

Simularca - Manipulasi teknologi, ketajaman kreativiti

Utusan malaysia


Karya berjudul Puisi Alam III tampilkan penguasaan teknikal dan ketajaman kreativiti.

PANDANGAN lazim bahawa hubungan seniman dan alam sekiling semacam tidak dapat dipisahkan menjadi suatu kebenaran. Jika tidak bersifat mutlak sekali pun, pandangan tersebut sukar untuk dinafikan.

Demikian juga perihalnya dengan Yusoff Othman dalam karya-karya terbarunya, siri Simularca apabila beliau menggabungkan rakaman alam sekiling dalam bentuk foto dengan kemahiran teknologi.

Beliau tidak sekadar memanfaatkan teknologi terkini, tetapi membuktikan bahawa kreativiti, keindahan dan kehalusan karya bersifat merentas medium atau penggunaan bahan.

Menggunakan lensa kamera, ia tidak sekadar rakaman kepada detik, saat atau ketika, tetap merupakan rakaman sekeliling yang dilihat daripada sudut dan pengertian kreatif.

Malah beliau berjaya membuktikan dengan menterjemahkan kemajuan teknik seni foto dalam bentuk seni visual iaitu melalui penggabungan teknik seni foto dengan pendekatan digital.

Gabungan warna dan gaya catannya yang harmonis sesuai dengan persoalan dan motif keindahan turut menyerlahkan kekuatan karyanya.

Lantaran itu seniman ini dianggap sebagai pelopor pendekatan ini dan bukan sahaja berpotensi besar bahkan bakal melahirkan gaya baru dalam arus perdana perkembangan seni kontemporari Malaysia.

Memetik kata-kata Sejarahwan Seni, Prof. Madya Dr. D'zul Haimi Md. Zain mengenai karya dalam siri ini: ``Pendekatan simulacra adalah suatu kaedah di mana pelukis melalui kepekaannya berjaya memaparkan sesuatu imej yang tersirat dari gambaran tersurat.

``Fakta-fakta visual yang dipilih dengan makna-makna yang tertentu telah dimanipulasi secara halus sehingga melahirkan lapisan imej dan makna yang tersendiri.''

Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menambah: ``Keindahan bahasa visual dan makna ini akan tercapai bila maksud yang hendak disampaikan tercapai.

``Lapisan-lapisan makna ini boleh merupakan fakta visual dalam keindahan alam dan juga sindiran yang tajam bergantung kepada apa yang hendak disampaikan oleh pelukis.''

Hasil karya Yusoff hakikatnya memiliki kekuatan yang mampu mencabar daya serta tahap pemikiran khalayak dalam mentafsir imej foto yang telah diberikan kesan tampak baru melalui lapisan-lapisan warna.

Di sebalik cerita alam yang berkaitan dengan keindahan, beliau memberikan kesan baru kepada keindahan semula jadi dengan keindahan yang dihasil daripada pecernaan kreativiti.

Warna-warna alam dalam siri Simularca adalah warna-warna yang diciptakan oleh seniman sebagai bahasa karya dengan pengertian yang disediakan, juga pengertian yang ditafsir oleh pemahaman dan pengalaman seni.

Keindahan yang diciptakan oleh warna dan gabungan warna-warna, tetap memperlihatkan keterbukaan sebagai karya seni untuk diapresiasi oleh khalayak umum.

Pameran Simulacra: Warna-warna Alam oleh Yusoff Othman diadakan di Galeri Seni Maya sehingga 29 Ogos ini.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjugi Galeri Seni Maya, No. 12, 1st floor, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur. Maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-2282-2069 atau e-mel: maya @mayagallery.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2004 08:42 AM | Show all posts

Akhir puisi kemerdekaan Rabu ini

Utusan Malaysia

SERAMAI 18 peserta akan berentap merebut gelaran sebagai juara Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan 2004 yang akan berlangsung pada malam Rabu ini.

Juara sayembara akan menerima hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala pusingan dan sijil, kedua (RM2,000) dan ketiga (RM1,500).

Peringkat akhir itu akan diadakan pada pukul 8.30 malam bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, sempena majlis perasmian Festival Sastera Kemerdekaan 2004 oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Sayembara peringkat kebangsaan tersebut menampilkan beberapa muka lama seperti Lt. Kol. Mohammad. Radzi Abd. Hamid (Angkatan Tentera Malaysia), Intan Marhayu Rahman (Selangor) dan Suliha Yusof (Kelantan).

