CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62901|Reply: 137

Salahuddin al-Ayyubi dan Richard The Lion Heart

[Copy link]
Post time 11-6-2004 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by HangPC2 at 16-2-2012 10:54

Dalam sejarah Islam mengenal Salahuddin al-Ayyubi '' Tokoh yang saya
kagumi '' rela menolong musuhnya, Richard The Lion Heart. ...




Salahuddin al-Ayyubi







Richard The Lion Heart
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2004 03:45 PM | Show all posts
:stp: Apasal wajah dlm gambar Richard the Lionheart (gambar terakhir) itu macam pelakun yg lakunkan watak Raja (bukan Gondor, yg lagi satu) dlm Return of the King?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2004 12:17 AM | Show all posts

salam..

boleh ceritakan lagi??
this is nice.
waiting.
blessyou
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2004 11:41 PM | Show all posts
Kisahnya pernah di jadikan difilemkan epik dalam bahsa arab, bahkan pelakonnya terdiri dari arab muslim & kristian.


dipendekkan kisah (kalau salah tolong betolkan)

Richard the Lion Heart terkenal di Eropah dengan kebolehan strategi perang & berniat menyerang 'Saladin' tetapi baru sahaja tentera Richard memasuki medan perang tenteranya telah pun dikepung tentera Saladin pd malam hari

King Richard menyalah anggap kerana beliau mahu berperang kerana bencikan Islam dan mendakwa Saladin sorang pemerintah Islam yg bersifat kuku besi & zalim kepada penduduk Yahudi & Kristian. Beliau menganggap Baitulmaqdis 'sekarang Yeroushalom, Jerusalem-Baitulehem, adalah kota suci kristian yg mesti dirampas dari golongan yg sesat (Saladin-muslim). Kemuncak kekalahan King Richard pd malam krismas dimana beliau sendiri melihat cahaya kemakmuran dimana berlangsung sambutan meriah perayaan kristian tidak seperti yg mereka buruk sangkakan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2004 04:11 PM | Show all posts
versi yang aku penah baca pulak mcm ni... masa Richard dgn askar dia sampai ke Holy Land.. diorg kekurangan makanan + ubat.. sampai terpaksa mintak bantuan bekalan dari Saladdin. Masa tu belum perang lagi.. the crusaders tu baru je berkemah. Saladdin ni dengan baik hati hantar bekalan tu pada musuh dia..

Saladdin ni keturunan Kurdish dan dia la yg menjatuhkan Kerajaan Fatimiah di Mesir.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2004 02:50 AM | Show all posts
Ni pasal dia dlm satu site

http://www.tiscali.co.uk/referen ... inson/m0011770.html

King of England 1189
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2004 11:41 AM | Show all posts
aku ada baca buku dalam 3 siri iaitu sejarah 3 kota suci, mekah, madinah dan baitulmaqdis.  salahuddin sebelum menewaskan richard telah menyatukan dulu wiayah-wilayah islam

semasa tentera salib menawan baitumaqdis pulak, tenteranya tinggal beberapa ratus sahaja di saat-saat memasuki baitulmaqdis.  itupun boleh menang.  semuanya sebab orang islam masa tu, macam islam sekarang ni la.
Reply

Use magic Report

barambang This user has been deleted
Post time 15-7-2004 09:20 AM | Show all posts
bila lah islam kita nak sedar ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2004 01:50 PM | Show all posts
Tulah pentingnya sejarah itu sebagai pengajaran. Walau bagaimanapun kejatuhan yg paling ketara ialah kejatuhan Empayar Uthmaniyah di Istanbul semasa reformasi Kemal Buduhturk.




btw; subject sejarahl yg HLX minat
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2004 01:47 PM | Show all posts
mok nik kagum dengan keberaniannya dan kewarakkanya. cuba lihat kewarakan beliau yang patut dijadikan cotoh..

Belaiu memang suka sembahyang berjamaah, bahkan ketika sakitnya beliau akan memaksa dirinya berdiri dibelakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang di asakan oleh Rasulullah s.a.w. ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang malam, beliau akan menunaikannya ketika hampir subuh. Tetapi beliau tidak pernah tinggalkan sembahyang fardhu.

Beliau tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup hisab. Beliau sangat murah hati dan akan menyedekahkan apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya beliau hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Beliau tidak meninggalkan harta.

Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasehatkan oleh khadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasehatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata "Aku takmahu bila ajal menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.

Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi jadi tetapi ditakdirkan.

Beliau sangat gemar dengar membaca Qu'ran. Dalam medan peperangan beliau acapkali duduk mendengar bacaan Qu'ran para pengawal yang dilawatnya sehingga tiga atau empat juzu' semalam. Beliau mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya.

Beliau juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah s.a.w. Beliau akan memerintahkan orang orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, beliau akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang kadang ia berhenti di antara musuh musuh yang datang untuk mendengarkan hadis hadis dibacakan kepadanya.

Salahuddin memiliki asas pengetahuan ugama yang kukuh. Beliau  juga mengetahui setiap suku suku kaum Arab dan adat adat mereka.Bahkan  beliau mengetahui sifat sifat kuda Arab walaupun beliau sebenarnya orang Kurd.

Beliau sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan kawannya dan utusan utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Quran beliau juga banyak menghafal syair syair Arab.

Pada hari Rabu 27 Safar 589H,  pulanglah Salahuddin ke rahmatullah tanpa sebarang harta kekayaan!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2004 01:00 PM | Show all posts

hmm

saladin telah menghantar makanan segar  dan ubatan ketika king richard sedang sakit cedera.. dan dari itulah tersentuh rasa hati bahawa islam itu baik.
kalau dalam game crusader lak tentera islam sumernya xkuat tapi tentera kafir hebat, dan gelaran saladin the wise diberi kerana taktiknya yang hebat..
mungkin meniru peperangan rasulullah kot...
Reply

Use magic Report

VanRizwan This user has been deleted
Post time 27-7-2004 02:47 PM | Show all posts
In 1187 Salah al-Din (Saladin) conquered the crusader states of the Middle East, established after the First Crusade of 1095. In response the Third Crusade was declared. After his coronation in 1189 King Richard I joined the crusade, travelling with King Philip II of France. In 1191 the expedition took Cyprus, then recaptured the crusader stronghold of Acre (near present-day Haifa). Philip then returned to France while Richard fought his way south. His forces were halted 12 miles outside Jerusalem, where he signed a truce with Saladin.

Aware that Philip might exploit his absence, Richard turned for home. En route he was imprisoned for a year by the German Emperor Henry VI, then ransomed for the huge sum of
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2004 11:55 AM | Show all posts
Salahuddin memang berbangsu Kurd, namun pada hari ini bangsa Kurdish ini tiada negara akibat permainan politik  penjajah dan ketamakan bangsa Arab sendir pada permulaan pembentukan negara setelah tumbangnya empayah Tutki Othmaniah. Arab Saudi dibentuk oleh Putera Faisal sebelum menjadi raja. Palestin diserah kepada British.Iraq dengan kerajaan berpusat di Baghdad dan mengambiul tanah Kurd yang tidak dituntut oleh British dan Arab saudi, manakala Turki mengambil bahagian tanah Kurdish yang tidak termasuk dalam kawasan Palestin yang ditadbir British. Menangis lah Salahuddin Al-Ayubi jikalau beliau masih hidup pada hari ini. Indah sungguh budi orang Islam di kurun ini dan yang baru berlalu... inilah balasan untuk pahlawan Islam yang disanjungi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2005 09:02 PM | Show all posts
The sad thing about Muslims and history is that we never take the time to learn of the startegy and uniqueness of Muslim warriors. Allow me to explain. Have anyone done a study on the tactics and military formations of the Muslim army at the time?

We pride ourselves by knowing a few words about the startegies of Sun Tzu or Baron Von Calusewitz or even General Heinz Guderian. However, I think we never took the initiative to learn about our own military strategists.

Tell me, why was Salahuddin so successful in the battle field during his time? The Crusaders were employing heavy cavalry and armoured knights, but what sort of soldiers Salahuddin fielded in those days?

R6

[ Last edited by RainbowSix on 19-1-2005 at 10:18 AM ]
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 17-1-2005 12:38 AM | Show all posts
aku teruja mendengar kisah saladin ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 12:05 PM | Show all posts
seronok citer sejarah Salahuddin al-ayubi ni..

aku pernah nonton film yg bertajuk spt di atas...

dan aku memang suka sangat dgn perwatakan & watak Salahuddin

dgn kisahnya....



itu lah saja .....
  :tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2005 03:38 PM | Show all posts
Let me begin with the basics of calvary wars in the Middle East during that time.

