CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cheesysauce

KISAH 5 # Ayah Dan Hamdan (2) : update 11 nov

  [Copy link]
Post time 29-9-2018 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Menanti sambungan dr tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2018 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pagi esoknya,.cuti. selepas subuh, kak najwa kumpulkan semua ahli rumah 1. meeting tergempar.

kak najwa tanya pendapat semua orang. masing masing takut2 nak bersuara. kata kak salmi "salmi rasa ni gangguan la kak najwa. kita kena panggil ustaz tengok kan rumah kita ni. sebelum ni pun masa pindah masuk takde panggil ustaz pagarkan rumah ni. kira buat sendiri2 je"

"tu lah.. akak rasa pun macam tu. tapi elok kita bagitau en bahar dulu. dia pun pandai jugak pasal hal2 ni. minta dia dtg tgk dulu ke."

semua setuju dengan cadangan kak najwa. mereka setuju untuk tunggu hari isnin. untuk makluman, masa ni zaman sebelum af. wasap belum ada. telefon rumah masih berguna lagi. dan rumah sewa tu dilemgkapkan dengan telefon rumah. tiba tiba telefon rumah. berbunyi. tanpa sebarang prasangka cha pantas menjawab. cha pandang mereka. tak ada sesiapa di talian. cha letak telefon. telefon berbunyi lagi. cha angkat lagi. masih sunyi.
"dah tak yah jawab lagi kalau berbunyi" kata kak najwa. dan betul. telefon berbunyi lagi. kali ini cha tak menjawab. genap 3x deringan, bunyi nya berhenti. tiba tiba mereka bertujuh mendengar suara dari arah bilik kak najwa

"hihihi.. kamu semua nak cari bomoh keeee?? nak halau aku?? kamu semua ingat aku takuttt?? hihihi.. aku tak takuttt...hihihi.. aku panggil kamu tak nak jawab pun aku tau.. hihihi"


aduhh meremang bulu roma dorang. cha menangis. ain peluk cha. kak najwa je sorang yang masih tenang. kak najwa tarik tangn kak jamilah. intai kat bilik. tapi macam di jangka. tak ada orang pun.

tak sabar, kak najwa capai telefon terus telefon en bahar

"cik bahar, cik bahar datang rumah sekarang."

"hai.. kenapa pulak.. takkan banjir lagi"

"datang je la... jangan tanya banyak sangat. sampai sini saya cerita"

untuk makluman, en bahar ni selalu cerita kat dorang ni yang dia pandai "scan" aku pun tak jelas la scan yang macamna.

dalam lebih kurg sejam, en bahar pun sampai. kak najwa cerita a sampai z kejadian kejadian pelik yang berlaku kat dorang sejak semalam. maka acara scan pun bermula.. kata suzie tangan en zahar digerak gerakkan atas kepala. sekejap jatuh. sekejap naik. en zahar berjalan melalui dan masuk setiap bilik. sampai kat bilik kak salmi, kak jamilah dan suzie, tangan en zahar mengigil. en zahar berpeluh. mata beliau tertutup. lamaa... tangan en bahar masih terawang awang ke atas. tak lama kemudian en bahar menjerit "ahhh..! dengan suara jantannya. serentak dengan itu dia menjatuhkan tangan dan membuka mata.

en bahar kepenatan. "ni bukan ilmu saya ni najwa. nanti lah. saya cuba hubungi kawan saya. minta dia datang petang ni.

petang itu en bahar datang lagi dengan kawannya. hj sufian. hj sufian mengulang semula perbuatan sama macam en bahar tengahari tadi.

"hurmmm..saya buatkan air dulu untuk pagar rumah. tengok apa jadi lepas ni. harap2 dia tak menganggu lagi.

hj sufian solat 2 rakaat dan bacakan surah surah. air tu hj sufian minta mereka semua minum.. selebihny kak najwa renjis di sekeliling rumah.

hj sufian sambung solat sunat. selesai solat hj sufian membaca doa panjang kemudian bangun dan membuat isyarat pangkah di setiap sudut bilik dan sudut rumah. semuanya selesai hampir waktu maghrib.

sebaik sahja hj sufian dan en bahar beredar, kak najwa arahkan semua budak2 rumah ambil wuduk dan berkumpul. mereka akan buat bacaan yasin lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2018 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kodok_hitam replied at 29-9-2018 11:00 PM
Menanti sambungan dr tt

kebetulan.. aku baru sambung. jemput bacs
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 12:41 PM | Show all posts
cheesysauce replied at 27-9-2018 03:17 PM
ustaz ikhwan tak putus asa. dia cuba kunci ibu jari isteri fattah (aku namakan isteri fattah ni inta ...

innalillah..
semoga dijauhi benda macam ni
fattah mesti sedih gile

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 03:45 PM | Show all posts
menarik cerita TT
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sambung lg tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2018 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cheesysauce replied at 27-9-2018 03:17 PM
ustaz ikhwan tak putus asa. dia cuba kunci ibu jari isteri fattah (aku namakan isteri fattah ni inta ...

Allah sedihnya , fattah kehilangan isteri malah anak sekali dalam sekelip mata je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
menarik cerita tt. sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2018 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Saspen..panjang gak kisahnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak sambung ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 09:12 AM | Show all posts
wah...x sabar tggu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
cheesysauce replied at 27-9-2018 03:17 PM
ustaz ikhwan tak putus asa. dia cuba kunci ibu jari isteri fattah (aku namakan isteri fattah ni inta ...

