CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 596|Reply: 0

Daren Liew Sah Ganti Lee Chong Wei Beraksi Di Sukan Asia- BAM

[Copy link]
Post time 8-8-2018 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Pemain perseorangan profesional, Liew Daren sah menggantikan Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Asia di Jakarta-Palembang dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini.


Kredit foto: carian internet



Bernama melaporkan, pengesahan itu diumumkan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria selepas majlis penajaan oleh BATA kepada kontinjen negara ke Sukan Asia 2018 di Wisma OCM, di Kuala Lumpur semalam.


Menurut presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu, pihaknya terpaksa menggugurkan Cheam June Wei dengan menyenaraikan Daren pada Mesyuarat Pendaftaran Delegasi (DRM) di Jakarta.


"Maksudnya dalam acara perseorangan lelaki kita akan diwakili Daren dan Lee Zii Jia. Dari segi lain tidak ada perubahan termasuk juga sasaran dua pingat tanpa kira warna."


"Daren sanggup bersama-sama skuad negara ke Sukan Asia dan akan mulakan sesi latihan bersama-sama pasukan pada minggu depan...seminggu sebelum ke Sukan Asia."


Susulan keputusan itu, Daren akan sertai tiga pemain perseorangan lelaki yang sudah disenaraikan sebelum ini, iaitu Zii Jia, Leong Jun Hao dan Soong Joo Ven.


Daren mempamerkan semangat juang tinggi meskipun cedera buku lali kanan untuk melepasi saingan suku akhir sebelum tewas kepada Kento Momota dari Jepun pada separuh akhir Kejohanan Dunia di Nanjing, China, minggu lepas.- CARI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.183996 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list