CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3773|Reply: 47

[Tempatan] Serambi Maju: Macam tinggal dalam tin sardin

  [Copy link]
Post time 24-6-2018 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
IBARAT tin sardin yang padat. Itu keadaan yang dapat menggambarkan 13 sekeluarga mendiami sebuah rumah papan satu bilik yang usang di Pasir Tumbuh, Kota Bharu.

Semua mereka termasuk empat kanak-kanak berusia satu hingga 12 tahun terpaksa bersesak-sesak di dalam rumah usang berusia lebih 30 tahun itu.

Pemilik rumah, Saadiah Samat, 63, berkata, kediaman itu adalah peninggalan suaminya, Latiff Awang yang meninggal dunia 11 tahun lalu.

Menurutnya, rumah papan itu banyak yang rosak membabitkan bahagian dapur, bilik dan ruang tamu selain bumbung yang bocor serta papan lantai reput.

“Kami terpaksa tidur berhimpit kerana rumah ini hanya ada satu bilik. Bagi kami yang dewasa tidak kisah mengenai kesulitan tidur tetapi bagi kanak-kanak terutama yang kecil, mereka akan rasa tidak selesa.

“Mak cik berharap sangat ada pihak sudi membantu membaik pulih rumah ini kerana enam anak lelaki yang berusia antara 26 hingga 38 tahun hanya bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan yang tidak menentu,” kata ibu kepada sembilan anak itu ketika di temui di rumahnya, hari ini.

Selain enam anak lelaki, seorang lagi anak perempuan Saadiah dan menantunya serta empat cucu turut tinggal di rumah itu.

Dua lagi anak Saadiah masing-masing lelaki dan perempuan berusia 25 dan 27 pula tinggal di kampung berdekatan dan di Johor.

Mengenai perbelanjaan harian bersama keluarga, Saadiah berkata, mereka tidak mempunyai masalah walaupun pendapatan diperoleh semua anak lelakinya tidak seberapa.

Katanya, sebelum ini keluarganya pernah meminta beberapa pihak membaik pulih rumah mereka namun tiada tindakan susulan.

“Keadaan rumah kami akan teruk apabila hujan kerana keadaan bumbung dan dinding rumah yang tidak sempurna,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Jun 2018 @ 2:01 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
rumah pak aku tinggal kosong di area pengkalan chepa... dlm dekat 2 tahun
dtg nak jenguk... ada orang... aidil
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..kemiskinan diwarisi ke sampai anak menantu cucu cicit duduk sekali
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 makcik ni yang kerja tukang rumah kenapa tak tolong renovate rumah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
rezeki banyak pun susah juga ye..
sesak sesak gitu pun tetap aktiviti rezeki tak terjejas..
anak jantan 6 orang..
kerja tukang rumah.. hmmmm..
rumah sendiri pun takkan la tak boleh pakat 6 beradik tukangkan bagi elok..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 09:05 PM | Show all posts
takde gambar eh.... tak boleh imagine macam mana 13 orang duduk dlm rumah satu bilik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2018 09:08 PM | Show all posts
anak jantan yg dah besar besar tu cacat ke apa? dah besar panjang pun tak blh baiki rumah pdhal kerja tukang repair rumah?? Sihat tubuh badan byk kerja boleh buat disamping tukang rumah. Tak faham aku jenis jantan jantan begini. Semua nak minta tolong pdhal sihat tubuh badan. Dasar mentality sabsidi. Anak rezeki konon tp tengoklah keadaan derang tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 09:10 PM | Show all posts
anak2 yg dah dewasa tu dah jadi buluh..sukar nak bentuk lagi....tapi yg kecik2 tu,cucu nenek..hopefully mereka pergi sekolah rajin pergi library..baca buku...semoga terinspirasi baca kisah2 orang yg berjaya,terbuka minda, ada cita-cita, mempunyai impian untuk keluar dari kemiskinan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau nk kate ape. Cuma berharap makcik sekeluarga dimurahkan rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tepuk dahi..anak lelaki ramai,dah besar panjang tapi motif hidup menumpang menyusahkan mak dah kenapaaaa..kalau tak mampu menyenangkan janganlah menyusahkan pulak.sila meninggal dengan kadar segera
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan anak kecik2 lagi..dah berbulu semua rupanya. Ada skill buat rumah pula tu..why not kumpul duit sorang sikit beli bahan then repair the house?

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Kedah geng PH pi berkempen masa pre Pru 14. Rumah depa masih berlantaikan tanah. Bebudak bersatu ni pegi la dapat dana buat simen bagai. Depa pun berjanji manismu nak pangkah PH tapi last2 pangkah Pas gak. Takut tak boleh masuk sorga Pas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak jantan besar panjang tapi tak berguna
Malu woiii.....nak mintak simpati dan derma....,
Maruah letak mana ...malu aku sebagai anak jantan. Hopeless
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:10 PM | Show all posts
nishikido replied at 24-6-2018 09:46 PM
Tepuk dahi..anak lelaki ramai,dah besar panjang tapi motif hidup menumpang menyusahkan mak dah kenap ...

typical mentality subsidi. Anak rezeki tp dok rumah sajalah tunggu duit jatuh dari langit. Menurun perangai smp ke anak2 yg dah dewasa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:29 PM | Show all posts
sekngucing replied at 24-6-2018 04:38 PM
rumah pak aku tinggal kosong di area pengkalan chepa... dlm dekat 2 tahun
dtg nak jenguk... ada ora ...

Dorang dok je ke?....
Tak bgtau kau....
tak pe lah kan....ada org jaga rumah tu...tapi masalah bila nak suruh dorang kuar, kau kena bagi pampasan lak....


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pas tak pentingkan kebendaan, redho tu lagi penting, .... redho....  tau tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 10:34 PM | Show all posts
alhamdullileh..miskin ka tin sardin ka..at least masuk syorga..nanti ada lobai dul menipu kata malaikat tanya undi isle ke tak..ade nomboe ahli pas ke tak?(ade video ceramah ini)

sambil lobai2 pas balik dari ceramah nak tala bini2 masing2 naik audi q7 porsche boxster dan tok gundu ultra zuhud sendiri naik merx s-classssssss
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:36 PM | Show all posts
kesian budak2 kecik tu tidur berhimpit, ini boleh kira kes abuse ni, siti kasim taknak tolong ke budak2 di abuse ni??





Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudiaaa
Kesiannya anak semua tak menjadi
Miskin sampai tua
Sedih
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 24-6-2018 10:29 PM
Dorang dok je ke?....
Tak bgtau kau....
tak pe lah kan....ada org jaga rumah tu...tapi masalah b ...

duduk saja.... sengih sengih time nampak bapak aku.... pastu kata nak keluar kalau kami nak duduk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.201495 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list