Ferrari 250 GTO Tour de France edisi 1963 dijual mencecah RM278 juta.
Seorang individu sanggup membayar wang sebanyak AS$70 juta (anggaran RM278 juta) untuk memastikan Ferrari 250 GTO Tour de France edisi 1963 ini menjadi miliknya.
Jumlah bayaran untuk kereta lumba yang dilakukan usahawa David MacNeil menjadikan 250 GTO itu sebagai kereta paling mahal di dunia.
David adalah pengasas sebuah syarikat penjualan akeseori kenderaan yang dinamakan sebagai WeatherTech di Chicago.
Sekadar imbasan, Ferrari hanya menghasilkan sebanyak 39 unit model 250 GTO bagi tempoh 1962 hingga 1964.
Ferrari 250 GTO Tour de France ini pernah terbabit dalam perlumbaan di Eropah dan Afrika. Selepas itu, ia menjalani proses pembaikpulihan semula di Britain.
David bukan seseorang asing dalam dunia automotif kerana dia ada satu koleksi menarif model Ferrari termasuk 250 GT 1960, Berlinetta SWB, 250 GT Lusso, 275 GTB, 365 GTB/4 Daytona, F40, dan F50.
Selain David, ada beberapa pemilik 250GTO di dunia termasuk Ralph Lauren, pemain drum Pink Floyd iaitu Nick Mason dan bilionair Britain, Lord Anthony Bamford.
Pakar sejarah Ferrari, Marcel Massini berpendapat sebuah model 250 GTO boleh mencecah harga sehingga AS$100 juta (anggaran RM398 juta) dalam lima tahun akan datang.
Sumber: Mailonline
|