CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1434|Reply: 19

[Tempatan] FAMA jamin harga durian tidak merudum

  [Copy link]
Post time 21-7-2018 12:23 AM | Show all posts |Read mode


LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan kejatuhan harga durian termasuk Musang King tidak akan menjejaskan pendapatan petani dalam jangka panjang.

Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Ishak berkata, penurunan harga durian di seluruh negara ketika ini adalah disebabkan lambakan pengeluarannya berbanding tahun lalu.

“Pada tahun ini begitu banyak buah termasuk durian yang menjadi. Berdasarkan statistik tahun lalu, jumlah pengeluaran durian hanya 60,000 tan metrik, tetapi tahun ini 180,000 tan metrik.

“Alhamdulillah ini disebabkan faktor cuaca baik selain pengeluaran hampir serentak di beberapa negeri seperti Johor, Melaka dan Perak.

“Harganya pula sangat berpatutan, misalnya, sebelum ini durian Musang Kking berharga antara RM80 hingga RM100 sekilogram, mungkin waktu itu bukan musim, pengeluaran tidak banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Makan Buah@masjid Negara, hari ini.

Turut hadir, Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.


ORANG ramai berbaris untuk memilih buah durian. FOTO Aswadi Alias

Menurut Ahmad, pengeluaran serentak buah durian ketika ini, memberi peluang kepada rakyat menikmati keenakan raja buah itu dan pelbagai buah-buahan tempatan lain.

“Dulu tidak ramai mampu merasai keenakan buah durian. Hari ini purata harga durian Musang King berharga RM30 hingga RM40 sekilogram sahaja manakala durian kampung RM7 sekilogram berbanding RM15 sebelum ini.

“Jadi harga durian di peringkat pengguna, turun hampir 100 peratus. Walaupun harga turun disebabkan kuantiti banyak, namun pendapatan tidak rugi sangat,” katanya.

Menerusi program berlangsung di pekarangan Masjid Negara selama dua hari sehingga esok, FAMA menyasarkan lebih 20,000 pengunjung hadir dengan 24 metrik tan buah durian disediakan iaitu Musang King sebanyak enam metrik tan, durian klon (12 metrik tan) dan durian kampung (enam metrik tan).

Turut disediakan, buah rambutan sebanyak tujuh metrik tan, manggis (tujuh metrik tan) dan cempedak (empat metrik tan).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Julai 2018
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2018 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
betul..banyak betul buah taun ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Di kkrai duyan RM3 sekilo jahh....sedap jah perisi2 gaul dgn ais krin banila + pulut dan kacang2..dgn cuaca panas mcm keymuck memang best mengulum menjilat durian sejuk.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 01:15 AM | Show all posts
kenapa melambak2 plak durian tahun nih..x nak export gi china ? atau ummah prc dah tak kemaruk durian kah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 01:17 AM | Show all posts
MeghanK replied at 21-7-2018 12:26 AM
betul..banyak betul buah taun ni

kat shah alam ni merata2 pegi harum jer org berjualan, melantak durian sana sini..kat opis pun semerbak bau
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 07:05 AM | Show all posts
besok baru plan nak cari durian
area Langat.. tetiba lak teringin
seulas dua..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2018 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kira ok lah. .ni antara harga yang kurangkan beban rakyat ....sampai. harga durian zaman najib sebelum ni cecah ratus ringgit sekilo. ...melampau. ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 21-7-2018 01:17 AM
kat shah alam ni merata2 pegi harum jer org berjualan, melantak durian sana sini..kat opis pun sem ...

kat rumah iols pon banyak betul durian..3bijik rm20..boleh la nak lepas geram..sebelum2 ni mahal sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2018 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
tu la, cari pasal lg dgn china. kesian durian malaysia jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni dpt balik mkn durian, tahun lepas 2-3 ulas je, beli masa rm15 sekilo. Ingat tahun ni harga mcm tahun lepas, taw dh rm7 sekilo dpt le melantak 2-3 biji durian pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 21-7-2018 07:46 AM
Tahun ni dpt balik mkn durian, tahun lepas 2-3 ulas je, beli masa rm15 sekilo. Ingat tahun ni harga  ...

Sambal durian ....ada letak nyior  (kelapa ) tak kalau buat sambal durian? ...style perak letak nyior. ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah pun sokong Malaysia dgn limpahan rezeki hasil ladang... alhamdulillah...

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. PH berjaya kurangkan harga durian..

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
biarlah harga rendahpun
semua rakyat boleh merasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2018 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau umno /bn tak tumbang dh tentu rakyat tak merasa lambakan durian mcm sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur la tahun ni boleh beli durian byk sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2018 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-7-2018 07:51 AM
Sambal durian ....ada letak nyior  (kelapa ) tak kalau buat sambal durian? ...style perak letak ny ...

Xde pulak letak nyior. Buat sambal tempoyak je, xpun kdg2 amek durian letak budu, cili padi sikit mkn dgn nasi pastu ikan kembung bakar kosong je. Terangkat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 09:16 PM | Show all posts
lorr biarler turun harga
BN mesti suka
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 22-7-2018 09:06 PM
Xde pulak letak nyior. Buat sambal tempoyak je, xpun kdg2 amek durian letak budu, cili padi sikit  ...


Oh...ok.....sedaplah
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam dah siap buat serawe durian. Pagi ni aman2 bfast cicah roti jala. Laki siap tapau bawak g keje lagi katanya tkyah bekal nasi hari ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.103555 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list