CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1859|Reply: 31

[Tempatan] Tumbuk mak, remaja kena jel 5 bulan

[Copy link]
Post time 25-6-2018 01:11 PM | Show all posts |Read mode



MARAN - Jika kebiasaan ibu bapa menerima sampul duit raya daripada anak-anak sempena Aidilfitri, berbeza pula bagi seorang ibu di Bandar Jengka di sini apabila menerima hadiah penumbuk dan penendang dari anaknya sendiri.

Kejadian berlaku di tandas awam stesen Jengka Sentral ketika si ibu sedang bekerja itu, mengakibatkan mangsa ketakutan dan trauma.

Bagaimanapun, si anak telah menerima padahnya apabila Majistret Majistret Noor Syafiqah Noordin menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap Nazrul Azwan Nazri, 19, atas kesalahan itu.

Dalam kejadian tersebut Nazrul Azwan mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibunya Normah Mehhad, 56, ketika ibunya itu berada di tempat kerjanya, di hadapan tandas awam stesen bas Jengka Sentral, Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini, kira-kira jam 1 tengahari, 17 Jun lalu.

Berdasarkan fakta kes, semasa ibunya berada di lokasi tersebut Nazrul Azwan telah datang meminta duit.

Apabila kehendak beliau tidak dituruti beliau telah bertindak menumbuk mata kiri dan menendang dada ibunya itu.

Akibat perbuatannya Normah telah mengalami bengkak mata kiri dan sakit bahagian dada lalu bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua duanya, jika sabit kesalahan.

Noor Syafiqah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan bermula daripada tarikh beliau ditangkap.

Dalam penghakimannya Noor Syafikah berkata, meskipun Nazrul Azwan merupakan pesalah muda namun beliau telah mengambil kira keterangan mangsa terhadap polis yang direkodkan bahawa beliau takut dan trauma.

"Dari segi psikologi ibu kamu sendiri berasa takut dan trauma terhadap tindakan yang kamu lakukan. "Sepatutnya seorang ibu tidak ada rasa takut dan trauma kepada anak sendiri tapi kenyataan ibu kamu menunjukkan betapa kamu tidak patut berbuat demikian.

"Keputusan mahkamah dibuat berdasarkan kenyataan mangsa, iaitu ibu kamu sendiri. Dengan itu kamu dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dari tarikh tangkapan," katanya.

Di mahkamah sama, Nazrul Azwan juga berdepan pertuduhan berkaitan dadah di bawah Seksyen 15(1)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah menetapkan 23 Julai untuk sebutan semula kes dadah tersebut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 01:16 PM | Show all posts
ibu2 yang di abuse anak sendiri, sila berlindung kat rumah shitti kacim. minah blonde tu suka tolong pompuan2  ter abuse sampai sanggup tidur lokap tu



Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
anak derhaka..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak jadi anak2 zaman sekarang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 02:09 PM | Show all posts
kenapa sampai mcm tu ko buat mak ko dik..syurga ko tu dik..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 02:27 PM | Show all posts
anak terlibat dgn dadah.. mak pulak bkerja di usia 50an...

anak minta duit kat mak, mak tak bagi, anak tumbuk mak...

astaga...

mak2, kalau blh disiplinkan anak2 dari kecik... suruh diorang berdikari carik duit sendiri...

dah 19 thn pun tak reti nak carik duit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2018 02:28 PM | Show all posts
mak, saya ni dilahirkan untuk menjadi tuan, mak tak tahu ke?! tempik anak salimah sambil menghalakan tapak kaki
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 02:51 PM | Show all posts
hrp2 dlm penjara tu, mohon didebikkan sedas dua. iols alergik ya perangai si tanggang mcm ni. kalaulah mak heols boleh tahu heols nak jadi anak yg tak berguna mcm ni, iols rasa boleh dah dulu campak heols ke loji!! anak tak guna ni! yihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 02:55 PM | Show all posts
syabbas tuk emak ni sbb berani report kejahatan anak dia terhadap dia. ada je mak2 yang diamkan je bila diperlakukan begini dek anak tanggang dia org. dan budak tuuu!! meh sini aku tenyeh2 tunjal2 kepala kau dik. aku luku sekali dengan lesung batu mau dik??
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu parents yg kena kaki, tangan, parang, bunuh dgn ank ni sebab minta duit beli dadah la
Bodoh betul sapa yg jd hamba dadah ni
Org yg besarkan ko pun, ko xleh hormat
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:05 PM | Show all posts
bahaya dadah ni...

kesian kat org yg besarkan ko...dah besar gi lar cari keje..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:16 PM | Show all posts
anak derhaka,ini musti kes mabuk dadah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:17 PM | Show all posts
Minta duit nak mendadih la tu. Dasar anak derhaka! Kaum hawa sekalian, jauhi jantan ni kalau taknak menerima nasib yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:18 PM | Show all posts
ko akan meraung mintak cium tapak kaki mak ko selepas pengalaman pertama dgn senior ko dlm jel nanti budak setannnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:34 PM | Show all posts
kecik2 tak kena debik
asik bagi muka nak itu ini smua diturut
dah besar jadi penyangak
bagi saiz 12 baru padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:47 PM | Show all posts
dh jd perkara biasa anak felda ramai pendadih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 03:51 PM | Show all posts
Edited by sarahmirza at 25-6-2018 03:52 PM

Sebab itu kena jadi mak from hell masa anak2 membesar..
Supaya anak2 tau hormat pada mak..Ni tak, ada mak tu macam suka je bagi alasan...
Budak ni dengan I tak dengar kata, dengan ayah dia tau takut..
Anak2 I sorry la... sekali I tinggikan suara terus semua tau fungsi masing2.


Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:56 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 25-6-2018 03:51 PM
Sebab itu kena jadi mak from hell masa anak2 membesar..
Supaya anak2 tau hormat pada mak..Ni tak, a ...

kalau dorang terdidik sempurna tahu fungsi memasing, pasal per kau nak jerit2 lagi cam jembalang tanah??


Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:58 PM | Show all posts
dila123 replied at 25-6-2018 03:56 PM
kalau dorang terdidik sempurna tahu fungsi memasing, pasal per kau nak jerit2 lagi cam jembalang t ...

Didik anak ni setahun dua tahun aje ke? Ada kata jerit macam jembalang? Mak kau ke tu?






Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang ajar. Nak buat beli dadah la tu. Bangsat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.814417 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list