CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 634|Reply: 1

[Tempatan] Hujan lebat, angin kencang jejas beberapa kawasan di ibu negara

[Copy link]
Post time 23-6-2018 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Hujan lebat serta angin kencang yang melanda ibu negara petang tadi menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan, selain kejadian bumbung sekolah diterbangkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata, antara kawasan terlibat ialah Bandar Manjalara, Bukit Kerinchi dan Pantai Dalam.

Hujan lebat kira-kira pukul 4 petang tadi menyebabkan beberapa kenderaan dihempap pokok.

"Antaranya di Jalan 1/2B berhampiran kawasan perumahan Villa Manja Bandar Manjalara yang mana sebatang pokok menghempap kenderaan jenis Hyundai Veloster dipandu seorang lelaki. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

"Selain itu, angin kencang juga menyebabkan bumbung bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, Kampung Kerinchi di sini diterbangkan angin," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Putrajaya duk hjn je ni
Bestnye duk melingkor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054819 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list