CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Salahuddin al-Ayyubi dan Richard The Lion Heart

[Copy link]
Post time 2-4-2007 01:19 PM | Show all posts
panglima islam yg agung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2007 10:07 PM | Show all posts
Dia banyak main dengan psikologi... hebat tamadun Islam dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 09:38 PM | Show all posts
tokoh hebat dalam sejarah islam, nama dia akan terus di sebut2 sampai ke akhirnya... dan nusuh akan buat macam2 perkara semata2 untuk taknak tgk lahirnya salahuddin yg kedua...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 12:34 PM | Show all posts
wah terungkap zaman sekolah dl
aku amik sejarah islam
bangga dgn kehebatan n kebijaksaan beliau
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 01:08 PM | Show all posts
Salahuddin al-Ayyubi memang tokoh hebat di segani oleh pihak lawan.

pernah terjadi Salahuddin menghantar makanan yang lazat-lazat kepada king Richard yang sedang sakit, salah satunya adalah aiskrim
kegemaran king Richard.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 09:54 PM | Show all posts
Originally posted by chayroul at 15-10-2006 07:53 PM
puas hati tengok citer Kingdom of heaven.....at least puak kristian tak demand dengan movie diorang...dengar citer sebelum movie ini ditayangkan ader para pakar pakar sejarah islam dok filter dul ...



cerita nehh tak sahih pada ending dia ...

(1) mane ader queen sybilla ikut balian balik ke france ... dia stay kat sini tunggu laki dia guy de lusignan dibebaskan ... pastuh diowang berdua ader konflik ngan conrad of montferrat

(2) balian sebenar nyerh ikut sama ke battle of hattin ... tapi dia jadik rear guard jerh ... bila tentera kristian barisan depan kalah ... dia lari balik

(3) dalam cerita tuh ... watak org tua yg terhencut hencut geng balian tuh nama dia tiberias ... sebenar nyerh nama dia ialah count raymond of tripoli

(4) count raymond of tripoli jugak memboikot perang hattiin dlm citer tuh ... tapi sebenarnyerh beliau ikut sama berperang ... siap jadik tentera barisan depan lagik ... tapi dapat lari balik

(5) tiberias menyatakan bahawa terdapat 200,000 tentera saladin di damascus sahaja ... sebenarneyrh mane nak carik jumlah manusia sebanyak tuh ditengah desert syria tuh ... kajian historian menyatakan bahawa tentera saladin hanyalah sebanyak 55,000 sahaja

(6) saladin memancung kepala reynald de chattilon dgn pedang nyerh sendiri ... sebenar nyerh beliau terpancung tangan reynald ... pastuh yg membunuh nyerh ialah bodyguards saladin

(7) perhatikan scene semasa org islam semayang ... org islam semayang time azan sedang berkumandang ... and tidak dok dlm saf sebaliknya dok jauh jauh ... betul ke ??

ader banyak lagi .... peratikanlah sendiri ... ~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2007 10:00 PM | Show all posts


slahaudin memang seorg tokoh islam yg hebat tapi, bagi aku beliau semakin lama semakin tak hebat ...

boleh plak nak kawinkan anak beliau al-adil ngan anak richard lionheart (joanna) yg kristian ... syarat dia al-adil kne masuk kristian kalo joanna tanak masuk islam ... hapa laaa

beliau terlalu baik ngan musuh islam ... beliau memberi richard lionheart makanan dan hadiah hadiah walaupong satu ketika dulu richard pernah menyembelih tawanan perang (org islam) selepas perang di arsuf dan perang di Jaffa ...

bahkan beliau menyukai cara cara diplomasi dan perjanjian ntuk menyelesaikan masalah perang ... apa daa ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:25 PM | Show all posts
tak sabar nak tgk versi malaysia pulak....



http://www.saladin.tv/main.php
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2007 10:03 AM | Show all posts
Salahuddin adalah yg menghidupkan Mawlid Nabi Muhammad saw, hingga tentera Islam terus berjaya. Filem Kingdom Of Heaven yg mengisahkan Perang Salib.. kisah tu dimulakan dari gencatan senjata antara tentera Islam yg diketuai Salahuddin Al-Ayyubi dan tentera Kristian yg menguasai Jerusalem ketika itu. Dalam perang Salib ini, Salahuddin Al-Ayyubi menunjukkan sifat kemanusiaan yg teramat tinggi. Dan ini juga dipaparkan dalam filem Kingdom Of Heaven. Ia adalah antara cerita yg sekurang2nya tidak "bias" sebaliknya banyak melibatkan fakta2 sejarah.

