Share
Tweet
Share
AFP
PEMINAT bola sepak Indonesia yang berang dengan kekalahan pasukan mereka membaling kerusi plastik ke tengah padang di stadium di Palembang yang dijadualkan menjadi tuan rumah Sukan Asia bulan depan.
Pertandingan liga antara kelab Sriwijaya FC dan Arema FC berakhir dengan rusuhan tengah hari semalam apabila peminat merosakkan kerusi di Stadium Gelora Sriwijaya di Palembang di Sumatera.
Gambar menunjukkan kerusi pelbagai warna dilempar ke padang, yang dipisahkan dengan trek.
“Kami amat kecewa dengan penyokong yang merosakkan kerusi di Gelora Sriwijaya ketika pertandingan.
“Saya berada di sini hampir 10 tahun. Tidak pernah berlaku kerosakan pada kerusi seperti semalam,” kata penyelia keselamatan stadium itu, Rusli Nawi.
Stadium itu dibaik pulih untuk sukan berkenaan, yang diadakan di Palembang dan Jakarta bermula 18 Ogos hingga 2 September.
[size=0.8em]ANTARA kerusi stadium yang dibaling penyokong bola sepak di Stadium Gelora Sriwijaya. FOTO AFP