CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5725|Reply: 69

[Tempatan] Lim Guan Eng: Kereta nasional 3.0 tak guna duit rakyat

[Copy link]
Post time 14-8-2018 08:49 AM | Show all posts |Read mode
Guan Eng: Kereta nasional 3.0 tak guna duit rakyat

https://www.malaysiakini.com/news/438741

Bernama  |  Diterbitkan 13 Ogs 2018, 9:07 malam  |  Dikemaskini 13 Ogs 2018, 9:11 malam



PARLIMEN | Kerajaan memberi jaminan bahawa projek kereta nasional ketiga kelak, tidak akan menggunakan dana mahupun wang awam dan kerajaan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata sebaliknya projek tersebut jika dilaksanakan, akan dibiayai menggunakan pelaburan swasta.

“Sekiranya datang dari swasta ia tiada masalah, “ katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Dilapor Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan untuk memulakan satu lagi projek kereta nasional ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) di Tokyo, Jepun pada Jun lepas.

Dr Mahathir dilaporkan berkata Proton yang beliau lancarkan, bukan lagi kereta nasional.

RUU itu diluluskan di peringkat dasar selepas dibacakan kali kedua di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof selepas mendapat undian majoriti.

Rang undang-undang berkenaan dibentangkan berikutan berlaku beberapa penyusunan semula kementerian selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Penyusunan semula kementerian
Beberapa kementerian telah disusun semula dan dinamakan semula dan beberapa kementerian baharu telah ditubuhkan serta satu kementerian telah dibubarkan dengan fungsi-fungsinya dipindahkan kepada kementerian lain.

Ia juga bagi memperuntukkan semula suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian tahun 2018.

Di bawah RUU itu, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bakal menerima peruntukan tertinggi iaitu RM1.3 bilion bagi perbelanjaan kerajaan sepanjang tahun ini.

Terdahulu ketika menggulung rang undang-undang itu, Lim berkata langkah meletakkan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah wajar kerana APM merupakan sebagaian daripada agensi keselamatan negara yang turut memberi perhatian tentang isu keselamatan dan ketenteraman awam.

“Dari segi peranan selaku sekretariat pengurusan bencana peringkat daerah dan negeri, APM masih boleh melaksana fungsi tersebut dengan melapor kepada Pengerusi Pengurusan Bencana Negara, tertakluk kepada semakan semula pelan operasi standard APM,” katanya.

Beliau berkata fungsi APM sebagai setiausaha kepada pengurusan bencana dan bertangunghawab kepada agensi pengurusan bencana negara di Jabatan Perdana Menteri ketika ini, lebih mirip dengan KDN.

Terdahulu sewaktu perbahasan, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mencadangkan pihak kerajaan mengkaji semula tindakan memotong perbelanjaan universiti awam terutamanya universiti yang telah menunjukkan prestasi cemerlang.

“Sebagai contoh, Universiti Malaya yang telah berjaya mencapai kedudukan ke-87 dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia akan terkesan dengan pemotongan tersebut seperti menghadapi masalah mendapatkan tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkualiti serta merencatkan pertumbuhan universiti tersebut.

“Saya faham kerajaan mahukan pengurusan universiti berdiri sendiri, memilih pensyarah sendiri namun autonomi berkait dengan aspek kewangan ini perlu memperlihatkan secara berfasa dan berhemah,” katanya.

Persidangan bersambung esok.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
habis tu guna duit sapa
baiklah bagi kgt penjawat awam yg memang dh lulus dalam bajet 2018 tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah guna duit swasta kereta nasional lagi ker...errr ini statement sebelum uturn hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 08:53 AM | Show all posts
Habis tu guna duit BAPAK KAU??

Bodo LGE ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Hancingggg  .. Abis tu proton guna dana puluh2 bilion dulu tu guna duit atok ke??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 09:00 AM | Show all posts
duit rakyat ke duit swasta ke duit bapa kau ke
ko rasa akan laku keras ke di kalangan rakyat yg gilakan H&T? kalau tak B&M
lepas tu jangan ingat ko nak bail out plak lagi

tp kagum la cina pun da uturn under 'your' spell... hebat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2018 09:02 AM | Show all posts
Dr Mahathir dilaporkan berkata Proton yang beliau lancarkan, bukan lagi kereta nasional


so buat apa nak buat? sama je dengan proton skrg kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 09:09 AM | Show all posts
Tak yah buat kereta, buat jer kapal. Bole jual berbillion. Malaysia kan negara maritim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 09:16 AM | Show all posts
ra5101 replied at 14-8-2018 09:09 AM
Tak yah buat kereta, buat jer kapal. Bole jual berbillion. Malaysia kan negara maritim.