Astora dalam ruangan Bicara Agama ada menulis tentang filem ini... dia yg menceritakan bahawa bukan sahaja wujud paderi yg sering mencetuskan kekacauan bahkan wujud jua ulama2 ketika itu yg sering menghasut Salahuddin Al-Ayyubi untuk menyerang Jerusalem. Tapi sayang Astora tidak pula menerangkan siapakah ulama' itu. Cuma dia menyebutkan bahawa perwatakan ulama2 seperti itu tidak ditonjolkan di dalam filem Kingdom Of Heaven.
Wa min Allah at Tawfiq
:setuju: :pray:  


Rujukan :
Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155  
Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99


BAB 1

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang gabenor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia. Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika beliau menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, beliau diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

Pertukaran Hidup Salahuddin
Apabila Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenagannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).

Bahkan Stanley Lane Poole (1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Beliau menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku". Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.

Semangat Jihadnya
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid2 dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.

Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumoukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)

bersambung...

[ Last edited by  anakencana at 1-6-2007 01:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 10:49 AM | Show all posts


BAB 2

Peperangan Hittin
Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah teruk. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembasar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bawaha dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.

Kecintaan Salahuddin kepada Islam
Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammat atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah. Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi".

Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad, untuk menyelematkan kamu". Apabila ia mendapat berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.

Menawan Baitul Muqaddis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya.

Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit. Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemengan atas kemengang. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-prang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

Salahuddin yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.

Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa mengidar bilangan mereka.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

...bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by barambang at 15-7-2004 09:20 AM
bila lah islam kita nak sedar ya?



saya rasa Islam skrg dah sedar, cuma tak masuk acuan ajer... suka bertindak melulu...bukankah begitu?.. tiada disiplin dan strategi, ape yang ada ki minda ialah nak perang sahaja.... cuba renung dan fikirkan sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 11:59 AM | Show all posts

Reply #71 bubpallo's post

Kata Hamka: "Di antara ciri orang yang memiliki harga diri antaranya ialah mereka yang berfikir mengikut keyakinan mereka dan orang inilah yang keluar daripada golongan muqallid."

Zaman sekarang ni ramai manusia yang mengalami krisis keyakinan. Yang paling jelas sekali, keyakinan terhadap para ulama dah hilang. Ulama hanya dipanggil dalam urusan2 rasmi tertentu sahaja, itu pun dalam perkara yang amat terhad. Kebanyakan program yang dibuat, artis2  yang diundang tapi ulama diketepikan. Begitulah yang berlaku di akhir zaman...artis2 dipuja tapi ulama diketepikan malah dipertikaikan kewibawaan mereka sebagai ulama.

Kita sebagai manusia perlu banyak berfikir tapi tetap ada batasannya. Zat Pencipta kita dan seluruh alam ini yaknilah Allah tak boleh kita fikirkan kerana ia melangkaui batas pemikiran kita yang amat terhad. Tapi memang perkara2 macam tu kadang-kala bermain di fikiran kita sebab itu adalah fitrah semulajadi seorang manusia.


....di luar gerbang kota suci itu, Salahuddin Yusuf Al-Ayyubi (Saladin) berdiri tegap berhadapan dengan Balian of Ibelin, panglima Tentara Salib. Di pinggang kanan kedua perwira itu terhunus pedang tajam. Keduanya bersedia untuk saling membunuh.

Ratusan ribu tentara Islam berbaris di belakang Saladin. Dari balik gerbang, tentera2 Kristian menanti dengan cemas pertemuan itu. Sebahagian Yerusalem sudah hancur. Mayat2 bergelimpangan di mana2. Di belakang Balian, ribuan Tentara Salib bersiap menyerang. ''Ketika Tentara Salib merebut Yerusalem 100 tahun lalu, seluruh Muslim terkorban,'' Balian mula berbicara.

