CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 665|Reply: 2

[Tempatan] Baru mula sedar lambakan PATI antara punca banyak penyakit, kes jenayah

[Copy link]
Post time 21-6-2018 04:16 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) menggesa siasatan dibuat terhadap bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang isu kelulusan pekerja asing dan lambakan pendatang warga asing (Pati) di negara ini.

Presiden Pekira, Mohd Redzuan Abdullah berkata, hari ini negara sudah menjadi sampah di Asia di mana isu lambakan Pati ini tidak pernah selesai biar pun beberapa kali laporan polis serta memorandum diserahkan kepada kerajaan terdahulu.

Menurutnya, kini Pati dilihat memonopoli dan mencuri kos sara hidup rakyat tempatan daripada segi perniagaan dan lain-lain.

“Hari ini, laporan polis dibuat bagi memohon kerajaan baru pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya ambil tindakan terhadap isu ini.

“Mengapa sehingga hari ini masih belum ada kertas siasatan terhadap Zahid? Mengapa harus duduk diam? Kita nak pastikan bila kerajaan baru ini hendak buka kertas siasatan terhadapnya sebab beliau punca hari ini peningkatan Pati berlaku,” katanya selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, hari ini.

Turut hadir Pertubuhan Gabungan Islam Malaysia (Pertiga) dan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas).

Mengulas lanjut, beliau turut gesa siasatan dibuat terhadap ahli keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Banyak punca dapat dikenal pasti antaranya rasuah membabitkan ejen. Kita mohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat perkara ini agar perkara ini tidak merebak ke kementerian lain.

“Kita tunggu SPRM panggil kita. Kita akan bagi bukti. Saya juga telah serahkan surat kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk perkara ini,” katanya.

Tegasnya, perkara ini usah dibiarkan kerana Pati ini mendatangkan penyakit dan peningkatan jenayah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 04:25 PM | Show all posts
Jawo indon mengaku mulayu mempertahankan kedudukan ketuanan dgn mengimport sedara mara bangala indon paki kahwin dgn awek memperbaiki dna ketuanan.

Jangan marah , Umngok masih dapat 40% undi ketuanan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 04:29 PM | Show all posts
siasat jgn x siasat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.063242 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list