CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Tempatan] Sering dipersenda punca Ismail keluar Umno

[Copy link]
Post time 22-6-2018 03:58 PM | Show all posts |Read mode
ARAU - Beberapa Ketua Umno cawangan di Bahagian Tambun Tulang mendedahkan Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim pernah memberi petunjuk bakal berbuat sesuatu demi kepentingan pengundi di kawasan berkenaan.

Pendedahan itu dibuat oleh Ketua Umno cawangan Kampung Padang Tengah, Zulkifli Harun yang memaklumkan Ismail yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau pernah memberi petunjuk  akan melakukan sesuatu demi kebajikan penduduk diwakilinya.

Menurutnya, Ismail mengatakan perkara itu beberapa hari sebelum beliau meninggalkan parti yang dianggotainya sejak 30 tahun lalu.

“Kami tak nampak dia kecewa sebab parti, tetapi beliau selalu sangat dipersendakan dalam perjuangan. Saya sendiri nampak dia dipersendakan. Kejayaan kita dapat besar, hasil pulangan yang kita nak bagi balik pada rakyat nampak kurang. Jadi bila dipersendakan nampak macam tak ada apa,” katanya.

Zulkifli berkata, dia yakin Ismail membuat keputusan keluar Umno kerana berasa sedih dipersendakan, bukan kerana kepentingan diri.

“Saya tak terkejut dengan keputusan beliau, saya yakin apa yang dilakukan itu adalah demi kepentingan penduduk Tambun Tulang,” katanya.

Menurutnya, Ismail merupakan wakil rakyat yang sentiasa bekerja keras dan komited terhadap pengundi di kawasannya.

“Baru-baru ini ada kejadian ribut, Ismail ada turun padang ziarah mangsa terlibat dan membantu dari aspek kewangan, tanpa maklum kepada media supaya membuat liputan seperti kebanyakan wakil rakyat lain,” katanya.

Ketua Umno cawangan Kampung Gelam, Md Salleh Ali berkata, dia antara 33 ketua di Bahagian Umno Tambun Tulang yang menyokong kepimpinan Ismail.

“Kalau dulu Ismail bersama dalam Umno, kami pun duduk bersama Umno. Kami setia bersama pemimpin dan parti. Kalau dia bebas, kita pun ikut bebas lah sebab dia wakil rakyat kita,” katanya.

Menurutnya, mereka tidak teragak-agak untuk mengikut langkah Ismail yang kini bergerak sebagai Adun bebas kerana memiliki sifat taat dan setia kepada pemimpin.

Selasa lalu, Ismail yang juga adik kepada Pengerusi Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim

keluar Umno selepas hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Keputusan itu dibuat demi kepentingan rakyat apabila beliau perlu menjalin hubungan dengan kerajaan Pakatan Harapan selain memaklumkan bakal menyertai Bersatu dalam tempoh terdekat.

Ismail menyertai Umno sejak 30 tahun lalu ketika berusia 28 tahun dan pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Perlis, Ketua Pemuda Umno Bahagian Arau dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.060393 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list