CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4974|Reply: 98

[Tempatan] Belanja RM8 bilion tapi hanya 16,682 unit PR1MA siap

  [Copy link]
Post time 15-8-2018 05:54 PM | Show all posts |Read mode
15 Ogos 2018


KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendedahkan sebanyak RM8 bilion dana telah dibelanjakan namun hanya 16,682 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) siap dibina setakat ini.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata angka itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sasaran unit PR1MA menjelang 2020.

“Secara keseluruhannya 16,682 unit telah dibina. Ini pencapaian tahun 2013-2018. Kita kena ingat sasaran keseluruhannya ialah satu juta unit pada tahun 2020 iaitu hanya dua tahun lagi tapi pencapaiannya lebih kurang 1.6 peratus sahaja.

“Apa yang kita difahamkan, peruntukan telah digunakan RM8 bilion, ini menunjukkan satu situasi yang mungkin menimbulkan banyak kemusykilan. Bagaimana begitu banyak wang diperuntukan tapi unit rumah yang dibina hanya 1.6 peratus atau 16,000 unit?,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, meskipun masih dalam proses pengambil alihan daripada Jabatan Perdana Menteri, namun maklumat diterima memberi gambaran kurang positif.

Namun katanya, pihak kementerian akan meneliti setiap masalah yang timbul bagi mengemaskan kembali pelaksanaan PR1MA.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 130 projek yang melibatkan lebih kurang 131,000 unit sedang dalam proses pembinaan.

Sebanyak 268,000 unit telah diluluskan secara dasar namun semuanta akan dikaji semula secara  terperinci.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni xper, lobai2 x kesah pon duit kena songlap. Xnak bangkitkan pon isu ni smpai nak merusuh bagai,asalkan xde lgbt. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 01:33 AM | Show all posts
Reserve dulu komen, tgu maklum balas dan penjelasan dari ex-gomen....pasti ada penjelasan dari Najib n Co...since dorg jadi pembangkang nmpk Najib ada kualiti gak rupanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 16-8-2018 01:33 AM
Reserve dulu komen, tgu maklum balas dan penjelasan dari ex-gomen....pasti ada penjelasan dari Najib ...

Kan. Selain isu pipeline n 1mdb. Semua jawapan najib agak bernas.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 05:49 AM | Show all posts
wow...8 billion...= rm8000 juta...

16k rumah aje siap...

budget 1 rumah + land = rm60k

rm60k x 16000 = baru rm960 juta...kos....x sampai 1 billion lg tu...

management = pergi lah rm1 billion....

lagi 7 billion......sifir mudah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Elokla dibongkarkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2018 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
So dah lapur pulis belum? Jgn jadi mcm kencing duit gst hilang tapi x berani lapur pulis..  Hehehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2018 09:46 AM | Show all posts
Siasat skandal RM8 bilion projek PR1MA, gesa MP
Diterbitkan 16 Ogs 2018, 8:29 pagi

   
Pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, di parlimen semalam mengenai projek Perumahan.Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang telan menelan belanja RM 8 bilion sejak dimulakan pada 2013, gesa Anggota Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

"Semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan, beliau (Raja Bahrin) telah menyatakan bahawa kerajaan telah membelanjakan RM8 billion untuk projek PR1MA sejak dimulakan pada 2013, tetapi hanya 1.6 peratus atau 16,682 unit rumah PR1MA sahaja yang telah dibina setakat ini," kata Khoo dalam suatu kenyataan hari ini.

Raja Bahrin juga dilaporkan berkata kerajaan akan menilai masalah yang dihadapi PR1MA dan kaedah untk menstruktur semula keberkesanan projek tersebut.

Manakala itu, Khoo berkata pihak pembangkang harus mencerminkan diri sendiri kerana gagal menepati manifesto pilihan raya mereka.

"Perkara ini amat mengejutkan kerana ia menunjukkan satu lagi masalah dan skandal besar yang ditinggalkan oleh kerajaan lama (BN).

"Pihak pembangkang harus mencerminkan diri sendiri kerana mereka telah gagal untuk menepati janji manifesto mereka," kata Khoo yang mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menipu rakyat dan memberi gambaran palsu mengenai projek itu menjelang PRU14 yang lalu.

Dakwaan projek terbengkalai

"Semasa PRU13 pada tahun 2013, mantan Perdana Menteri Najib Razak telah berjanji melalui manifesto Barisan Nasional untuk membina 1 juta rumah mampu milik, termasuk 500,000 unit rumah PR1MA. Pada bulan Mac 2018, iaitu sebelum PRU14 pula, Najib Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan telah mencapai sasaran membina sejuta rumah mampu milik.

"Pendedahan oleh timbalan menteri semalam menunjukkan bahawa Najib Razak telah sekali lagi menipu rakyat dan memberi gambaran yang palsu. Hakikatnya, projek PR1MA telah gagal sama sekali kerana tidak terlaksana dengan baik dan telah menyebabkan pembaziran sebanyak RM8 billion," katanya.

