CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 564|Reply: 0

[Tempatan] Malaysia juara AFF-B19 , ummah Indon penasaran?

[Copy link]
Post time 15-7-2018 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada skuad Malaysia yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Bawah 19 Tahun (B-19) di Stadium Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia malam tadi.

Dr Mahathir sekali gus mahu mereka meningkatkan lagi usaha untuk melakar lagi kejayaan pada masa hadapan.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Harimau Muda yang memenangi pertandingan #AFFU19CHAMPIONSHIP2018 semalam.

“Tingkatkan lagi usaha, kejayaan yang lebih tinggi pasti tercapai. Malaysia Boleh!,”katanya melalui hantaran dalam laman Twitter.

Skuad muda negara bimbingan Bojan Hodak mengharumkan nama negara dengan menewaskan Myanmar 4-3.

Untuk rekod, Malaysia sekadar muncul naib juara pada 2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017.- Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.230929 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list