View: 833|Reply: 9
|
[Tempatan]
Tak mengaku benam kepala budak dalam baldi
[Copy link]
|
|
LELAKI didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan sengaja menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia dua tahun pada tahun lalu.
Tertuduh, Mustaqim Ab Wahab, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah.
Mustaqim didakwa dengan sengaja membenam kepala Fatini Aleysha Abd Karim ke dalam baldi berisi air sehingga menyebabkan kematian kepada mangsa.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Kompleks Perdagangan DWJ Meru, di sini antara 4 hingga 5.41 pagi pada 24 Mei tahun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman, manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu.
Julie Lack kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
NSTP pada 25 Mei 2017 melaporkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di pejabat teman lelaki ibunya di Meru, di sini.
Dalam kejadian 5 pagi itu, Fatini Aleysha disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat terjatuh ke dalam baldi.
Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa yang mahu membuang air besar dibawa ke tandas oleh teman lelaki ibunya berusia 31 tahun manakala ibunya berumur 41 tahun menunggu di kereta.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Julai 2018 @ 11:52 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah..
mak tunggu dlm keta..bf bawak anak g toilet...
Allah pun tau....anak tu lebih layak berada di sisiNya di syurga |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsat punya mak.. patut mak teman anak, ni jantan lain disuruh cebok anak.. kang dirogol, cabul camna... eeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
bengong. . boleh si emak percaya pada bf nak uruskan anak ke toilet. Ko buat apa dlm kete tu perempuan. Pedo bersepah....pembunuh bersepah. Otak kat mana agaknya si emak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Akhir zaman, apa nak jadi ni. Hati perut mana? |
|
|
|
|
|
|
|
ape nk jadi daa...
ptut hukum skali maknye. |
|
|
|
|
|
|
|
gila ah... mak umo 41 thn pun otak macam budak umo 18 thn... |
|
|
|
|
|
|
|
emak ni bodoh bebal nape
patut emaknye disabitkan sekali berlaku cuai
bg org lua jg anak
bodoh piang gile khinzir weyh |
|
|
|
|
|
|
|
tak masuk akal betul..
ada ke patut suruh boifren
bawak anak ke tandas...?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|