Kredit Foto: FB Pricillaono
Pricilla Ono ialah salah seorang jurusolek selebriti Hollywood yang sangat laris. Antara pelanggannya termasuk artis kelas A seperti Rihanna, Kelly Rowland, Paris Hilton dan Amber Rose.
Kerana bakatnya yang besar, Rihanna telah melantik Pricilla menjadi jurusolek bagi rangkaian kosmetiknya, Fenty Beauty. Pricilla juga bertanggungjawab memantau kesemua acara yang membabitkan kosmetik Rihanna di seluruh dunia. Ini adalah salah satu sebab kenapa hidup Pricilla banyak melakukan penerbangan dengan bagasi kosmetiknya.
Kredit Foto: FB Pricillaono
Bagaimanapun, penerbangan kelmarin bagaikan mimpi ngeri bagi Pricilla apabila bagasinya yang mengandungi kesemua peralatan dan alat solek telah hilang dalam salah satu penerbangan KLM.
Dalam keadaan panik, Pricilla membuat laporan dan beberapa panggilan susulan. Malangnya, sehingga masa suntuk bagi acara penting itu untuk bermula, bagasinya masih belum ditemui dan tiada sebarang maklum balas daripada pihak penerbangan KLM.
Pricilla, kemudian memuat naik satu status di Instagramnya meminta bantuan rakan-rakan jurusolek untuk menghubungi sebarang kenalan di KLM bagi mendapatkan bantuan segera.
Malangnya, KLM masih tidak ada sebarang maklum balas. Sehinggalah bos Pricilla, Rihanna sendiri memuat naik status di Twitternya ditujukan khas buat syarikat berkenaan.
Sejurus posting itu dimuat naik Rihanna, hampir serta-merta pihak KLM menjawab rayuan Pricilla.
Kredit Foto: Twitter
Akhirnya, Pricilla mendapat kembali bagasi berharganya itu yang dihantar khas kepadanya di lapangan terbang kerana dia sedang bergegas ke acara seterusnya.
Pricilla, kemudian memuat naik permohonan maaf daripada KLM yang turut menghantar seorang kakitangan kacak dengan sejambak bunga.
Kredit Foro: IG Pricillaono
Jadi, ada untungnya mempunyai majikan dengan jutaan pengikut di media sosial, bukan? Syabas, Rihanna! - CARI
|