Mohammad. Radzi akan mendeklamasikan puisi Hassan Jaidin (Wasiat Rimba Merdeka), Intan Marhayu (Ini Ruang Persembahan Sebuah Perjuangan, Ratna Laili Shahidin) dan Suliha (Warkah Rindu Sang Sapurba, Mohammad. Ramli Rahman).

Peserta yang turut bertanding ialah Nailulmuna Abdul Aziz dari Pulau Pinang (Nyanyian Pembebasan, Badaruddin M.Z.), peserta Terengganu, Tengku Anizan Tengku Ibrahim (Lelaki Pertama Membuka Sangkar Derita Kita, Nasurry Ibrahim) dan Shahrul Mubarak Ahmad dari Melaka (Watikah di Daerah Merdeka, Jariah Taha).

Pahang pula diwakili oleh Ismaliah Arshad dengan puisi Seberkas Pengalaman (karya M. Said Harun), Awang Asim Awang Besar mewakili Labuan (Lelaki, Obor dan Si Penjaga Gua, Mohammed Zain A.H.), Darmin Damis dari Sabah (Rumah Merdeka, Zurinah Hassan) dan peserta Sarawak, Abdullah Julaihi (Mutiara Cinta Buat Pertiwi, Sazalee Yaacob).

Peserta lain ialah Farah Nabilla Noor Anuar dari Negeri Sembilan (Menyelusuri Sungai Merdeka, Shahrunizam Abdul Talib), Zubaidah Saman dari Perlis (Istana Kemerdekaan, Raihani Mohammad. Saaid), wakil Kedah, Ahmad Shukri Ismail (Suara Anak Merdeka, Zaidin Abadi) dan peserta Institut Pengajian Tinggi Awam, Afifah Abdullah (Seribu Jejak Berlaku, Saadin Abdullah).

Turut serta pada pertandingan akhir itu ialah wakil Perak, Azmi Ismail (Kita Telah Tinggalkan Jauh di Dalam Sejarah, Abdul Aziz H.M), Kpl. Yusof Ramji dari Polis Diraja Malaysia (Ke Ruang Kartasis, Zaen Kasturi), peserta Kuala Lumpur, Haryani Haron (Ini Tugas Baru Warga Dunia, A. Rahim Abdullah) dan wakil Johor, Amir Aris (Cinta Waja Warga Merdeka, Sabariah Bahari).
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2004 09:13 PM | Show all posts

Identity: A Cautionary Tale

At the KL Literary Festival, I learnt that to be a Malaysian writer I have to write in Bahasa Melayu

by Zedeck Siew
16-08-2004

Lorna Tee is handling my fee,
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2004 09:19 PM | Show all posts

Penyair Perang Balkan

Christopher Merrill mengelak peluru penembak curi di Sarajevo, menusuk perasaan khalayak di Ipoh

by Amirul Fakir
04-08-2004

KETIKA dihubungi oleh Eddin Khoo, seorang penulis dan pengkaji budaya, tentang hasratnya untuk melakukan ziarah seni ke Yayasan Kesenian Perak (YKP) bersama-sama dengan penyair tersohor dari Amerika baru-baru ini, kurator YKP Nur Hanim agak kaget dan berdebar-debar.

Ini bukanlah kerana YKP tidak pernah menerima tetamu dari luar negara tetapi tarikh kunjungan yang dijadualkan begitu singkat sedang beliau begitu berharap agar peluang ini dapat dimanfaatkan oleh para penggiat dan pencinta seni di sekitar bandar raya Ipoh untuk bersama mencicipi pengalaman seni lewat kunjungan tersebut. Demikian yang dimaklumkan oleh beliau sewaktu meraikan kehadiran tetamu dan sebagai apologi terhadap kehadiran khalayak yang kurang memberangsangkan.

Pertemuan pada malam tersebut agak santai dan Eddin Khoo seorang eseis budaya dan penterjemah, telah memperkenalkan Christopher Merrill sebagai penyair, penterjemah dan penulis bebas kelahiran Amerika tahun 1957.

