|
Di kala Datuk Seri Vida (DSV) dihujani kritikan dan cemuhan, Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul Iman A Rahman atau Boy Iman menerusi laman Instagram mempertahankan usahawan kosmetik itu.
Menerusi postingnya itu, Boy Iman meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir masyarakat yang gemar 'menambah perasa' dan menyebarkan berita tidak benar mengenai DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman.
"Janganlah bercakap seolah-olah awak sempurna, dijamin masuk syurga, menokok tambah cerita seakan-akan fitnah, membuka aib beliau dan sebagainya.
"Cukup-cukuplah menjadi 'Melayu tipikal'. Sepatutnya anda beri sokongan, menutup aib beliau dan memberi kata-kata semangat.
"Cuba tengok, ada ke bangsa Cina macam anda? Bergosip, membawang, mengecam, memerli dan sebagainya. Mereka sokong bangsa mereka," tulisnya.
Kredit foto: IG Boy Iman
Menurutnya, dia mengenali DSV pada 2013 ketika menjadi penaja ang diterbitkan oleh Boy Iman dan syarikatnya.
"Saya berterima kasih kepada beliau kerana pernah menganggap saya seperti anak, begitu juga saya menganggap beliau seperti mak. Saya panggil beliau 'Mummy'," katanya.
Ekoran itu, Boy Iman menggesa orang ramai supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadap DSV.
"Jangan buat kerja Tuhan ya semua, menghukum seolah-olah kita Tuhan dan kita bukan hamba Dia," ujarnya.
Kredit foto: IG DSV
Terdahulu, selain dihimpit kontroversi hadiah barangan kemas palsu, Lavida Coin milik DSV turut diumumkan haram oleh Bank Negara Malaysia.
Jangan pula selepas ini Boy Iman dikecam gara-gara memberi sokongan kepada DSV. - CARI |
|