CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1128|Reply: 3

[Tempatan] Jerung-jerung dalam GLC mula mengelabah. Dalam radar SPRM

[Copy link]
Post time 21-6-2018 04:13 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian Industri Asas Tani menyerahkan isu ‘jerung’ dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk di bawah kementerian itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan terus meneliti segala laporan diterima untuk tindakan selanjutnya.

“Biarlah perkara itu dalam pengetahuan SPRM, biar SPRM bertindak ikut kuasa yang ada pada mereka.

“Bagi pihak kementerian setakat ini yang saya boleh sebut Nafas (Pertubuhan Peladang Kebangsaan), itu sahaja dulu.

“Yang lain-lain nanti saya akan teliti sekiranya ada laporan lengkap, ada asas barulah saya akan ambil tindakan selanjutnya termasuklah mungkin memanggil jawatankuasa yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang untuk membuat audit,” katanya kepada Sinar Harian.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan SPRM akui menerima banyak aduan kes skandal dan penyelewengan ‘jerung’ dalam jabatan-jabatan kerajaan dan GLC.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, sehingga menjelang Aidilfitri baru-baru ini SPRM didatangi orang ramai termasuk kakitangan dalam jabatan-jabatan kerajaan dan GLC  mendedahkan penyelewengan yang disembunyikan selama ini.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk kakitangan kementerian membuat sebarang aduan salah laku.

“Kita ada Unit Integriti Kementerian (UIA) untuk ambil tindakan. Kita pun ada penasihat undang-undang.

“Kita ada pusat aduan, UIA, hotline, audit dalaman dan kita alu-alukan (aduan) untuk kebaikan kita,” katanya.

Pada sidang media hari ini, Salahuddin memaklumkan Kabinet bersetuju memperluaskan bidang kuasa audit supaya dijalankan kepada semua kementerian.

“Semalam Kabinet setuju untuk jawatankuasa siasat isu tadbir urus yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang diperluaskan bidang kuasanya untuk audit terhadap semua kementerian.

“Saya juga bertanggungjawab beri beberapa nota kepada beliau terhadap isu-isu yang berlaku supaya dilihat lebih adil di samping audit dalaman setiap kementerian,” katanya.

Sebelum ini, Nafas digantung perlembagaannya selepas didapati menghadapi masalah serius dalam barisan kepimpinan Ahli Jemaah Pengarah dan pengurusan dari segi kompetensi kebertanggungjawaban serta ketelusan dalam pengurusan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hambik lah lalalalallala..bagus..aku nk byr agent buat visa staff aku pun cuak skrg ni.apa tah lagi yg dah buat kerja hulur kiri kanan..semoga dpt tidoq dgn aman
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash cash cash buat kaki songlap!
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kastam  atau emegresen mcmane lah yea...depa ni dari bawahan dah makan rasuah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.082750 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list