CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1432|Reply: 7

[Tempatan] Kerusi Pengerusi PNB pulak goyah. Letak jawatan next month

[Copy link]
Post time 21-6-2018 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Wahid Omar tinggalkan PNB kerana pertahan GST?
| June 21, 2018

Menurut sumber, kritikan pengerusi PNB itu terhadap penghapusan cukai penggunaan menyebabkan kedudukan beliau bercanggah dengan pentadbiran sekarang.

Dalam surat bertarikh 7 Mei lepas, Wahid berkata penghapusan GST akan menyebabkan kerajaan berhadapan 3 pilihan yang boleh menggugat ekonomi negara. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar dijangka meletak jawatan awal bulan depan berikutan kritikannya terhadap rancangan penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum pilihan raya umum 9 Mei lepas, menurut sumber yang rapat dengan beliau.

Dalam surat bertarikh 7 Mei, Wahid mengkritik penghapusan GST, yang disambut dengan respons daripada bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada hari berikutnya.

Sumber memberitahu FMT, langkah Wahid mempertahankan GST menyebabkan kedudukan beliau bercanggah dengan pentadbiran sekarang.

“Beliau mungkin diminta berundur kerana pendiriannya berlawanan dengan pentadbiran sekarang tentang cara bagaimana negara harus ditadbir. Wahid percaya tanpa GST, negara akan berhadapan dengan masalah lain,” kata sumber.

Sumber lain berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai masalah dengan Wahid kecuali tentang cara bagaimana ekonomi negara perlu diurus.

Dalam suratnya, Wahid berkata penghapusan GST akan menyebabkan kerajaan berhadapan 3 pilihan yang boleh menggugat ekonomi negara.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pilihan tersebut adalah menaikkan kadar cukai pendapatan atau memperkenalkan cukai baru seperti cukai keuntungan modal; meningkatkan defisit fiskal kepada 5% atau mengurangkan perbelanjaan kerajaan, termasuk perbelanjaan pembangunan.

Daim menjawab surat tersebut dengan berkata Pakatan Harapan (PH) akan mendapatkan nasihat pakar sekiranya gabungan politik itu mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya tersebut.

Beliau berkata Wahid sepatutnya menumpukan perhatian kepada tugasnya memimpin PNB dan membiarkan kerajaan baru mengurus ekonomi negara.

Daim, yang kini mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan, juga berkata perancangan ekonomi yang baik penting supaya rakyat tidak terjejas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 03:45 PM | Show all posts
mohon berambus. Dia ni kerja melompat dlm glc aje
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum pilihanraya, semua staff dapat bonus sebulan gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Here we go. Different point of view, cantas.

Helok sangat la tu. Penuhkan C-level GLC dgn yes man.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
alamat pulangan asn dan asb semakin menjunam. ujung ujung sama dgn simpanan tetap kat bank bank . kesian kome yg pinjam loan asb tu.nanges wehh
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 09:09 PM | Show all posts
kasibiman replied at 21-6-2018 03:49 PM
Here we go. Different point of view, cantas.

Helok sangat la tu. Penuhkan C-level GLC dgn yes man ...

memang yang penuh sekarang YES MAN pun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2018 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahid boleh bawa Grab lepas ni. Dia kan pernah bawa Grab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2018 08:33 AM | Show all posts
elok sangat pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.344256 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list