CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6194|Reply: 58

[Tempatan] Rambo Bentong ke tali gantung

[Copy link]
Post time 16-8-2018 03:18 PM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA 16 Ogos - Pembunuh bersiri, Rabidin Satir atau lebih dikenali sebagai 'Rambo Bentong' kekal diperintahkan menjalani hukuman gantung sampai mati atas sabitan salah terhadap tuduhan membunuh seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Bentong, Pahang hampir enam tahun lalu.

Keputusan itu dibuat setelah Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak rayuan akhir Rabidin, 48, untuk mengetepikan hukuman tersebut serta sabitan dan hukuman penjara dan sebatan atas empat pertuduhan lain termasuk dua pertuduhan merogol isteri mangsa bunuh itu.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum memutuskan demikian sebulat suara selepas mendapati sabitan dan hukuman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini adalah betul menerusi bukti-bukti yang diberikan semasa perbicaraan.

Pada 15 Mac tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati atas sabitan bunuh serta hukuman penjara dan sebatan bagi pertuduhan-pertuduhan lain yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang pada 3 Disember 2015.

Ketika di Mahkamah Tinggi, selain hukuman mati, Rabidin dihukum penjara 12 tahun dan sebatan dua kali atas pertuduhan mengacukan senjata api terhadap si mati, penjara lapan tahun dan sebatan dua kali terhadap pertuduhan merompak dan hukuman penjara 12 tahun dan sebatan lapan kali bagi dua pertuduhan merogol isteri si mati.

Rabidin didakwa membunuh lelaki berusia 31 tahun itu di sebuah di kawasan Perumahan Jabatan Perhutanan, Jalan Tras, Bentong, Pahang antara pukul 3.50 dan 4.30 pagi, 3 November 2012. Empat pertuduhan lain didakwa berlaku pada masa, tarikh dan tempat yang sama. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 30263#ixzz5OK6aAg7F
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 03:35 PM | Show all posts
bagus, semoga sempat bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:39 PM | Show all posts
padan muka..

kejam giler..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 16-8-2018 03:40 PM

Peeeeerrrggghhh akhirnya! Lama gila wei tunggu syaitan ni kena hukuman!

If possible akak nak sangat bangsat ni di seksa separuh mampus seblom digantung telanjang biar dia rasa aib dan seksa teramat seblom mati macam mangsa2 dia!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Putih btol muka dia..pakai bedak ke?
Rambo bentong..bentong kali...huhu
Lamamgila nak tunggu.jatuh hukum.mati kt dia neh...rasa.cm.nak.sepak muka.dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh, yang bangsat ni rogol budak Cina dan cedera kan polis sampai koyak mulut tu tak kena hukom ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2018 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya kau rabidin..
Ada lagi hati nak buat rayuan.
Baik mati aje la..
Membazir oksigen je hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:09 PM | Show all posts
dia ni kena tangkap dengan sorang polis yg kebetulan nampak dia mengendap ke apa, pastu bergelut dgn rambo ni, cedera polis tu last2 kalah jugak rambo ni, dia buat senapang sendiri tu.......idup dalam hutan bentong .....org sabah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 04:11 PM | Show all posts
celaka punya jantan
dah la kau bunuh si mangsa..bleh lak pastu rogol isteri mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca berita die mcm dari Limbang Tambunan, Indonesia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:19 PM | Show all posts
chazey replied at 16-8-2018 07:42 AM
Eh, yang bangsat ni rogol budak Cina dan cedera kan polis sampai koyak mulut tu tak kena hukom ka?

Dia dah kena total 133 tahun penjara & 50 sebatan for multiple rapes & sodomy, mangsa sume kanak2 & remaja termasuk Annie Kok tu, on top of that, dapat 12 tahun sebab rogol ister renjer ni, akhirnya hukuman mati sebab bunuh renjer ni.
Akhirnya ke tali gantung sialan ni. Good riddance.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:21 PM | Show all posts
Masa dia berkeliaran dalam hutan kat bentong tu, orang2 situ takut betul. Nak2 yang kena keluar gi kebun waktu subuh sepiee, yang kerja malam terpaksa tinggal anak bini kat rumah.