Khoo mendakwa pengalamannya di Melaka mengesahkan hal ini apabila projek PR1MA terbengkalai kerana kontraktor menghadapi masalah tidak menerima bayaran daripada pihak kerajaan.

"Perkara ini boleh disahkan oleh pengalaman saya sendiri di Melaka, di mana saya difahamkan bahawa kontraktor menghadapi masalah kerana tidak menerima bayaran daripada pihak kerajaan. Ini telah menyebabkan projek PR1MA terbengkalai," katanya yang menggesa kerajaan menjalankan penyiasatan lanjut mengenai projek berkenaan jika terdapat unsur-unsur rasuah oleh kerajaan yang lama dalam projek PR1MA.

Pada pembentangan Bajet 2015, Najib berkata kerajaan akan menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan melalui pembinaan 80,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Selanjutnya, pada November 2015, ketika Najib merasmikan Ekspo Rumah Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), PR1MA dilaporkan akan membina 65,000 unit rumah mampu milik sehingga 2016.

Pada Mac 2018, bekas perdana menteri berkata PR1MA berada pada landasan yang betul untuk memenuhi komitmennya membina 500,000 perumahan untuk rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 16-8-2018 05:12 AM
Kan. Selain isu pipeline n 1mdb. Semua jawapan najib agak bernas.

Memula aku ragu2 nk tgk Najib dekat belah pembangkang dlm parlimen, tp nmpk dia ada tokoh yg bagus.....sayang skandal dan nafsu isteri membuatkan Najib tersungkur
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 10:04 AM | Show all posts
Pecahkan la angka RM8 Billion tu bahlol

Yang mana peringkat perolehan tapak

yang mana progres ikut peratus

yang mana dah serah kunci

Apa ke bahlolnya sekadar bagi angka lump sum
supaya macai boleh  terkinja2
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 10:18 AM | Show all posts
assuming 16,682 unit dah serah kunci,
so RM479,558.81 per unit,   mahal gak lah rumah yang dijual
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 10:21 AM | Show all posts
axl_bach replied at 16-8-2018 10:02 AM
Memula aku ragu2 nk tgk Najib dekat belah pembangkang dlm parlimen, tp nmpk dia ada tokoh yg bagus ...



DSN kan protege Tun gak u Takkan Tun nak guide kalau x nampak potensi kat DSN dari dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 10:24 AM | Show all posts
So korang PH dah ada nama baru untuk ganti PR1MA ke belum?

Benci sangat kat Najib dengan angka 1, sedangkan boleh tengok
sendiri bukti betapa pesatnya projek perumahan mampu milik,
di seluruh Malaysia

tak kan buta kot, progresnya sangat realistik, tak kira atas nama PR1MA ka, PP1M ka,
dan macam2 lagi nama dan inisiatif lain

jenis landed ka, bertingkat ka

memang sangat menyeluruh

tak pernah kita tengok dalam sejarah negara ni suatu gerakan membina perumahan
untuk marhaen paling berimpak tinggi seumpama buah fikiran NAJIB ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak mohon rumah PRIMA ni pun kena bayar masa mintak borang... katanya..

Sekeliling i yang dapat seorang ni, anak ketua kampung.
Rumah siap, sewakan kat orang lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 10:33 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 16-8-2018 10:28 AM
Nak mohon rumah PRIMA ni pun kena bayar masa mintak borang... katanya..

Sekeliling i yang dapat s ...

Jangan nak kelentong

celah mana kena bayar?
majoriti permohonan secara online

bayar hanya bila dah lulus permohonan, dengan pihak pemaju
atau pembiaya, selain kos2 yang berkaitan je

hancing
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 16-8-2018 10:33 AM
Jangan nak kelentong

celah mana kena bayar?

Bukan kelentong..,
Kan dah tulis situ... “katanya”
Ada kawan punya sedara yang mengadu kat kawan ni..

Ala, tak payah la nak jadi macai abadi sangat..
Dah kalau ada korup, tetap la ada..
Mintak sponsor duit nak buat pertandingan bowling pun boleh je dianggap korup.

Kalau asyik nak hancing, kelentong... sampai kiamat korup tu dianggap rezeki terpijak.

Muak la nak kena letak angka atas nama “entertainment” setiap tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi ada yang pernah cerita...
Pergi la pejabat berkaitan, akan dikata dah penuh..

Tapi bila kita ada kawan yang bekerja dengan pemaju...
Elok aje dia jawab, ada lagi...

Okay, hancing sekali lagi.
Kau tau apa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 10:39 AM | Show all posts
katanya
dengarnya
khabarnya

tok kok PHitnah  belaka

hancing
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 10:40 AM | Show all posts
aku suka najib jatuh
tapi aku suka ets & prima inisiatif najib.

sekurang2nya ada jugak jasa najib pada rakyat. tun nak buat kereta ke 3. buat tambah menyemak jalanraya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah prima g beli dgn prima lah.. pegi panjat pejabat tanah dah kenapa? Jangan cerita benda fitnah kak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.099439 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list