CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 937|Reply: 7

[Tempatan] Sangat menyesal tinggal cucu- Tidak syak lagi memang ummah jinjang

[Copy link]
Post time 20-6-2018 08:55 AM | Show all posts |Read mode



“Saya sangat menyesal kerana meninggalkan cucu dan ibunya. Ini pertama kali saya meninggalkan dia (mangsa)," kata nenek kepada kanak-kanak perempuan yang maut ditikam bapa saudaranya di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong, malam tadi.

Wanita yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak pernah meninggalkan cucunya berusia tiga tahun itu kepada orang lain, namun hanya selepas pertama kali berbuat demikian, perkara buruk terjadi.

"Saya baru sahaja pulang ke rumah dan memanggilnya serta mencari cucu di sekitar rumah, namun akhirnya saya menemui tubuhnya ditutup dengan kain di dalam stor.

"Saya mula panik dan menjerit untuk mendapatkan bantuan," kata neneknya yang berusia 50 tahun, ketika ditemui di kediaman mereka, hari ini.

Ketika kejadian, ibu dan adik mangsa turut berada di rumah itu.

Nenek mangsa turut berkata, biasanya, dia tidak meninggalkan kedua-dua kanak-kanak itu.

"Saya tidak sekali-kali menjangkakan perkara ini akan berlaku," katanya sambil mengesat air mata sebelum dia dibawa dari pintu masuk ke rumah oleh beberapa lelaki.

Sementara itu, datuk kepada mangsa ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Dia berkata, pihak keluarga kini sedang menuntut mayat di HKL sebelum dibawa Jinjang Funeral Parlor, di Jalan Jambu Arang 2, Jinjang Selatan, untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Ahli keluarga kepada kanak-kanak itu juga dilihat gagal mengawal emosi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dpt plak.interview nenek neh
Yang berita lain kata family ni agak dingin dgn.org
Huhu...
Ngeri plak pikior budak tu kena tikam
Serupa cm ikan hancur gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:22 AM | Show all posts
'''Ketika kejadian, ibu dan adik mangsa turut berada di rumah itu.'''

Apakah? Berita ni mcm tak habis, tetiba je post cmtu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:28 AM | Show all posts
ummah cainis pun ada suara ghaib suruh tikam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:43 AM | Show all posts
ini mungkin kes pesakit mental!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya...pak sedara termiss makan ubat kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2018 10:07 AM | Show all posts
siasat si ibu...

sbb mustahil ibu blh rilek tak buat apa2 sedangkan anak ditikam 30 kali...

gila ker apa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 11:07 AM | Show all posts
kalau ye pun nak sangat medal, takyah la buka thread news yang sama cik mod..
satukan je la dengan thread yang u buka awal tadi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.132093 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list