CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2102|Reply: 23

[Tempatan] Dr Mahathir beritahu Najib rakyat tak bodoh

  [Copy link]
Post time 21-6-2018 05:23 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggelar Datuk Seri Najib Tun Razak penipu selepas dakwaannya mengatakan tidak tahu wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang muncul dalam akaun peribadinya.

Melalui wawancara eksklusif bersama Malay Mail, Dr Mahathir memberitahu adalah tidak masuk akal Najib selaku orang nombor satu tidak mengetahui transaksi berkenaan sedangkan segala dokumen ada tandatangannya.

“Siapa yang mahu mempercayai bahawa dia tidak tahu ketika dia menandatanganinya? Segala wang yang masuk dan keluar dari pinjaman pertama sebanyak RM42 bilion, semua ada tandatangannya.

“Kalau dia tidak tahu, mestinya dia tidak faham apa erti tandatangan,” katanya.

1MDB mengumpulkan RM42 bilion hutang sejak bertapak pada 2009, dan Dr Mahathir telah mempersoalkan keberadaannya sejak 2015.

Pada Jun 2015, Ketua Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy cuba menjelaskan ke mana wang itu pergi dan memberikan pecahan terperinci.

Bercakap kepada agensi berita Reuters dalam laporan semalam, Najib menyalahkan penasihatnya dan lembaga 1MDB kerana tidak mendedahkan dakwaan berkenaan kepada dirinya.

Najib mendakwa, beliau tidak menyedari bahawa wang yang dipindahkan melalui akaun peribadinya adalah dari 1MDB dan digunakan untuk membeli aset termasuk kapal layar, lukisan, barang kemas, dan hartanah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib jawab sumber beg tangan mewah, duit, barang kemas]

“Kami ada semuanya. Kami tahu berapa banyak wang yang masuk ke dalam akaunnya, “ kata Dr Mahathir hari ini sambil merujuk kepada dokumen yang membuktikan penglibatan Najib dalam menggerakkan wang berkenaan.

Dr Mahathir pada awal minggu ini memberitahu Reuters bahawa pihak berkuasa mempunyai ‘kes yang hampir sempurna’ terhadap Najib untuk tuduhan menggelapkan dana, penyelewengan dan rasuah.

Dr Mahathir berkata, bahawa adalah tidak masuk akal bagi seseorang untuk mengarahkan RM2 bilion untuk dipindahkan ke dalam akaunnya tetapi pada masa yang sama enggan dimaklumkan tentang transaksi itu.

Beliau merujuk kepada kira-kira AS$700 juta yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB ke dalam akaun Najib, seperti yang diperincikan oleh penyelidikan anti-kleptokrasi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

“Ini tidak boleh. Kerana saya perlu menandatangani untuk menggunakan wang itu. Untuk menggunakan wang itu, saya perlu mengeluarkan cek. Najib selalu menganggap bahawa orang bodoh,” katanya.

Dr Mahathir memberitahu Reuters sebelum ini bahawa penyiasat ingin membawa ‘beberapa tuduhan’ terhadap Najib berdasarkan penyalahgunaan kuasa ketika beliau menjadi perdana menteri.

Beliau juga dipetik berkata bahawa Malaysia dijangka membuat penangkapan pertama dalam kes 1MDB dalam tempoh beberapa bulan dan berharap dapat memulakan perbicaraan menjelang akhir tahun ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 06:45 PM | Show all posts
kan... tak payah putar belit, mengaku saja lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lmbt btl nk dakwa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jibbun kan terasa dirinya popular, dia ingat org  hulur dokumen tu minta sign autograph ke happa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
apa apalah tun..hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 09:26 PM | Show all posts
ah, quoth sir  mat sabu "setelah najib berbincang dengan najib maka luluslah wang rakyat kepada najib"


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2018 09:57 PM | Show all posts
Dia tandatangan dlm tidur kot pakai cap jari
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 10:00 PM | Show all posts
Entah macam mana macai nak spin statement Najib ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg. Najib seorang penipu yang bodoh. Moga najib dilaknat tuhan atas kemungkaran dia. Amen
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
creep_bite replied at 21-6-2018 07:02 PM
Lmbt btl nk dakwa...

Kau ni jgan tolol sgat boleh? Kau ingat ni kes macai curi babi rumah sebelah ke boleh setel seminggu dua jah? Nanti kalau ada silap dlm kertas siasatan, kau jugak menggelupor smpai nak mampos.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex PM ni ada masalah sleep apnea macam pak lah ker?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Siti_Mustaqim replied at 21-6-2018 07:44 PM
apa apalah tun..hihi..

Rakyat x nak tau cerita najib. Rakyat nak tahu Ringgit laku lagi ke? Maybe the money changer in Golok tak nak terima ringgit dah kot. Ringgit tengah menjunam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Barangkali benar teori yg mengatakan najib punya berbilang personaliti. Barangkali personaliti bingai dia muncul sebab tu dia selalu xsedar. Agak mustahil seorang yg berpangkat tinggi (yg semestinya perlu bijak) xtahu apa yg dia sign
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa najib tandatangan tu bukan dia..ada org menyamar jadi najib mcm dlm mission impossible
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:00 PM | Show all posts
agak susah nak dakwa seseorang yg pernah jadi PM sebuah negara..nak kena jaga hati penyokong2 beliau lagi... takut merusuh je..huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat Malaysia lah paling baik hati aku rasa.
  Boleh pula berselfie dengan ketua penyamun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 21-6-2018 10:25 PM
Barangkali benar teori yg mengatakan najib punya berbilang personaliti. Barangkali personaliti binga ...

Wowwwww seronok jg kalau dpt tahu bijan ni ada penyakit psychology ada berbagai personaliti
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 21-6-2018 10:15 PM
Rakyat x nak tau cerita najib. Rakyat nak tahu Ringgit laku lagi ke? Maybe the money changer in Go ...

Rakyat nk tau cerita najib sbb cerita die berkait dgn rakyat n negara.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 10:22 AM | Show all posts
tanakkampung1x replied at 21-6-2018 09:57 PM
Dia tandatangan dlm tidur kot pakai cap jari

sll org laki amik cap jari bini masa tidur...ni kak mah amik cap jari najib...ahahah...


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn yakin sangat tun.. masih ada yg bodoh..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.078667 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list