CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3337|Reply: 13

Batu Pengganti Ais, Lebih Sejuk Dan Selamat!

[Copy link]
Post time 9-7-2018 01:05 PM | Show all posts |Read mode




Teknologi terkini boleh dikatakan semakin canggih dan sukar diterima akal. Betul ke letak saja batu, air boleh jadi sejuk macam ais?


Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sebuah kedai barangan harga murah menawarkan batu sebagai pengganti ais. Batu ini dikatakan berasal dari batu asli yang disebut granite dan mampu menyejukkan air. Idea menggunakan batu semula jadi sebagai pengganti ais ini pertama kali diperkenalkan oleh syarikat dari Jepun.


Penggunaan batu ini dibangkitkan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Nik Nazwan.









































Foto: Twitter nik_nazwan





Menurutnya, batu yang dijual dengan harga murah ini sangat mudah didapati dan selamat digunakan. Cara mengendalikannya juga amat ringkas iaitu dengan hanya meletakkannya di bahagian sejuk beku selama tiga jam atau lebih.


Batu yang dikenali sebagai stone ice cube ini juga boleh dikitar semula. Maksudnya, anda masih boleh menggunakannya berulang kali.


Kelebihan menggunakan batu ini adalah bentuk dan sifatnya tidak akan terjejas serta tidak mengurangkan kemanisan air minuman. Bukan itu sahaja, batu ini juga merupakan batu natural yang tidak larut dan tidak mempunyai bahan kimia serta tidak mempunyai kesan sampingan.


Menggunakan batu ini memang memudahkan. Bukan sahaja menjimatkan ruang di dalam peti sejuk, malah menjimatkan masa. Cuma akan menjadi masalah kepada golongan pemakan ais. Mungkin mereka perlu berhati-hati selepas ini. Bimbang gigi pula yang berderai nanti. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2018 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg stainless steel pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2018 02:46 PM | Show all posts
Tapi lepas habis minuman, aku suka gigit ais so kalau pakai batu ni tak boleh la gigit2
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2018 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp x berat ke? Kang nk buat air satu jag x terangkat plak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas disejukkan 3jam dlm peti ais, brapa lama jgka masa batu tu utk teros sejuk ? Sape2 tau... ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 04:10 PM | Show all posts
gerbera.memopad replied at 9-7-2018 02:46 PM
Tapi lepas habis minuman, aku suka gigit ais so kalau pakai batu ni tak boleh la gigit2

Boleh je gigit, berterabur gigi lah lepas tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2018 04:29 PM | Show all posts
senang la nak bajet gula pasni


ni kalau tak terlebih manis, macam xde gula pon jadi lepas letak ais
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 04:37 PM | Show all posts
Pegi tgk kat Daiso tadi, tak jumpa pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2018 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kiranya mengambil konsep muatan haba pendam yg kita bljr masa fizik zaman sklh dulu la ye?? Tapi betul menjadi ke? Ada yg dah cuba?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak cari kat daiso japan nanti. Kalau jumpa boleh beli sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 02:29 PM | Show all posts
bersih ke kalau guna
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 03:50 PM | Show all posts
wowwwww creative naw jepon ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:06 AM | Show all posts
betul ker x membahayakan kesihatan
ada kelulusan dr KKM ker..
iya lah da rendam dn campur dlm air minuman
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:10 AM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 9-7-2018 07:13 PM
Tp x berat ke? Kang nk buat air satu jag x terangkat plak..

hahahaha relevan juga pemikiran ni..berat ke batu tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.181668 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list