"Rupa-rupanya video Syafiq Kyle dan anak Che Ta me*****p tu dibuat oleh sekumpulan lelaki bernafsu songsang atau pun pondan. Mangsa diperangkap hingga akhirnya video tersebut dijual."
Khabar-khabar angin ini bertiup kencang di Twitterland dengan pembongkaran sindiket fake p***y (fp)oleh netizen bernama Abang Husin. Dia menceritakan kemungkinan gambar lucah serta video tidak senonoh selebriti dan juga ahli sukan yang bertebaran di media sosial adalah angkara lelaki gay yang menyamar sebagai perempuan. Motif mereka adalah untuk memperdagangkan material tersebut bagi mendapatkan duit.
Kredit foto: Twitter
Menurutnya, bukan setakat selebriti yang masuk perangkap ini, malahan pemain bola sepak, pesilat mahupun orang biasa turut terjerumus ke dalam permainan ini. Ia diceritakan sendiri oleh rakannya yang turut terjebak dalam sindiket ini.
Bermula dengan mencipta identiti suci perempuan bertudung dan nampak biasa-biasa, mangsa akan mula diumpan dengan menambah rakan di Wechat. Perbualan cuma berkisar mengenai peribadi seperti umur, status, pekerjaan dan sebagainya. Namun begitu, agak aneh apabila 'gadis' ini mula meminta gambar selfie yang pelik.
Kredit foto: IG
Menurut Husin lagi, biasanya FP tidak akan mengangkat panggilan video. Jika menjawab sekalipun, pemangsa akan menutup kamera dengan jari dan berlakon kononnya 'line tak clear'. Begitu juga dengan 'voice note' yang langsung tidak diberikan dengan 1,001 alasan seperti selesema, sakit tekak dan sebagainya.
"Siapa mangsa FP? Memang tak percaya sebab aku pernah tengok ramai pemain bola. Bayangkan pemain bola yang hensem, segak, tampan bergaya tu buat masturbasi kerana penangan FP. Gila wei!"
Siapakah sebenarnya FP? = Biasanya dilakukan oleh team cybertrooper rangkaian gay dan pondan. Ada di Wechat, Tumblr, Twitter, Snapchat, Facebook dan pelbagai platform media sosial. Mereka jual set (gambar dan video) dengan harga tertentu.
Menutup cerita, Husin sempat menasihati semua lelaki di luar sana untuk lebih berhati-hati bimbang termasuk dalam perangkap FP ini.
Kredit foto: IG
Pembongkaran ini membuatkan ramai netizen tertanya-tanya adakah tragedi yang menimpa selebriti seperti Syafiq Kyle, anak Che Ta, Zul Arifin dan lain-lain kerana scammer ini?
"Masalahnya, siapa yang bodoh sangat hantar gambar bogel kepada stranger?"
Mengikut netizen ini, hanya lelaki dungu yang masih percaya kepada orang asing di media sosial. Sebenarnya ia boleh dielakkan dari awal jika mangsa tidak melakukan perbuatan yang tidak bermoral ini.
Ada juga netizen yang menceritakan pengalamannya berhadapan dengan pemangsa FP ini. Namun, mujurlah dia bertindak bijak dengan tidak mengikut permintaan 'gadis' ini. Jika tidak, mungkin gambarnya akan bertebaran di media sosial.
Kredit foto: Wechat
Ramai yang menasihatkan semua lelaki supaya menyahkan aplikasi Wechat yang lebih banyak membawa mudarat berbanding kebaikan. Maklumlah sudah banyak kes curang, bercerai berai disebabkan ramai pengguna Wechat yang mencari mangsa bagi memuaskan nafsu.
Berdasarkan pembongkaran kisah sindiket ini, boleh disimpulkan bahawa usah mempercayai sesiapa pun yang berbual dengan anda menerusi media sosial. Ini kerana rupa, suara boleh dibuat hingga memungkinkan anda terjerumus ke kancah yang tidak bermoral. Apatah lagi jika kita sendiri membenarkan pemangsa menceroboh segala hak milik kita dek nafsu yang tidak bertepi. Semoga kita semua lebih berhati-hati dalam hal sebegini dan usah percaya yang manis di media sosial kerana disebalik kemanisan tersebut tersembunyi pemangsa yang sedang tersenyum menantikan mangsanya menyerahkan segala-galanya. - CARI
|