Saladin tersenyum. Matanya menatap tajam lawan bicaranya. ''Aku Saladin, bukan mereka. Pergilah ke negeri-negeri Kristian, bawa pasukan dan rakyatmu yang memang ingin pergi. Tak ada pembunuhan,''kata Saladin.


Kalangan pengritik filem di Amerika dan Eropah memberikan penilaian berbeza  atas kehadiran ''Kingdom of Heaven''. Ada yang menilai filem ini lebih menampilkan Islam sebagai ''pemenang'' dan positif. Ada juga yang berpendapat Kristian sebagai pihak yang lebih baik dengan penonjolan karakter Balian. Tapi, ada yang mengecam, filem ini tidak sesuai dengan sejarah yang sebenarnya.

Filem ini tersenarai nombor satu box office (laris). Ia mengalahkan ''The Interpreter'' yang dilakonkan oleh Nicole Kidman dan Sean Pean. Dalam hitungan hari, ''Kingdom of Heaven'' telah meraut keuntungan 20 juta dolar AS.

Filem yang diproduksi 20th Century Fox itu mencuba mengkritik sepak terjang Presiden George W Bush terhadap perang Iraq. Sebagai negara besar yg tak ada tandingannya, kata Ghassan, Bush sebetulnya boleh menggunakan rundingcara penyelesian di luar cara peperangan untuk menyelesaikan persoalan Iraq. Semua dapat dilakukan dengan diplomasi seperti yang dilakukan Saladin --yang pada masa itu memiliki kekuasaan terhebat.

Selama ini, filem2 di Hollywood berkaitan Islam lebih banyak memaparkan cerita-cerita jahat dan licik. Lihat saja di film ''Delta Force'', ''True Lies'', dan lainnya. Ada juga yang positif seperti ''Lion of The Desert'' yang dilakonkan Anthony Quinn... dan kemudian muncul ''Kingdom of Heaven''.

Filem ini juga dipaparkan pergolakan batin Balian, Tiberias dan Godfrey-- tentang alasan berlakunya Perang Suci. ''Kini aku sedar, perang suci bukan kerana atas nama Tuhan. Tapi, kerana alasan kekayaan dan tanah,'' kata Tiberias kepada Balian. Filem ini berakhir dengan perginya Balian yang kemudian bertemu Raja Richard yang dikenali sebagai ''Hati Singa''. Kepada Balian, Richard mengatakan akan kembali merebut Yerusalem....


BAB 3

Perang Salib Ketiga

Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakal yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah penguasa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik meraka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kristian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ke-3 tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentera2nya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang2 Islam dari mana2 sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura yang membuat keputusan2 ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak2nya, anak saudaranya, sahabat2 lamanya, pembesar2r tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing2. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Wafatnya Salahuddin

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas-pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari2 terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda2 berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah2, barang2, tanah, kebun dan harta2 lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

...bersambung

[ Last edited by  anakencana at 1-6-2007 12:59 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 2-6-2007 04:32 PM | Show all posts

Reply #67 topeng perak's post

aku nak komen sikit pasal kau cakap anak salahuddin kahwin ngan anak richard...kalau ikut sebenarnya..kalau diantara ahli kitab berkahwin tak perlu nak tukar agama..kerana semua berasal dari tuhan yg satu..sekarang ni pun ade orang cam ni..cuma kaum kristian di baitullaham dan jurusalem je yg boleh orang islam berkahwin tanpa tukar agama asal..kerana mereka maish berpegang pada ajaran yg asal dan adalah ahli kitab..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 10:42 AM | Show all posts
Salahuddin yang Wara'

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan.

Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendegarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya. Ia juga sangat berpegang teguh kepada rukun iman hinggakan ia telah mengarahkan anaknya al-Malik al-Zahir membunuh Suhrawady yang membawa ajaran sesat.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampis subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?"

Aku menjawab, "Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini"

Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi"

Perangai Salahuddin

Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.

Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Sauatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, "Cakap sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan dirinya".

Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 03:38 PM | Show all posts
haa...malam ni salahuddin ayyub nak lawan ngan shahrir samad...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 01:55 PM | Show all posts
mmmmmm..........................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2009 10:07 PM | Show all posts
lamanya thread ini terdiam...
diambil dari: http://petikanbuku.blogspot.com/ ... n-seterusnya-2.html

Peperangan Hattin








PeperanganHittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. StanleyLane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangansemasa peperangan Hittin.

Kemenangan peperangan Hittin telahmembuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis.Kadi Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangatberhajat untuk menawan Baitul Muqaddis hinggakan bukit pun akanmengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya.



Salahuddinberhasil menghimpun pasukan yang terdiri atas para pemuda dari berbagainegeri Islam. Pasukan ini kemudian berperang melawan Pasukan Salib diHattin (dekat Acre, kini dikuasai Israel). Orang-orang Kristian bahkanakhirnya terdesak dan terkurung di Baitul Maqdis.

Sebahagianbesar pasukan Salib yang berada di Timur Tengah pada waktu itu dapatdikalahkan di perang Hattin ini, dan semuanya diperlakukan secaraterhormat dan baik-baik termasuk Salib Salbut.

Dalam pertempurandi Hittin itulah kayu Salib Salbut (Salib al-Salbut, juga dikenalisebagai Holy Cross) , sebuah relik keramat milik pasukan Salib yangamat dihargai tentera Kristian yang dibawa ketika berperang ditawantentera Muslimin.

Salib Salbut yang dibawa ketika berperang












Kononnya,jika Salib itu jatuh ke tangan musuh, alamatnya mereka akan tewas atauditimpa bencana. Memanglah akhirnya mereka tewas di tangan tenteraMuslimin..

Pada satu ketika setelah khemahnya didirikandiperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalahRaja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya.Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi kehadapan Reginald lalu berkata, “Dua kali aku telah bersumpah untukmembunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota sucidan kedua ketika ia menyerang jamaah haji.

Ketahuilah aku akanmenuntut bela Muhammad atasnya”. Lalu ia menghunuskan pedangnya danmemenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar olehpengawal dari khemah.

Raja Palestin apabila melihat adiknyadipancung, ia menggeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. TetapiSalahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata,“Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orangitu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telahterjadi”.


Reynald de Chatillon yang dibenci Salahuddin


Raja Guy de Lusignan (sebutnya Ge de Lusignion)

TindakanSalahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan NabiMuhammad. Kadi Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddinmencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpabelas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya merekadikasihani.

Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan,“Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad, untuk menyelamatkan kamu”.Apabila ia mendapat berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginalddengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.

Tigabulan setelah pertempuran Hattin, pada hari yang tepat sama ketika NabiMuhammad diperjalankan dari Mekah ke Jerusalem dalam Isra’ Mi’raj,Salahuddin memasuki Baitul Maqdis. Kawasan ini akhirnya direbut kembalisetelah 88 tahun berada dalam cengkaman musuh.

Dalam catatanKadi Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramaiorang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga danorang-Orang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini.




Kemudiannyaramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dariMesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin.Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan “AllahhuAkbar” dan “Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi langit. Selepas90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di BaitulMuqaddid.

Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telahditurunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

----------
SejarawanInggeris, Karen Armstrong, menggambarkan, pada tanggal 2 Oktober 1187itu, Salahuddin dan tenteranya memasuki Baitul Maqdis sebagai penaklukyang berpegang teguh pada ajaran Islam yang mulia. Tidak ada dendamuntuk membalas pembantaian tahun 1099, seperti yang dianjurkanAl-Qur`an dalam surat An-Nahl ayat 127:

“Bersabarlah(hai Muhammad) dan tiadalah kesabaran itu melainkan dengan pertolonganAllah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka danjanganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.”

