View: 5179|Reply: 7
|
Resipi Mudah Minuman Halia Dan Lemon Atasi Masalah Sakit Lutut
[Copy link]
|
|
Sakit lutut sudah pasti mengganggu aktiviti kita seharian. Anda akan rasa susah untuk berjalan dan macam-macam lagi keadaan yang akan membuatkan kita tidak selesa.
Bagi yang aktif bersukan, sudah pasti aktiviti sukan anda terjejas.
Macam-macam ubat yang ada di pasaran yang digunakan untuk meredakan sakit lutut. Tapi, mahukah anda mencuba resipi mudah ini dengan menggunakan bahan-bahan smeula jadi untuk membuat minuman yang dipercayai boleh melegakan sakit lutut anda.
Resipi mudah hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia
Bahan-bahan:
1 ketul halia
1 cawan air
Sedikit perahan jus lemon
Sedikit madu
Cara-cara:
1. Hancurkan 1 ketul halia dan masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air.
2. Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk. Didihkan selama 10 minit.
3. Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi. Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.
4. Kemudian masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon. Kacau hingga sebati.
5. Sedia untuk dinikmati. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang.
Memang mudah kan? Selamat mencuba! - CARI
Kredit resipi & gambar: Azliza Talib Via Kami Kongsi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Maybe i should try brewing this for my mum. Dia dok sakit lutut and sakit kaki je, but bukan gout. |
|
|
|
|
|
|
|
Makanan sihat utk kurus jugak ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|