CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2134|Reply: 4

Suka Kongsi Artikel Di Facebook, Anda Sedang Dinilai Secara Senyap!

[Copy link]
Post time 27-8-2018 01:01 PM | Show all posts |Read mode

Sumber Foto: Pixabay



Anda telah berkongsi sebuah post yang menarik di Facebook tanpa menyelidik dahulu kesahihannya. Adakah anda sedar Facebook sedang menilai kelakuan anda?

Dalam usaha untuk memerangi gejala penyebaran berita palsu, Facebook telah melaksanakan satu mekanisma yang menilai kebolehpercayaan (trustworthiness) seseorang pengguna Facebook melalui kelakuan mereka.

Memetik artikel dari Cosmopolitan, seseorang pengguna Facebook dinilai sebagai lebih dipercayai sekiranya beliau melaporkan artikel palsu yang telah ditemui di dalam Facebook. Sebaliknya, seseorang pengguna Facebook juga dinilai sebagai kurang dipercayai jika pengguna tersebut berkongsi artikel palsu di garis masa beliau. Itu baru penilaian untuk satu post. Rasa-rasanya berapa banyak post yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dalam seminggu? Setiap pengguna akan dinilai melalui skala 0 hingga 1, bergantung kepada aktiviti mereka sepanjang menggunakan Facebook.

Selain dari penilaian di atas, terdapat beberapa kriteria lagi yang diambilkira. Namun, Facebook enggan mendedahkan keseluruhan mekanisma untuk mengelakkan ia dari dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini merupakan salah satu usaha Facebook untuk membanteras gejala penyebaran artikel palsu, dan juga gejala menyalahlapor sesuatu artikel yang benar sebagai palsu.



Sumber Foto: Pixabay



Penyalahgunaan sistem laporan palsu Facebook



Bagaimana Facebook menentukan kesahihan suatu artikel? Dalam satu temubual bersama The Washington Post, Tessa Lyons, pengurus produk bagi projek ini mendedahkan bahawa apabila suatu artikel itu dilaporkan sebagai palsu, artikel tersebut akan diperiksa kesahihannya menerusi sejenis aplikasi pemeriksa fakta (fact checker). Dari maklumbalas aplikasi tersebut, Facebook dapat mengesan pengguna yang jujur dalam melaporkan artikel yang palsu dan juga pengguna yang menyalahgunakan sistem laporan palsu Facebook untuk melaporkan artikel yang sahih sebagai palsu.

Walau bagaimanapun, tidak jelas apa yang akan Facebook lakukan kepada akaun pengguna yang memiliki markah yang rendah dari segi kebolehpercayaan. Ini kerana buat masa ini, tumpuan lebih diberikan kepada mengurangkan kebanjiran artikel palsu di Facebook.



Sumber Foto: Pixabay





Propaganda politik merentas sempadan melalui berita palsu?



Tindakan terbaru Facebook ini dipercayai merupakan rentetan dari beberapa masalah yang dihadapi oleh Facebook berkaitan dengan isu ketelusan. Menurut artikel agensi berita Reuters yang diterbitkan oleh CNBC, Facebook dan beberapa laman sosial lain telah dikesan terjebak dalam beberapa kempen propaganda politik oleh para pengguna Facebook dari Russia dan Iran yang cuba mempengaruhi senario politik dalam negara di Amerika Syarikat. Ini telah memaksa Facebook untuk menutup beberapa akaun pengguna yang meragukan.

Tak usah bimbang. Facebook tidak akan mendedahkan markah kebolehpercayaan anda. Tetapi tak salah jika kita menjadi seorang pengguna Facebook yang beretika. Sebagai permulaan, mungkin anda boleh semak dahulu kesahihan artikel yang ingin dikongsikan melalui portal Sebenarnya.my. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2018 01:09 PM | Show all posts
Betul tu tak perlu gigih nak share sana sini kalau tak pasti kesahihannya hanya kerana berharap nak dapat banyak like atau pijian je
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dah jarang buka FB dah sekarang. dulu rajin share pasal pseudoscience dgn article the patriot tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
I don't even have one...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
fb semakin sendu. ramai sgt peniaga online buat engagement post
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.355678 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list