From what I know is that, the Muslim army under Salahuddin Al-Ayyubi favours the use of light cavalry when confronting the Crusaders. There are few reasons for this.

The heavy cavalry of the Crusaders were slow and not easily deployed in the Middle Eastern battlefields. Salahuddin exploited this weakness by using light cavalry which is turn made the Muslim army flexible and very powerful. Maneuverability on the battlefield was his most successful tactics employed.

Secondly is suitability to the weather. Arabian horses are the best horses in the world; swift and light. Thats why Muslim army maneuver faster and hence light cavalry were deemed best. The Muslim army were with light armour while the riders were armed with scimitars. Coupled with the weather, these conditions led to the weakening effectiveness of heavy cavalry.

R6

[ Last edited by RainbowSix on 19-1-2005 at 10:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 05:58 PM | Show all posts

salam,

Nama penuh Sultan Salahuddin ialah Salahuddin Yusuf b Ayub.  Dilahirkan di dlm sebuah dusun di Iran pd thn 1137M.  Waktu pemerintahan Imaduddin Zanki beliau dibawa oleh ayahnya ke Mosul dan mendapat didikan agama dan pedang.

Waktu pemerintahan Sultan Nuruddin Zanki beliau berpeluang menunjukkan kehandalan dan kecekapannya dlm beberapa tugas yg tlh diserahkan oleh sultan kpdnya.  Beliau dihantar oleh sultan ke Mesir utk membantu bapa saudaranya yg bernama Syirkuh sbg duta ke sana.

Pd mulanya kedudukan Salahuddin sbg menteri di Mesir adalah amat sukar, krn beliau menteri kpd Khalifah kerajaan Fatimiyah yg bermazhab Syiah dan wakil Sultan Nuruddin Mahmud yg bermazhab Sunni.

Tetapi akhirnya Salahuddin berjaya mendapat kepercayaan rakyat.  Utk melemahkan kuasa dan kekuatan Fatimiyah dgn cara beransur2 beliau tlh melantik pegawai2 kerajaan drp org yg dipercayai dr keluarga yg dibawa ke Mesir.Jawatan2 agama diserahkan kpd ahli2 bermazhab Sunni.   

Dlm waktu yg sama beliau juga tlh berjaya menundukkan tentera Salib.  Dgn ini maka kasih sayang rakyat kpdnya bertambah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 05:59 PM | Show all posts
Pd thn 1170M beliau berjaya menghapuskan sama sekali fahaman Syiah dan nama khalifah Fatimiyah di bumi Mesir dgn menegakkan fahaman Sunni dan pemerintahan keluarga Salahuddin Al-Ayyubi.

Utk mengelakkan drp bahaya pemberontakan drp keluarga Fatimiyah dan serangan Salib maka Salahuddin tlh mendirikan benteng di bukit Mukattam yg diberi nama Qalaah Jabal Muqattam.  

Dgn ini berakhirlah kekuasaan kerajaan Fatimiyah dan muncul pula pemerintahan keluaraga Ayyubiah.

Walau pun Salahuddin berkuasa penuh di Mesir tetapi beliau masih juga mengadakan hubungan baik dgn Sultan Nuruddin Zanki.  Setelah Sultan itu mangkat maka perhubungan Salahuddin dgn anaknya Sultan Malikus Saleh tlh menjadi buruk krn perbuatan2 jahat menteri Sultan yg berkenaan.

Akibatnya berlakulah pertempuran atr ke dua2 pihak.  Salahuddin berjaya dlm peperangan ini lalu menduduki kota Damsyik.  Kemudian Salahuddin berjaya menawan Aleppo dan Mosul.  Setelah itu Salahuddin diakui oleh Khalifah Abbasiyah yg ke 33  Al-Mustadhid sbg sultan bg negeri Mesir dan Syria.

Dgn ini Salahuddin menjadi seorg yg berkuasa di Asia Barat dan mengepung tentera Salib dr utara, selatan dan timur.

Nanti I sambung pasal Pertempuran Hittin…
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 17-1-2005 10:24 PM | Show all posts
teringin pergi ke kota damsyik dan bersembahyang di masjid umayyah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.076559 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list