View: 1708|Reply: 9
|
Paksa Sambil Ugut Anak Buat Ujian Dara, Suami Isteri Dihadap Ke Mahkamah
[Copy link]
|
|
Gara-gara mengesyaki anak perempuannya hilang dara berikutan mempunyai teman lelaki, sepasang suami isteri dari Iran yang berfahaman konservatif bertindak memaksa anak itu menjalani ujian dara di sebuah klinik swasta.
Kredit foto: www.mirror.co.uk
Akibatnya mereka berdepan pertuduhan kerana telah melanggar akta melakukan ugutan ke atas individu lain yang sememangnya telah dilaksanakan di United Kindom (UK) sejak tiga tahun lalu.
Memetik laporan Mirror.UK, doktor yang bertugas beritahu Ali Safaraei dan isterinya Mitra Eidiani bahawa ujian dara tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan anaknya, Sophia.
Pemberitahuan doktor itu menimbulkan kemarahan suami isteri itu dan kemudian segera membawa balik anaknya ke rumah.
Menurut doktor itu, ketika di klinik, bapa tersebut bukan sahaja bertindak kasar malah mengugut akan bunuh teman lelaki anaknya yang berusia 18 tahun itu.
Selain itu, si bapa itu juga merampas buku pasport mangsa dan ugut akan hantar mangsa balik semula ke Iran untuk berkahwin dengan abang iparnya.
Bagaimanapun, akhirnya perkara itu dibongkarkan oleh doktor itu yang menjadi saksi berhubung isu tersebut.
Kredit foto: www.mirror.co.uk
Ketika di mahkamah doktor berkenaan memaklumkan, "ketika kejadian Sophia beritahu dirinya tidak ingin disentuh oleh sesiapa pun."
"Saya tidak akan sentuh awak selagi awak tidak memberi kebenaran," kata doktor itu kepada Sophia.
Menurut laporan, akta melarang sesiapa pun melakukan ugutan ke atas mana-mana pihak telah diwartakan sejak tiga tahun lalu dengan tujuan mencegah kejadian penganiayaan dari segi jiwa dan rohani.
Ali Safaraei dan Mitra Eidiani merupakan ibu bapa yang pertama yang dikenakan tuduhan dalam akta tersebut.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah tak berdara, kau nak buat macamana? Bedah plastik?bunuh?
Dara itu memang penting untuk sesetengah wanita tapi kalau anak kau dah ter...dengan rela. Nak paksa kahwin dengan abang ipar lagi..adoi la..mana la anak tak melenting sampai masuk court. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kena penjara sia-sia je |
|
|
|
|
|
|
|
Paksa kawin dgn abg ipar?????
Gila ka makpak dia?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku jd anak dia aku terus keluar rumah. Putuskan pertalian dgn family mcmni |
|
|
|
|
|
|
|
Kawin ngan abang ipar????
Busterd. |
|
|
|
|
|
|
|
Iran ada culture honor killing seperti di pakistan kah? Silap haribulan kena bunuh dek bapa sendiri kerana kononnya telah menjatuhkan maruah keluarga. Dah duduk di negara kapir maju yg aman pun masih bawa perangai tak bertamadun dari negara asal. |
|
|
|
|
|
|
|
ini syiah ni
kira kaper la ni
patut la pangai jahanam main sebelum kawin
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak bagi check kena paksa kawin dengan abg ipar? So bagi jela check buktikan masih virgin..Kan selesai masalah (kalau masih virgin la) |
|
|
|
|
|
|
| |
|