Bangi semakin terkenal dengan bandar yang kian membangun. Banyak pusat-pusat perniagaan yang dibina bagi tujuan perniagaan dan juga urusan pentadbiran.
Perniagaan makanan sudah pasti tidak ketinggalan untuk mengambil peluang ini untuk menjana pendapatan masing-masing. Dan tak salah jika kita anggapkan Bangi juga merupakan syurga makanan kerana banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi jika datang ke sini.
Foto: alialisakreatif.blogspot.com
Jika anda ke Bangi, jangan lupa untuk singgah di &J BurgerGrill & Western Cafe. Restoran atau cafe yang terletak di Sungai Merab, Bangi ini menyajikan menu-menu masakan barat yang sudah pasti sangat menarik dan menyelerakan.
Talam dekat sini sumpah tak kedekut boleh makan sampai 6 org 😱😱 !!! Portion mmg banyak gilaaaa aku doakan murah rezeki owner 😭
📌 A&J BurgerGrill & Western Cafe, Sg Merab, Bangi
📸 Pixel 2 XL pic.twitter.com/feNYyMCOgF
— ASH (Foodhunters) (@Ashril_92) July 9, 2018
Terbaru, dalam posting saudara ASH di laman twitternya, beliau berkongsi beberapa perkara menarik tentang cafe ini.
Menariknya di cafe ini ialah:
Set Talam yang sangt besar
Set talam western adalah antara signature cafe ini. Rugi kalau tak cuba!
Meriah gila set talam ni!
Siapa yang 'load' makan banyak-banyak tu boleh cuba set talam di cafe ini
Banyak pilihan masakan barat
Pilihan menu western yang banyak dan menarik!
Banyak komen-komen positif dari pelanggan!
Melihat sahaja menu-menu yang ada di sini buat hati begitu terpanggil untuk merasa. Tidak hairanlah kafe ini mendapat komen-komen yang positif daripada para pelanggan.
Harga yang berbaloi!
Makanan yang sedap!
Jadi, buat anda yang datang ke Bangi, jangan lupa untuk singgah ke cafe ini ya! Banyak pilihan makanan Western yang anda boleh cuba! - CARI
|