|
Azhar Sulaiman merupakan antara hero pujaan ramai satu masa dulu. Sekarang pelakon ini sudah berumur 47 tahun dan anak-anak pun semuanya dah besar.
Berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin, Azhar dikurniakan 3 orang anak iaitu Kasih Leia Ixora, 20 tahun dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 16 tahun.
Azhar mengakui mereka sering mendapat perhatian dan ramai yang sering memberi komen tentang isu tidak bertudung dan cara pemakaian anak-anaknya yang dikatakan seksi.
Namun dia sentiasa terbuka terhadap sebarang kritikan sama ada positif atau negatif. Teguran tersebut disifatkan sebagai peringatan dalam memperbaiki diri ke arah lebih baik.
"Dua anak perempuan saya memang aktif di media sosial selain sentiasa mengikuti perkembangan trend semasa.
"Saya sedar anak-anak menjadi perhatian mungkin kerana mereka tidak bertudung atau cara berpakaian dan sebagai bapa saya ambil setiap tanggungjawab itu.
"Sekiranya ada orang yang mengkritik mereka atau menegur saya. Saya akan terima dan tak payah melenting kerana bagi saya yang menegur ini saya anggap seperti keluarga."
"Anak-anak perempuan saya memang aktif di media sosial dan sering mengikut trend semasa.
"Saya sedar setiap gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan dan atas dasar itu saya sering beritahu mereka agar gunakan media sosial dengan baik.
"Kalau buat sesuatu atau berkata sesuatu yang menampakkan kebodohan diri sendiri, jadi mereka kena terima," katanya kepada mStar Online.
Foto: Instagram
Apapun, memang cantik-cantik dan kacak anak-anak Azhar Sulaiman ni. Semoga maju jaya buat Azhar Sulaiman dan teruslah berbahagia bersama keluarga tercinta! -CARI
|
|