CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: roy3

[Tempatan] Sekor DAP memekak ni kalau berani debat la dengan zakir naik: Dr MAZA

  [Copy link]
Post time 15-7-2018 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
bjp n modi tu mmg anti islam. yg bunuh n rogol budak kecik pompuan islam tu hindu tak pulak kena dakwa. yg bunuh org islam makan lembu tak pernah jadi apa pun. zakir naik ni tak pernah pulak bunuh org sibuk pulak dia nak dakwa.

walaupun akak tak setuju dgn rhetorik n banyak benda yg zakir naik tu cakap tp akak rasa takde sebab valid pun kenapa zakir naik tu perlu dihantar balik selain untuk memuaskan hati bjp/modi supporters.

perlu ke nak tangkap org pasal pendapat pun. Akak tak sokong zakir naik tp compared to bjp tu jauh lebih baik zakir naik ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2018 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkan dia berani punyaa.. Pandai cakap je DAP nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 11:23 AM | Show all posts
sorry la lobai2 ni..kalau nak debat..selalu kena ade backup..backup jakim jais jawi mahkamah shariah polis akta hasutan dsbnya dulu baru berani nak debate

kalau no holds barred punya debate..mau mencirit tak mau..penonton pun mau lebih 70% puak ekstermist baru berani pi..kasi free and guarantee tiada tindakan akan diambil kalau butul2 jantan..buat aggrement siap

dulu2 tengok je ape yang depa buat kat si kassim ahmad..bukan berani poooon...guna habis akta etc nak dakwa ugut bagai..asalkan butthurt tak bley jawab je terus kata mengihina agama,bangsa dan negara etc2..ugut nak tangkap ambil tindakan bagai..

heck kat cini lobai gosh yang suka menipu ngan ayat bombastic pun selalu je ugut nak report skmm la kaim la bila tak mampu teruskan hujah..prrfthhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 02:04 PM | Show all posts
ade telor ke tu..kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang bukan Islam memang benci pd maza..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 05:36 PM | Show all posts
"Pilihlah pemimpin Islam yg mengamalkan rasuah. Yg lain-lain biar Tuhan settle dengan dia"
Patutlah org Islam selalu keliru sepanjang zaman.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2018 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ala x lama lg sekor tu senyap lah. Dah jd mayat mcm mn nk buat bising lg kan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
123456 replied at 15-7-2018 05:36 PM
"Pilihlah pemimpin Islam yg mengamalkan rasuah. Yg lain-lain biar Tuhan settle dengan dia"
Patutlah ...

Yg ni dia diberi 2 soalan. ..suruh pilih salah satu. ...tentunya dia jawab pilih pemimpin Muslim berbanding kafir. ..tapi dia kata dia tak menyokong sama sekali pemimpin islam yang mengamalkan rasuah. ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2018 06:53 PM | Show all posts
apa2 pun adalah menjadi tanggongjawab saorang islam melindungi saorang islam yg lain lebih2 lagi dlm kes zakir naik ini.satu dunia tahu kerajaan hindu modi sgt anti islam .serah ZN balik india ibarat serah nyawa saorang muslim..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 15-7-2018 06:58 PM
ResellerMaxis replied at 14-7-2018 10:12 PM
banyak video dia kan..macam macam jawapan dia..ada gak dia kata kalau pertahankan negara = terrori ...


Baru tengok video dia diberi soalan suruh pilih 2 jawapan. ...betullah apa dia jawab. ...takkan nak pilih pemimpin kafir. ..dalam AlQuran pun Allah suruh kita pilih pemimpin islam. ..

Tapi.dalam jawapan dia tu..dia x sekali2 menyokong pemimpin mengamalkan rasuah tapi.dah diberi dua pilihan tentu dia pilih pemimpin islam ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 14-7-2018 09:42 PM
Betul ka dia support terrorism. ..

Tok maza tu wahabist...ngaku salafi

Wahabi taiko terrorism..sponsored by saudi n qatar...behind depa yahudi n iluminati

Klo sapa sapa antiii bebeno syiah..ceramah cakap kalo hentam abis syiahhh...dia tu mesti wahabi

Nk berpihak n control sunni..jadi hero so wahabi musuhi syiah abis abisan

Mcm wahabi sorok blakang salafi

Syiah sorok blakang ahlul bait

Yahudi israel gak BIJAK..iran dia tolong diam diamm...saudi pun dia sokong diam diam ahahaha

Tunggu imam mahdi je..tunggu kiamat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2018 09:15 PM | Show all posts
Debat jela..byk plak alasan ko..butthurt sgt zn ceramah kt cni

Ramasamy: Saya akan berdebat dengan Zakir jika...
Susan Loone
(Dikemaskini )

A A
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy meletakkan syarat untuknya berdebat dengan pendakwah Dr Zakir Naik seperti yang dicadangkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Saya warga Malaysia, saya tak takut berdebat. Tetapi Zakir perlu terlebih dulu pulang ke India, hadapi dakwaan dan bersihkan namanya.

"Mahkamah India sangat terbuka. Bersihkan nama anda (Zakir), kembali dan saya akan berdebat dengan anda," katanya ketika ditemui di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.

Katanya lagi, beliau sebelum ini bersedia untuk berdebat dengan penceramah warga India itu tetapi "ia tidak berlaku".

Ramasamy mengulas cadangan yang disuarakan Mohd Asri di Facebook semalam agar beliau dan Zakir berdebat dengan tajuk "Siapa pengganas sebenar?".