Permusuhan dihentikan dan Salahuddin menghentikan pembunuhan. Ini sesuai dengan firman dalam Al-Qur`an:

“Danperangilah mereka sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanyauntuk Allah. Jika mereka berhenti (memusuhi kamu), maka tidak adapermusuhan lagi, kecuali terhadap orang-orang yang zalim.” (Al-Baqarah:193)

Setelah peperangan Hattin ini, hampir seluruhwilayah pasukan Salib dikuasai oleh Sultan Salahuddin kecuali Acre danTyre. Tak ada satu orang Kristian pun yang dibunuh dan tidak adaperampasan. Jumlah tebusan pun sengaja direndahkan. Pada masa inilahpenjajahan bangsa Eropah secara besar-besaran ke Jerusalem dansekitarnya berakhir

[ Last edited by  Zaharul_Asriq at 1-5-2009 22:09 ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 10:16 AM | Show all posts

Balas #78 Zaharul_Asriq\ catat

sape ada buku2 best pasal sejarah Perang Salib???
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 01:21 PM | Show all posts

salahuddin al-ayyubi @ saladin

aku tak tahu dah ade ke tak pasal dia ni..
kalau ade,mintaak maaf le...

salahuddin al-ayyubi @ saladin adalah seorang pemimpin tentera islam yang amat terkenal ketika perang salib yang kedua..
beliau juga seorang khalifah yang profilik dimana beliau menjadi khalifah bukan disebabkan keturunan(walaupun beliau juga berasal keturunan yang mulia) tetapi diasebabkan ke tokohan beliau dalam memimpin umat islam..
beliau dilahirkan di Tikrit,Iraq dan bernama Yusof kemudian diberi gelaran salah ad-din yang bermaksud "teguh dalam keimanan".beliau dilahir kan sekitar tahun 1137-1138(tahun sebenar tak diketahui).selepas itu beliau dibawa berpindah ke Damascus,syria.disana beliau banyak menghabiskan mase untuk menguasai beberapa cabang ilmu seperti sejarah,taktik perang,sains islam dan amat mahir tentang kuda.beliau juga mahir dalam kitab Hamasah oleh Abu Tamman.
kerjaya awal salahuddin dalam tentera bermula apabile beliau berkidmat dibawah jagaan pakciknya Asad al-din shirkuh yang pada mase itu adalah seorg jeneral terkenal dalam tentera khalifah Nur al-din.
apabila dalam tentera,bakat salahuddin mula terserlah apabile diberi kepercayaan untuk mengetuai beberapa misi peperangan.salah satu kejayaan Salahuddin ialah apabile unit tertentera yang kecil dapat mengalahkan tentara salib ketika peperangan di sempadal sungai nile,mesir.ketika itu unit salahuddin hanyalah umpan,tetapi akhirnya beliau dapat mengalakan para tentara salib itu.selapas nama slahuddn mula dikenali ramai.
pada tahun 1169 beliau dilantik sebagai wazir mesir oleh pemerintah ketika itu Al-Adid walaupun Al-Adid adalah seorg dari pegangan Shiah(salahuddin adalah dari pegangan sunnah).banyak rintangan yang telah dihadapi oleh salahuddin ketika menjadi wazir di mesir sehinggalah beliau menubuhkan empayar abbasiah di mesir dan mejadi sultan di mesir.
selepas menubuhkan kerajaan sendiri di mesir,salahuddin mula menuju ke palestin bagi membebaskan tanah suci Jerusalem.beberapa peristiwa yang terkenal telah berlaku sepanjang kempen peperangan itu antaranya:

1.ketika Raja Balwin ingin masuk ke Ascalon,salahuddin telah berjanji tak akan menyerang raja balwin walaupun mase tu para pejuang salib hanya berjumlah 375.
2.salahuddin telah membina kota cairo dan telah mengali sebuah perigi sedalam 280kaki(80 meter) disana yang dikenali sebagai Bir Yusof(perigi yusof)
3.pada tahun1187,salahuddin telah menawan hampir semua kota di Jerusalem dan telah membebaskan orang kristian disana tanpa sebarang syarat.
4.pada perang salib 3 yang diketuai oleh Richard the Lionheart(raja england),salahuddin pernah menghantar para doktor peribadinya untuk merawat Richard yang sakit.

banyak lagi peristiwa yang membuktikan ketokohkan lelaki yang bernama Salahuddin Al-Ayyubi ini dari segi pribadi dan keperwiraan nya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 01:41 PM | Show all posts
Seorang pejuang yang sangat dikagumi..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.078410 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list