CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1186|Reply: 16

[Tempatan] Ibu buntu fikir nasib anak putus kaki

[Copy link]
Post time 16-7-2018 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TANAH MERAH - Ibu kepada remaja putus kaki akibat motosikal terbabas dalam kejadian Khamis lalu, Me Kelsom Awang Kechik, 44, buntu memikirkan masa depan anak bongsunya yang terpaksa meneruskan kehidupan tidak seperti remaja lain.

Sebelum ini, Mohamad Ashyraf Mohamad Zuki, 13, agak aktif bersukan dan amat meminati sukan bola sepak, namun selepas ini dia mungkin terpaksa melupakan minatnya itu.

“Buat masa ini, saya masih buntu dengan keadaannya apabila dalam sekelip mata dia menjadi OKU. Biarlah dia pulih dahulu sebelum fikirkan cara terbaik untuk dirinya meneruskan kehidupan.

“Dia dah sedar, cuma matanya yang memberi respons kepada kami. Dia belum bercakap buat masa ini, doktor pun nasihatkan dia supaya berehat dengan dipantau rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tanah Merah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Me Kelsom berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada melawat keluarganya dan akan menyalurkan bantuan dalam masa terdekat kepada Mohamad Ashyraf.

Sementara itu, bapa tiri mangsa, Arifin Mat Nor, 59, berkata, dia mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin menyalurkan bantuan kaki palsu kepada anaknya itu bagi memudahkannya bergerak.

“Kecederaan fizikal dia boleh sembuh, cuma pada peringkat awal ini dia memerlukan sokongan bagi memulihkan semangatnya dahulu.

“Doktor kata buat masa ini dia masih diberi ubat tahan sakit untuk meredakan kesakitan. Cuma saya harap dia kembali bersemangat seperti dahulu dan mampu bersekolah seperti biasa biarpun sudah hilang satu daripada nikmat-Nya,” katanya.

Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa berhajat untuk bertemu dan makan durian bersama bapa kandungnya, Mohamad Zuki Salleh, 56.

Namun niatnya itu tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kaki kirinya putus sehingga pangkal paha di Jalan Batu Gajah di sini.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, motosikal jenis Demak yang ditunggang terbabas sendiri sebelum merempuh besi pengadang jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
13 tahun dan rempit naik moto kena sis? Salah ph dan mahadirnla kan???
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang kampung biasa mcm ni eh...
Budak baru 10 tahun dh dibiar bawa motor sana sini..
Dah accident free aje macam tu... tak boleh buat apa dah..
Tak sayang anak gamaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Esok ada la org bg kaki palsu
Teringat kes sometine ago, adik beradik naik moto balij sekolah eksiden, putus kaki..dak ponpuan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 09:26 AM | Show all posts
menyesal kemudian tiada berguna..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 09:28 AM | Show all posts
siann adik ni.. ada keceraan lain ka selain dr putus kaki, sbb mak dia kta cuma boleh respon melalui mata je.. or mungkin ubat bius tu kuat sgt kot.. smoga dipermudahkan semuanya..

harap2 ibu bapa jgn la bg budak2 ni motor sebelum umor yg layak.. sbb byk keburukan dari kebaikannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2018 09:31 AM | Show all posts
mak bapak selfish..anak yg dpt padah..akatanya si anak nak g jumpa bapaknya 4 km dr umah mak....biasa kalau jd cenggini pengajaran pada mak bapak yg waras..anak jgn di biarkan naik motor sesuka hati..padan muka.... sunat pun belum...heboh nak naik motor..sah2 kaki x smpai...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 10:41 AM | Show all posts
ujung-ujung minta simpati orang ramai jugak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 10:48 AM | Show all posts
byk kes kanak2 mati/kamalangan semasa masih dan semasa dijaga ibubapa.

jaga keselamtan anak2..sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian tak begune


anak terjerut tangan kt moto putus tangan
anak naik moto makpak bagi
anak kena langgar lori depan umah
anak jatuh sungai depan umah
anak lemas masa mandi manda
anak eksiden keta ngan ibubapa
anak terjerut buaian
anak kena dera ibubapa

sila tambah

eh..apa maslah ibubapa ni smua? tau nak seronok je ke.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 11:27 AM | Show all posts
Kesian jugak anak ni. mak bapak kandung bercerai. teringin nak makan duyan kat umah apaknya.

cian lah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
cash la deknon. mak apak pon spesis pmalas tau buat ank je.slamat anak ko eksiden msa dgn ko. klo mcm kes rayqal tu mesti salah org yg jaga wlau rmai mak bapak hauk dri dlu smpi skrg
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 12:21 PM | Show all posts
aku yg membesar kt kg2, selagi tk dpt lesen, mmg jgn harapla dpt pegang moto, mau kene pelempang terus

mak pak yg benarkn anaknye bwa ni, jenis manjakan anak

malas nk ckp lebih2, penah gak nmpk bdk2 cmni bwa moto , mati langgar kete,
tapi cm biasa, lagi seminggu, bdk2 lain bwa moto smula

harap lesen mak paknya, diharamkan aja bawa moto /beli moto ke apa, biar naik basikal pi keje, abis cite
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 12:36 PM | Show all posts
1 org budak kena jaga keselamatan 24 gituh sampai mak bapak kena berhenti kerja utk jaga anak2, sampai polis guru jiran disuruh jaga anak2. apa anak2 itu bakal perdana menteri/jutawan ka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kes pelajar sekolah tempat my mom mengajar..budak laki form4 baru dapat lesen,bawak laju gilerrrr pastu terbabas hentam tembok..TAK pakai helmet.kepala bukan pecah,tapi hancur..xrupa kepala dah.tinggal cebisan2 je..bentuk kepala bulat tu dah
takde,cuma tinggal cebisan terkulai2 gitu..pastu badan jadi pelik,pendek and berlekuk2..sebab dia tengah wat aksi superman masa rempuh tembok tu..cikgu2 ad share video tapi I tak sempat tengok lah sbab my mom dah delete.my mom hilang selera makan pas tengok video tu sebab teringat otak fresh yg melekat kat tembok..kejadian sekitar awal 2000..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah la acik
Anak umur gitu naik.moto dah..
Kalau yang eksiden kena langgar treler kat depan tu ye la..sebab dia kena langgar...umur yang dh tentu layak dpt lesen..
Ni 13tahun.?
Redha aje la
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpe macik, byk masa bole pk nsib ank tu. Ank tu x lari ke mana dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dah takde kaki baru kau nak buntu. Masa anak main2 moto ko fikir apa?

Peringatan utk parents yg lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.198283 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list