Datuk Seri Jamal Md Yunos mengakui beliau masih berada di dalam negara ini, bukan di luar negara seperti yang digembar-gemburkan.
BACA JUGA: Jamal Menyelar Muhyiddin Buang Masa Minta Bantuan Interpol Mengesannya
BACA JUGA: "Saya Diburu Seperti Pengkhianat Negara," Jamal Yunos Perlukan Masa Sebelum Menyerah Diri
BACA JUGA: Tunjuk Senjata Api, Jamal Yunos Ditahan Polis
Foto: The Malaysian Insight
Memetik Sinar Harian, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mendakwa dia tidak melarikan diri ke luar negara seperti dihebahkan dalam media sosial.
"Terutama sekali, saya mahu menjelaskan kepada semua,
saya tidak dijatuhkan hukuman undang-undang oleh mahkamah.
"Sehubungan itu, Insya-ALLAH, dalam waktu terdekat ini, saya akan memberikan
kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan
perkara-perkara yang disebut ke atas diri saya."
Calon Ketua Pemuda Umno itu berkata demikian menerusi kenyataan yang dihantar salah seorang ahlinya dalam kumpulan aplikasi WhatsApp, semalam.
Tegasnya, kerjasama itu hanya akan dilaksanakan selepas yakin tiada penzaliman dilakukan terhadapnya oleh pihak tertentu. - CARI |