Akibat kritikan yang semakin menggunung terhadap kesan negatif platform teknologi, Facebook dan Instagram (milik Facebook) telah mengumumkan satu set tools baru untuk membantu pengguna mengehadkan penggunaan masa di media sosial.
Kredit Foto: Mill Gossip Nigeria
Dalam Facebook dan Instagram, anda akan melihat paparan aktiviti yang akan menunjukkan purata masa yang anda gunakan setiap minggu dan pecahan aktiviti setiap hari.
Kredit Foro: Buzzfeed
Selain daripada itu, ciri 'peringatan harian' juga akan dimuatkan di mana anda akan diberikan peringatan selepas menggunakan aplikasi sosial tersebut melebihi sejumlah masa yang ditentukan.
Sebagai tambahan, anda juga kini boleh memadam notifikasi sementara (contohnya 15 minit atau 8 jam) dan mengelakkan anda melihat sebarang notifikasi pada skrin. Anda hanya akan dapat melihat semua notifikasi tertunggak selepas membuka aplikasi tersebut.
Kredit Foto: Buzzfeed
Ciri-ciri pengurusan masa ini dijangka akan mula dipasang di aplikasi milik Zuckerberg dalam beberapa minggu lagi. Untuk memuatnaik ciri ini, anda boleh menggunakan arahan berikut:
Instagram: go to settings page > Your Activity
Facebook: go to the Settings & Privacy page > Your Time on Facebook.
Facebook tidak mengeluarkan sebarang statistik tetapi pada bulan Ogos 2017, Instagram menyatakan pengguna berumur bawah 25 tahun meluangkan masa lebih 32 minit sehari secara purata manakala pengguna di atas umur 25 tahun meluangkan masa sekitar 24 minit sehari secara purata.
Kajian tahun 2017 yang dikeluarkan oleh American Journal of Preventive Medicine menyatakan pengguna yang meluangkan masa lebih 2 jam sehari di aplikasi internet akan mengalami dua kali ganda keterasingan berbanding mereka yang menggunakan aplikasi internet kurang 30 minit sehari. - CARI |