Depa lega giler bila dia kena tangkap & tak de jaminan sebab lahanat sangat.

Eloklah kena gantung.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:22 PM | Show all posts
Ada satu masa, dia baru lepas kena 24 sebatan, lembik terus sampai prosiding kena tangguh or something like that.

Korang google ada gambar dia atas kusi roda.

Ni manusia memang tak layak hidup kongsi oksigen dengan makhluk tuhan yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:26 PM | Show all posts
oooooooh dia ni ke yang berkerusi roda dulu tu? now dah sihat dah bolehlah dihukum gantung, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:32 PM | Show all posts
eloknya badannya dikelar2 pastu perah limau nipis, bubuh garam pada luka kelar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:38 PM | Show all posts
Dia dah kena sebat 50 kali. Rasa paling banyak dalam sejarah Malaysia

https://www.malaysianreview.com/ ... sebat-harian-metro/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 04:45 PM | Show all posts
RAUB: A serial rapist known as "Rambo Bentong" who is facing 133 years in prison and 50 lashes, pleaded guilty on Monday to three additional charges of rape, causing hurt and committing robbery at a Sessions Court here.

Rabidin Satir, 42, from Tambunan, Sabah, admitted to raping a 28-year-old woman in front of her husband at the Bentong Forestry Department staff quarters in Bentong between 3.50am and 4.30am on Nov 3 last year.

The accused was also alleged to have put the victim's in fear, resulting in injuries, which could lead to her death between 4.10am and 4.30am on the same day and place.

Both charges under Section 376 (2) of the Penal Code, carries a jail term of up to 30 years and whipping, upon conviction.

Rabidin also admitted to voluntarily causing hurt to the victim during the robbery between 3.50am and 4.30am on the same day and place.

The offence, under Section 394 of the same Act, carries a jail term of up to 20 years and whipping.

Sessions Court judge Shahrizat Ismail fixed Oct 31 for the court to study the facts of the case before sentencing.

Deputy public prosecutor Atiqah Liyana Syahril prosecuted.

On Feb 5, the unemployed Rabidin was sentenced to 115 years and 50 lashes after pleading guilty on four counts of rape and one count of unnatural sex on four female victims, aged between eight and 17, between 2009 and 2011.

On March 21, the accused was sentenced to another 18 years in jail after pleading guilty to attacking and injuring police constable Mohd Suhaimi Md Razali, 24, with a parang at a house No 43, Taman Shahbandar Husin, Bentong at about 6pm on Nov 14 last year.

In addition, he is also facing charges of raping and murdering Annie Kok Yin Cheng, 17, between 11.30pm on March 7, 2009 and 1.50pm on March 8, 2009 at Lot 4168 Kampung Ketari, Bentong.

The murder charge, under Section 302 of the Penal Code, carries the mandatory death penalty.


Read more at https://www.thestar.com.my/news/ ... fAhKT3cddCBOb7Pi.99
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 16-8-2018 04:18 PM
Baca berita die mcm dari Limbang Tambunan, Indonesia...

Dia Sabahan la, haiyoh! Asal dari Tambunan, Sabah!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 16-8-2018 04:09 PM
dia ni kena tangkap dengan sorang polis yg kebetulan nampak dia mengendap ke apa, pastu bergelut dgn ...

Heol ex komando kan?

Masih terbayang imej polis yang cedera sebab belawan dengan heol tu. Sampai koyak mulut gara2 si Rabidin ni pi libas muka dengan pisau rambo!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 16-8-2018 04:11 PM
celaka punya jantan
dah la kau bunuh si mangsa..bleh lak pastu rogol isteri mangsa

Dia rogol isteri tu depan mangsa sumore kan. Tak cukup rogol, di liwat sumore.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.263014 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list