yess 100% setuju dgn cadangan ni
kita dikelilingi oleh lautan, why not invest dlm maritim jer?
talking about national car, krjaan beter think something utk hapuskan tol ye..
da hapus semua tol baru plan next national car

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 09:33 AM | Show all posts
ra5101 replied at 14-8-2018 09:09 AM
Tak yah buat kereta, buat jer kapal. Bole jual berbillion. Malaysia kan negara maritim.

setuju buat kapal.kita boleh mula dengan design house sebab ni yang kita kurang asyik beli design luar ja.limbungan kita dah ada.
skrg ni pn walaupun x rancak mana tp permintaan buat kapal sentiasa ada.dari nelayan, apmm, navi, kapal dagang semua x cukup kapal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
tanya lge mangkuk hayun ni, hujung2 ownership utk proton 3 tu akan jadi milik siapa
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 14-8-2018 10:01 AM

Tidak guna duit kerajaan or GLC.. Tp jaminan pinjaman semua tu nanti tentu nya dari kerajaan kan...jhn lupa angka 1 trilion yg korg sendiri canang utk jatuhkan najib

Nanti esok lusa...bila ada masalah....pun minta gomen bantukan....x kan nk biarkan kompeni gomen erkkk swasta erkkkk (ntah yg mn satu nnti) bangkrap..

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 14-8-2018 09:59 AM
Tidak guna duit kerajaan or GLC.. Tp jaminan pinjaman semua tu nanti tentu nya dari kerajaan kan...j ...

Madey ni knp obses sangat dgn kereta ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Um tu kena potong gaji bos dulu.bapak banyak x padan ngan keja
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekali lagi:

1. Swasta taruk modal RM 300 jota.

2. Buat syarikat berhad, jemput 'pelabur'.
Epf, pnb, petronas, kwap, tabung haji 'labur' RM 1.5 beliyun.

3. Syarikat berhad issue nota gadai, sukuk.
Epf, pnb, petronas, kwap, tabung haji 'langgan' RM 3 beliyun.

4. Tariff kereta jarmang, jepang, Korea Naik 800%.

Tak pakai duit rakyat kapla dongga habah dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 14-8-2018 10:59 AM
saladin780 replied at 14-8-2018 10:25 AM
Madey ni knp obses sangat dgn kereta ?


Mbe time dia naik..industri automobil dseluruh dunia tgh bkembang kot..

Industri ni mmg ada kebaikan kpd negara....sgt bagus sbenarnya...tp kt malaysia ni maslahnya apa yg x lingkup?

Salah 1 pkara ak x bkenan ngan tun ni..kelicikan dia...idea dia bagus...tp nk capai idea tu...bnyk benda dia buat walaupun guna teknik kotor

Nasib minyak tu..dh ready dlm kerak bumi...tunggu masa petronas dtg sedut je...if minyak tu pun kita kena buat dlm kilang...rasa dh kena jual juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 11:07 AM | Show all posts
robert kuok ke vincent tan? ke genting? which sepet please.... come clean please, i know this time is not Malay company....so Melayu akan terus beli barang sepet la ye...wakakakakkakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangang punya dap.
Presiden umngok lg awal dah bebaskan kereta nasional dari duit rakyat.
Guna duit geely je, bijak tak??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke swasta yg sanggup invest berbillion utk national car? Yang aku nampak bila dah siap kereta ni kereta import makin naik harga lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 14-8-2018 10:55 AM
Mbe time dia naik..industri automobil dseluruh dunia tgh bkembang kot..

Industri ni mmg ada k ...

Secara ekonominya automotive mmg strategic industry, ctnhya jerman menjadi biggest ekonomi in Europe because of auto export, Cuba tgk Kita punya expenses walaupun Rumah nmpk big amnt, tapi in a life time Kita akan beli arnd 5 biji, Dan avg houshld have more than 2 cars, so automotiveis big business and barometer of a strong economy. But again kalau tak pandai mnge baik tak payah. Nak kata Malaysians or malays tak pandai buat keta pun tak boleh juga perodua Tu ok jer, in fact proton dan perodua sharing same suppliers!!! Mahadey is a very strong autocratic which was rampantly abused by his cronies, that's why proton failed, MAs failed, the loaf as well. To me perodua Ada dah cukup, kalau nak bangga sngt Ada keta national pegi tambahgov share in perodua, tak payah pening
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.558860 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list