Foto: IG Nurul Zahid/KJ
Berikutan tindakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menolak jawatan Setiausaha Agung yang ditawarkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kita boleh lihat pelbagai reaksi dilemparkan netizen terhadapnya.
Ada yang menyokong, malah ada juga yang menyindirnya dengan mendakwa Khairy merajuk kerana tewas dalam pemilihan jawatan tertinggi parti itu bagi penggal 2018-2021.
"Apakah dengan memegang jawatan sebagai Presiden baru boleh dikatakan pejuang?" soal netizen yang kemudian dibalas Khairy.
Lebih menghangatkan keadaan, ada yang menuduh Khairy merajuk kerana gagal menyandang jawatan berkenaan selain mendakwa beliau tiada pengalaman untuk memimpin UMNO.
Merajuklah tu. Sedarlah diri tu sikit
Bagaimanapun, beberapa pengguna membidas kecaman netizen berserta penjelasan dan komen membina semangat.
"Bukan merajuk, tetapi menyusun strategi," bidas netizen.
Foto: Twitter
Namun, apa yang menarik perhatian penulis adalah kemas kini terbaru di Instagram milik anak Ahli Parlimen Bagan Datuk itu iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid atau lebih dikenali sebagai Nurul Zahid.
Nurul, kemudian mengambil langkah memadam postingnya dan memuat naik satu posting baru dengan menyatakan sebab tindakannya itu.
Foto: IG Nurul Zahid
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan Nurul memuat naik beberapa kemas kini dengan kata-kata sindiran terhadap seseorang sebagai satu tindakan kurang matang dan langsung tidak mempamerkan imej seorang public figure.
Korang jaga-jaga. Anak Zahid dah meroyan tu
"Bapak dah menang pun nak meroyan lagi ke?
"nak menteri yang perangai macam tak ada arah tuju hidup," antara komen netizen.
Walaupun tidak memaklumkan nama sasaran sindirannya itu, namun rata-rata netizen tahu kepada siapa ia ditujukan.
Semua orang tahulah kau tuju pada siapa
Foto: Twitter
Eh, boleh tahan juga ya Nurul Zahid punya 'kelantangan' di media sosial. - CARI
|