Jika wanita Melayu berbaju kurung, nampak cantik dan 'perempuan terakhir' sangat. Apatah lagi ada yang bukan sekadar memakainya di hari raya atau kenduri kahwin sahaja, tetapi dijadikan busana harian sama ada ke tempat kerja, ke pusat beli-belah dan lain-lain lagi, aduhai indah sangat pemandangan.
Namun, pernahkah anda melihat lelaki yang memakai busana Melayu, lengkap dengan tengkolok dan capal seperti pahlawan Melayu di zaman silam? Agak janggal bukan? Namun inilah yang mahu dibuktikan oleh pemuda ini yang mahu mengajak orang ramai menghargai busana tradisi sekaligus tidak mencerca mereka yang memakainya.
Ya. Tulisan Jebat Derhaka pun agak keras dan mungkin membuatkan orang lain terasa. Walaupun dia menyatakan ia adalah kiasan berunsur sindiran, tetap tidak elok dituturkan oleh individu yang mengaku mahu memperjuangkan tradisi Melayu, dalam masa sama menyindir orang lain. Seolah-olah ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Sebenarnya, tiada salah pun memakai busana tradisional. Malahan ia harus dipuji kerana memartabatkan budaya yang semakin hilang dek keterbukaan ramai individu yang lebih selesa memakai baju moden. Namun begitu, bahasa Melayu turut dipuji antara yang mempunyai kiasan mendalam dan tersirat, bukannya menyindir hingga menyakitkan hati orang lain. Apa pun, semoga kita lebih terbuka dengan kesedaran untuk berpakaian tradisi ini. - CARI
|