CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 930|Reply: 11

[Tempatan] TM antara kaunter rugi susulan laporan harga jalur lebar

[Copy link]
Post time 21-6-2018 11:42 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd. (TM) muncul sebagai kaunter ketiga paling rugi di Bursa Malaysia pagi ini berikutan laporan media bahawa harga perkhidmatan jalur lebar Malaysia dijangka susut sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini

Pada pukul 10.05 pagi ini, saham syarikat telekomunikasi utama itu merosot 35 sen atau 9.64 peratus kepada RM3.28 berbanding RM3.63 sewaktu ditutup semalam dengan 22.14 juta saham saling berpindah tangan.

Sewaktu pasaran dibuka pada pagi ini, TM susut dua sen kepada RM3.61.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, penurunan harga perkhidmatan jalur lebar itu adalah berikutan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) pada 8 Jun lepas.

"Pihak-pihak yang berkaitan kini dalam perbincangan mengenai penetapan harga borong dan proses tersebut dijangka berakhir pada Julai atau Ogos. Selepas itu pakej jalur lebar pada harga lebih rendah akan diperkenalkan kepada pengguna," katanya.

Gobind berkata, perbincangan antara syarikat telekomunikasi juga akan diadakan mengenai kemungkinan rebat itu diberikan kepada pelanggan. - Bernam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2018 11:43 AM | Show all posts
PUTRAJAYA - Harga perkhidmatan jalur lebar di Malaysia dijangka akan turun sekurang-kurangnya 25 peratus pada penghujung tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, penurunan harga tersebut berikutan Standard Mandatori Harga Capaian (MSAP) yang dilaksanakan sejak 8 Jun 2018.

"Perbincangan dengan pihak yang terlibat untuk penetapan harga borong sedang dilakukan di mana penurunan harga borong bakal mengurangkan harga pasaran untuk pengguna.

"Saya difahamkan bahawa proses ini akan berakhir pada Julai atau Ogos ini dan seterusnya pakej perkhidmatan jalur lebar pada harga yang lebih rendah akan diperkenalkan kepada pengguna," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Gobind berkata, polisi MSAP mengenakan harga siling borong bagi pihak pembekal kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) dalam pasaran.

"Saya telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mempertimbangkan langkah-langkah lain yang boleh menurunkan lagi harga jalur lebar.

"Selain itu, saya telah meminta SKMM untuk memantau harga jalur lebar di Malaysia supaya harga pakej peringkat permulaan adalah munasabah untuk semua rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Gobind berkata, tidak mustahil pengguna akan mendapat rebat kesan penurunan harga jalur lebar memandangkan semakan harga sepatutnya dilakukan pada 1 Januari lalu.

Berhubung usaha meningkatkan kelajuan Internet setaraf dengan negara-negara maju, beliau menjelaskan, langkah itu boleh dilakukan dan sebarang perkembangan berhubung usaha berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Gobind memberitahu, peratusan penembusan jalur lebar di Malaysia ketika ini adalah sebanyak 78 peratus. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Screamyx tu sepatutnya turun harga. Dah slow, latency tinggi plak tu. Buat video call pun x lepas....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:46 AM | Show all posts
LANTAKLA...JANJI UNIFI STREAMYX LEBIH MULAH....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 12:06 PM | Show all posts
biarlah..itu janji PH...hidup PH...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 12:08 PM | Show all posts
this is insane
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2018 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 21-6-2018 11:46 AM
LANTAKLA...JANJI UNIFI STREAMYX LEBIH MULAH....

Bodoh betol... Berkurun guna tak revise harga.. Upgrade je sikit2.. Bayangkan aku guna vip5 dari 2010 sampai 2017,baru dia bagi 10mbps dgn harga sama RM150+-...,kalau ada TIME kawasan ni dah lama aku potong unifi nih. Astro dah bertahun potong
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 01:10 PM | Show all posts
myoujin replied at 21-6-2018 12:14 PM
Bodoh betol... Berkurun guna tak revise harga.. Upgrade je sikit2.. Bayangkan aku guna vip5 dari 2 ...

sebelum upgrade ke unifi streamyx me 2mb like RM120 ke apa xjauh beza dgn unifoi 10mb
patutnya streamyx tu dah bawah RM50 je

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya la,  mencekik leher
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 01:53 PM | Show all posts
cas mahal, kejap ada kejap takder pun merudum jugak saham nya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Honest harga unifi n streamyx mmg mahal, even do aku as ex staff pun rasa tak berbaloi guna unifi n streamyx. Tm bertahun tahun untung, apalah sgt rugi sedikit. Aku pelik kenapa tnb tak buat jalur lebar mcm luar negara guna, dulu kat malaysia ada abn excel kalau x silap, tu pun bankrup.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 03:24 PM | Show all posts
mmg slow giler
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.587183 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list