CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1985|Reply: 12

Bayar RM2 Ribu Je, Ramai Jadi Mangsa Sindiket Kahwin Palsu Di Thailand

[Copy link]
Post time 28-8-2018 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Marzuki, 38 dari Pahang, antara mangsa sindiket kahwin palsu.


“Kami terpaksa datang ke sini (Majlis Agama Islam Narathiwat) untuk berkahwin apabila perkahwinan sebelum ini tidak sah kerana kami menggunakan khidmat sindiket kahwin palsu.


“Kami sedar tertipu selepas melangsungkan majlis akad nikah di Rantau Panjang dan mereka (ahli sindiket) menghilangkan diri serta tidak memberi sijil perkahwinan selepas kami membayar RM2,000 seperti diminta."


Namun menurut Hairan Metro, Marzuki bernasib baik apabila seorang kenalan yang memperkenalkannya kepada kadi dari Selatan Thailand sebelum dibawa ke Majlis Agama Islam Narathiwat untuk dinikahkan.


Katanya dia berkahwin di Selatan Thailand kerana tidak mendapat persetujuan dari wali.


Menurut sumber lagi, ramai terpedaya dengan sindiket pakej kahwin sempadan melalui media sosial yang menyediakan tawaran menarik bagi mereka yang ‘berhajat’.


Pakej menarik yang ditawarkan termasuklah pengangkutan sehingga pakej penginapan.

Dengan bayaran tertentu sehingga RM2,000, pasangan pengantin boleh mendapat sijil nikah dari Thailand.


Bagaimanapun, risiko bakal dihadapi pasangan sebaik saja mendaftar perkahwinan di Malaysia kelak sama ada sijil berkenaan sah atau sebaliknya.


Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia menegaskan hanya beberapa lokasi dibenarkan berkahwin di Selatan Thailand.


Menurut laporan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2014, hanya enam majlis agama Islam wilayah di Thailand dibenarkan untuk berkahwin iaitu Satun, Songkla, Pattani, Narathiwat, Yala dan Patalong di Selatan Thailand dan tidak membabitkan cawangan lain termasuk di Betong, Thailand. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2018 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sibuk sangat nak kawin kat siam apasal
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
matkpop replied at 28-8-2018 06:07 AM
sibuk sangat nak kawin kat siam apasal

Nak berpoligami. Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 02:10 PM | Show all posts

dah tu
haram ke poligami??

ntah2 pak kau pernah pi siam nikah, cer cek.




Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 02:12 PM | Show all posts
pakaila wali hakim...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 02:13 PM | Show all posts
jcopy replied at 28-8-2018 02:10 PM
dah tu
haram ke poligami??

poligami tu jatuh haram kalau tidak boleh berlaku adil.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2018 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
jcopy replied at 28-8-2018 06:10 AM
dah tu
haram ke poligami??


Kenapa laba? Haram ka berpoligami?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 02:17 PM | Show all posts
annehuda replied at 28-8-2018 02:13 PM
poligami tu jatuh haram kalau tidak boleh berlaku adil.

per kau cakap ni??
belum nikah cam nak tahu adil ke tak??

kena la nikah dulu.

perpun, tak jatuh haram kalau tak adil lepas nikah, masih ssah, cuma tanggung dosa je.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2018 02:18 PM | Show all posts
samasam90 replied at 28-8-2018 02:14 PM
Kenapa laba? Haram ka berpoligami?

yg haram tu, rela serah tubuh tarak nikah.
ala, cam kau la, rela serah tubuh kat kj laki orang





Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 03:45 PM | Show all posts
jcopy replied at 28-8-2018 02:17 PM
per kau cakap ni??
belum nikah cam nak tahu adil ke tak??

dah tanggung dosa, haram la tu.
dik awak ni baru balik sekolah rendah ke ni? fefeeling org dewasa nk berporem sbb nnt bleh la kawen kt thailand? gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 03:47 PM | Show all posts
annehuda replied at 28-8-2018 03:45 PM
dah tanggung dosa, haram la tu.
dik awak ni baru balik sekolah rendah ke ni? fefeeling org dewasa ...

tak ada orang ke ajar kau beza dosa dgn haram??
sedih la masih ramai orang islam cam kau level ilmu dia baya2 budak darjah dua.


Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa????? Ni bukan mangsa,ni jenis gatal merenyam selayaknya kena tipu. Padan muke{:nose
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 11:23 PM | Show all posts
tak dapat kebenaraan wali, maknanya kawin lari, masuk sendiket..

padan muka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.046004 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list