CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19058|Reply: 124

Zara Zya + Hafreez Adam : apa sudah jadii??

  [Copy link]
Post time 23-9-2018 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dh ade ke benang ni?? Kalo dh ada, mod tlg delete yach..

Zara Zya akui "tak patut muat naik status tu"
Diterbitkan: Ahad, 23 September 2018 11:55 AM
Oleh: NUR ASYIKIN MAYUDIN
asyikin@thestar.com.my

Zara menyedari dia tidak sepatutnya memuat naik kenyataan ketika sedang beremosi. Foto: SHAARI CHEMAT.
   
PELAKON Zara Zya menganggap apa yang berlaku antara dia dan kekasihnya, Hafreez Adam sebagai asam garam pasangan bercinta.

Zara, 32, berkata dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai status hubungan mereka kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

"Biasalah adat pasangan bercinta. Ada naik dan turunnya. Tapi saya memang tak nak komen apa-apa mengenai hubungan kami.

"Takut nanti saya keluar kenyataan lebih-lebih boleh mengeruhkan keadaan kedua-dua belah pihak," kata Zara kepada mStar Online

Status yang dimuat naik Zara dan Hafreez seakan menggambarkan hubungan mereka kini.

Zara ditemui ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sebelum ini, penyanyi lagu Tiada Dendam ini ada memuat naik status seakan menggambarkan hubungannya dengan Hafreez kini mempunyai masalah.

Kata Zara, dia menyedari status tersebut tidak sepatutnya dimuat naik namun pelakon itu mengakui tindakan itu dilakukan ketika dalam keadaan beremosi.

"Saya tidak sepatutnya memuat naik status seperti itu. Tetapi waktu itu hati saya tengah panas dan terlalu menurut perasaan.

"Waktu itu dah malam, saya memuat naik status dan terus tidur. Bangun pagi, ada yang menghantar mesej menegur dan menasihati, barulah saya tersedar," ujarnya.

Pasangan ini ingin memberi ruang untuk mereka berdua.

Dalam pada itu, Zara tidak pasti kenyataan minta maaf yang dimuat naik Hafreez di Instastory ditujukan kepadanya atau berkaitan dengan kerja pelakon lelaki itu.

Bagaimanapun, buat masa kini mereka mengambil keputusan untuk memberi ruang untuk diri masing-masing.

"Saya tahu dia ada muat naik kenyataan minta maaf di Instastory dia. Tapi saya tak pasti status itu ditujukan kepada siapa.

"Sebab dia tak letak nama dan sekadar permohanan maaf. Mungkin ada kaitan dengan kerja dia juga," katanya.

Hubungan cinta pasangan itu terjalin sejak tahun lalu ketika mereka bergandingan menerusi drama bersiri Mona Lisa.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/09/23/zara-zya/#trjlleoiX4ySK4ya.99
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2018 01:02 PM | Show all posts
diorg ni terlalu open dlm relationship diorg..langsung xsorok..hari hari bersweet kt ig..huhu. hope baik baik saja lah..kalau dh suka kawin shj lah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 01:07 PM | Show all posts
Zara Zya tu saja yg perasan dia hot

Org lelaki kalau dia merasakan kitalah wanita yg dia mahukan ,dia xkan tangguh mengahwini kita.

Kalau asyik main tarik tali,itu tandanya si lelaki  hanya perlu masa utk lebih berdrama   supata isu berdolak-dalih tidak ketara .
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 01:07 PM | Show all posts
Zara Zya ?

tengok dia pun kita  rasa mcm nak muntah , fake nya

perasan lepas tu kemetot,comot.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg x sesuai berdua
laki tu npk cam fake je suka kan zara
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape yg dy post??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2018 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la napa zara zya bleh jadi host ABPBH.

Aku menunggu kedtgn karats dia dtg thread ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 01:41 PM | Show all posts
hijau88 replied at 23-9-2018 05:17 AM
Ntah la napa zara zya bleh jadi host ABPBH.

Aku menunggu kedtgn karats dia dtg thread ni. {:gamba ...

serius la dia jd host?dgn janna dan ajak shiro kan? mcm mana dia boleh terpilih jd host,xde artis lain ke?hmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2018 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
rukia2 replied at 23-9-2018 01:13 PM
Ape yg dy post??

tu laa amende statusnya??
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa statusnya noks?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua ketul ni tak secocok
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 23-9-2018 01:17 PM
Ntah la napa zara zya bleh jadi host ABPBH.

Aku menunggu kedtgn karats dia dtg thread ni. {:gamba ...

baik suh elizabeth tan jer jd host.. suke dgn cara ckp et wlupun kedengaran ngengade skit.. iols boleh accept zz ni berlakon jer.. lain outt kot..

tang dgn hafreez tu pulakk.. btul la diorg ni terlalu open n gula2 sgt.. biase2 aje sudehh.. xjadi kang buat sebal muke jer..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 02:43 PM | Show all posts
pasangan basi ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak si hafreez tu pakai maskot bear pastu surprise kan dia mcm mana dia buat kat hafreez tu kot. Tapi hafreez takmo tu yg merajuk. Gitu I speku
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Rounders replied at 23-9-2018 01:07 PM
Zara Zya tu saja yg perasan dia hot

Org lelaki kalau dia merasakan kitalah wanita yg dia mahukan  ...

Aah.. zara zya antara minah yg perasan lawa walaupun muka lepas mekap ala2 bohsia ppr pudu ulu jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 03:43 PM | Show all posts

Bila Kita je beria tapi dia Tak  ......
Status dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2018 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 23-9-2018 01:17 PM
Ntah la napa zara zya bleh jadi host ABPBH.

Aku menunggu kedtgn karats dia dtg thread ni. {:gamba ...

tah2 sbb kawan dgn sponsor tak hahahhaha. minah ni nampak kuat propa.

benda kecik pun nampak suka besarkan. mintak perhatian selalu #turnoff x minat dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 23-9-2018 01:17 PM
Ntah la napa zara zya bleh jadi host ABPBH.

Aku menunggu kedtgn karats dia dtg thread ni. {:gamba ...

betul ke hmm bakalan sendu la abph yg sememang nya senduuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
tak matang nya luah perasaan kat media sosial. gaduh je post.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 06:51 PM | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 23-9-2018 03:33 PM
Aah.. zara zya antara minah yg perasan lawa walaupun muka lepas mekap ala2 bohsia ppr pudu ulu jah ...

xdinafikan apa yg ko kata mmg betul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.079948 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list