Dalam hantaran itu, Mohd Asri menyifatkan Ramasamy sebagai individu yang terkait dengan pertubuhan pengganas Tamil antarabangsa, merujuk kepada Harimau Pembebasan Tamil Eelam.

Dalam hantaran sebelumnya, Mohd Asri (gambar) berkongsi gambar Ramasamy yang seolah-olah memberi penghormatan senapang Kalashnikov atau AK-47.

Semalam, Ramasamy yang juga ADUN Perai menafikan menyokong keganasan sebaliknya berkata gambar itu diambil pada 2015 dalam satu majlis anjuran sebuah NGO bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam konflik etnik Sri Lanka.

'Cubaan alih isu'

Ditanya sama ada syarat yang diletakkan itu menandakan beliau takut untuk bersemuka dengan Zakir, Ramasamy berkata "mereka boleh kata apa yang mereka mahu".

Beliau berkata isu yang lebih utama pada masa ini bukanlah soal debat tetapi permintaan India untuk mengekstradisi Zakir bagi berdepan dakwaan jenayah di negara itu.

"Jangan cuba alih isu seperti apa yang Asri cuba buat," katanya lagi.

Ramasamy berkata beliau sama sekali tidak menuduh Zakir bersalah atas dakwaan kesalahan ke atasnya tetapi undang-undang perlu dikuatkuasakan.

"Saya tiada isu peribadi dengannya, tetapi ada dakwaan serius terhadapnya dan India telah memfailkan dakwaan terhadapnya...Mengapa dia melarikan diri?"

Zakir sebelum ini berkata dakwaan terhadapnya - melibatkan tuduhan pengubahan wang haram dan mencetuskan keganasan - bermotif politik dan beliau mungkin tidak dibicarakan dengan adil jika kembali ke India.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga berkata kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan untuk mengusir Zakir yang mempunyai status penduduk tetap di negara ini, selagi beliau tidak menimbulkan masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 09:50 PM | Show all posts
bukan sekor.  99% DAP nak zakir naik dihantar balik ke india.  mrk ni semua pembenci islam.  selagi org islam x ikut cara mrk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2018 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr Maza desak Ramasamy jawab
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
15 JULAI 2018
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
A- A+ (Ubah saiz teks)
PERLIS - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendesak Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy menjawab dakwaan dikaitkan dengan kumpulan militan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Menurutnya, rakyat bimbang sekiranya wujud mana-mana kumpulan terlibat dengan kumpulan pengganas di negara ini.



“Beliau mesti menjawab isu yang dibangkitkan ini. Kita amat bimbang jika wujud kumpulan yang terlibat dengan pertubuhan pengganas Pemisah Tamil tersebut dalam negara ini.

“Apakah ini sebabnya beliau takut untuk berdialog? Bangkit rakyat Malaysia! Pengganas tiada tempat untuk negara ini,” katanya melalui laman Facebooknya, hari ini.

Beliau berkongsi status pendakwah yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) Firdaus Wong berkenaan keratan berita yang antara lain menyebut Ramasamy menjemput ahli LTTE, V.Gopalasamy atau Vaiko ke majlis perkahwinan anaknya, tahun lalu.

Vaiko ditahan di lapangan terbang oleh pihak berkuasa dan disoal siasat beberapa jam susulan namanya telah disenarai hitamkan.

Firdaus dalam status tersebut sempat mengajukan soalan buat Ramasamy berhubung perkara itu.

“Kenapa P. Ramasamy menjemput seseorang yang disenarai hitamkan oleh kerajaan Malaysia dan pernah dipenjarakan di India pada 2009 serta mempunyai kaitan dengan LTTE? Mungkin rakyat perlu tahu jawapan Ramasamy,” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Tiong Lai: Pilihan raya berasingan tanda pembangkang sangsi sokongan rakyat ]

Sebelum ini, P Ramasamy memberi cadangan supaya Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak terjejas.

Berkait perkara ini, Dr Maza ada mencadangkan agar pendakwah Islam terkenal, Dr Zakir Naik dan Ramasamy berdebat secara terbuka bagi menentukan siapa pengganas yang sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 11:02 PM | Show all posts
noor2 replied at 15-7-2018 06:57 PM
Baru tengok video dia diberi soalan suruh pilih 2 jawapan. ...betullah apa dia jawab. ...takkan  ...

ajaran islam ke tu yang suruh pilih pemimpin islam yang corrupt dari memilih bukan islam yang adil??kalau itulah islam..ramai dah yang dikira terkeluar dari islam..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 15-7-2018 11:02 PM
ajaran islam ke tu yang suruh pilih pemimpin islam yang corrupt dari memilih bukan islam yang adil ...

Cuba dengar baik2 soalan acik perempuan tu....4 kali aku dengar tak.ada pula dia tanya pilih pemimpin yang adil. ....yang dia tanya antara pemimpin islam tapi membebankan rakyat ..mengamal rasuah atau pilih pemimpin islam yang bersekongkol dengan musuh islam. ...

Ka aku yang tak.paham soalan. ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 03:04 PM | Show all posts
noor2 replied at 16-7-2018 06:49 AM
Cuba dengar baik2 soalan acik perempuan tu....4 kali aku dengar tak.ada pula dia tanya pilih pemim ...

perbandingan dia pemimpin islam yang corrupt vs pemimpin islam yang bersengkongkol dengan musuh islam (xder mention corrupt)..





Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.068479 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list