Beliau pernah menyandang kursi William H. Jenks dalam bidang persuratan kontemporari di Holy Cross College, kini merupakan professor bahasa Inggeris dan pengarah bagi International Writing Program di Universiti Iowa. Empat kumpulan puisi beliau telah diterbitkan iaitu Brilliant Water, Workbook, Fever & Tides dan Watch Fire yang mana kumpulan puisi mutakhir ini telah menerima anugerah: The Peter I.B. Lavan Younger Poets daripada The Academy Of American Poets.

Penyair tersohor ini turut menangani kerja penterjemahan hasil karya pengarang Eropah Timur dan di antaranya karya Ales Debeljaks Anxious Moments, The City and The Child, From the Faraway Nearby: Georgia O' Keeffe as Icon, dan beberapa karya terjemahan yang lain.

Manakala karya non-fiksi garapan beliau ialah The Grass of Another Country: A Journey Through the World of Soccer, The Old Bridge: The Third Balkan War and The Age of the Refugee serta Only The Nails Remain: Scene from the Balkan Wars. Karyanya telah diterjemahkan ke dalam enam belas bahasa.

Christopher Merrilll ketika diberikan kesempatan untuk tampil, telah membacakan cuplikan daripada buku yang baru sahaja diterbitkan iaitu Only The Nails Remain bagi memberi gambaran tentang situasi perang di negara Balkan itu daripada pengamatan seorang wartawan bebas.

Menjelaskan berkenaan cuplikan prosa yang dibacakannya itu, beliau menyatakan bagi mengekalkan kewarasannya dalam berhadapan dengan kancah peperangan, beliau terpaksa menulis. Malah menurutnya pengalaman di Sarajevo menjadikan beliau begitu menghargai arti kehidupan dan makhluk di sekelilingnya.

Apatah lagi tatkala beliau mengalami sendiri saat dihujani peluru daripada penembak curi (sniper) yang bagi warga di sana adalah suatu rutin dalam hidup mereka. Untuk mengatasi trauma itu, beliau setiap hari akan ke kawasan tragedi dan menulis bagi melenyapkan ketakutan yang menghantui diri.

Hampir 70 000 pelarian perang yang terpaksa bersembunyi di bukit dan gunung dengan segala kepayahan dan kesengsaraan. Manakala setiap lima belas minit pula akan ada orang awam dan kanak-kanak yang menjadi korban puak Serb. Ini amat meruntun nuraninya untuk menukilkan di dalam buku tersebut.

Oleh kerana ingin merasai kegetiran dan keperitan dalam situasi perang, beliau lebih rela menumpang di kem perlindungan daripada menginap di Hotel Holiday Inn yang dikhaskan kepada wartawan perang. Waima pernah tidak mandi selama tiga minggu lantaran ketiadaan air dan elektrik akibat serangan puak Serbia ketika itu.

Pergaulan dan persahabatannya dengan orang tempatan menjadikannya risi untuk menyarung jaket keselamatan United Nation yang dikhaskan kerana berasa tidak adil baginya berlindung di sebalik jaket itu sedang teman-teman yang digauli, saban detik terdedah dengan ancaman maut. Tambahan pula jaket itu amat diminati kalangan pencuri yang sememangnya berleluasa di sana.

Menggauli dunia para seniman di Sarajevo memberikan dampak yang cukup berarti dalam penghasilan karyanya, lantaran dapat menyelami akan upaya para seniman itu melahirkan karya-karya mereka dengan begitu intens dan menghargai setiap detik yang dinikmati agar dapat memberi makna kerana sedar bahawa hidup bisa berakhir tanpa pamitan.

Namun di sebalik dentuman bom dan peluru, aktivitis seni tetap tegar menampilkan berbagai persembahan terutama teater. Malah pencinta seni juga tidak mengecewakan, tetap menghadiri acara biarpun terpaksa berhadapan dengan serangan penembak curi.

Sepanjang berada di negara Balkan itu, beliau tidak menghasilkan sebarang puisi kerana berasa adalah lebih wajar ianya dilahirkan oleh para penyair di sana yang baginya pasti lebih menusuk pengucapan puisinya. Ini dijelaskan oleh beliau ketika membacakan beberapa buah puisi seperti Childhood
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.084930s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list