Jahatnya jin ni..kesian fattah...patut dia dpt belai2, spend masa dgn isternya buat kali terakhir. Ni tak..jin yg sebok nak spend dgn intan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Suspen gangguan kat masjid tu

Sbr menanti sambungan tt
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
cheesysauce replied at 29-9-2018 11:20 PM
kebetulan.. aku baru sambung. jemput bacs

Tq tt
Seramm ehh...siap ejek lagi kuang ajaq punya setann
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cheesysauce replied at 27-9-2018 03:17 PM
ustaz ikhwan tak putus asa. dia cuba kunci ibu jari isteri fattah (aku namakan isteri fattah ni inta ...

Instead panggil ustaz, bawakla gi hospital,geram pulak aku.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 07:48 AM | Show all posts
ok citer best TT..cepat2 sambung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2018 03:25 PM | Show all posts
sambung la TT cite masjid tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Best la citer2 tt..teruskan ok..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Serammm....
TT meh sambung cepatt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2018 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari itu, balik rumah, macam biasa dorang buat activity cam biasa.

Suzie masih ingat lagi Hari itu tugas Suzie mmasak dengan kak jamilah. Suzie berdiri msmbelakangkan kak jamilah. Ruang dapur tu Tak besar mana. Tina Tiba kak jamilah menjerit kuat. bila suzie berpaling, kak jamilah menggosok dahi. Benjol. Kenapa kak? Tanya suzie.

Kak jamilah kata Ada yang tolak kepala dia ke dinding kuat sangat. Kak jamilah sampai pening. Suzie suruh kak jamilah baring. Kak salmi ganti Kan kak jamilah menolong Suzie. Sedang dorang sambung kerja, pintu peti ais terbuka Dan tertutup dengan sendiri. Suzie pandang kak jamilah. Kak jamilah bg isyarat suruh teruskan memasak.

Suzie siap cuci beras dalam periuk. Letak Kat sinki. Suzie beralih ambil besen ikan yang dah siang kat sbelah dia. Cadang nak masukkan air beras dlm utk cuci ikan. Sekali pop..!! Periuk nasi dah duduk atas lantai. Berterabur beras. Suzie panggil kak najwa. Dorang Tak jadi masak Dan decide makan Kat luar je. Balik dari makan, bau rumah busuk macam bangkai. Masing masing Tak tahan. Dorang minta tunpang sekejap Kat rmh sewa 2. Tapi bila dorang sampai Sana, rumah Sana pulak berbau. Balik semula ke rumah dorang. Bau dah hilang.

Dah siap2 ambik wuduk Dan solat maghrib, dorang kumpul untuk tahlil Dan Yasin. Masa bacaan Yasin tu, macam biasa, bunyi macam orang berperang dalam bilik air.

Tiba tiba sliding door bergegar. Suzie kata bergegar kuat sangat sampai dorang bangun sebab takut sliding door tu pecah.

Tak lama pastu sliding door dah berenti gegar.

Malam tu Suzie kata dia letih Sgt. Dia tidur mati. Tapi beberapa orang mengadu esok nya yang ada orang berjalan hentak hentak kaki kat lantai di ruang tamu. Cha pulak mengadu yang Ada orang tarik kaki nya dengan sangat kuat.

Esok nya taknada gangguan di sekolah. Jadi dorang duduk melepak di sekolah sampai hampir maghrib. Dah nak masuk maghrib baru dorang balik

Tak lama lepas dorang masuk rumah, beberapa orang dari dorang tengah rehat jap Kat ruang tamu, telefon rumah berbunyi. Cha laju jawab telefon. "Korang panggil ustaz abduh ya...??? - Masa Ni Cha dah campak gagang telefon.

Aku tak takut.. aku tak takut.. aku bunuh ustaz abduh nanti. aku bunuh kamu semua.. berani kamu semua? Jangan bagi ustaz abduh datang sini kalau Tak nak Susah...!!!! Jerit suara dalam telefon. Ada bunyi angin bersama suara tu. Bunyi macam gangguan line.

Suzie kata dia menggigil. Suara tu menyeramkan sangat. Cha dah nangis. tak ada siapa berani letakkan gagang telefon. Kak najwa yang Ada dalam bilik Masa tu yang letakkan gagang lepas dorang panggil. Sebaik saja gagang telefon duduk Kat tmpt dia, telefon berbunyi lagi. Tak berhenti. Suzie kata Ada lah 15 minit bunyi tanpa henti. Kak najwa tarik wayar belakang pun masih jugak bunyi. Budak2 Ni dah kecut perut. Lega rasa bill telefon berenti berbunyi.

Malam tu semua kumpul tido dalam bilik kak najwa. Untuk makluman korang, lantai  rumah tu Ada lah lantai simen. Bukan tile. Ruang tamu dipasang dengan tikar getah. Laluan ke dapur  dan bilik takde alas. Memang simen je. Laluan tu akan bawa mereka melalui pintu dapur di sebelah Kiri, Dan kanan nya pintu bilik 1, kemudian kanan lagi pintu bilik 2,  Dan dipemghujung laluan tu adalah pintu bilik utama. Iaitu bilik Suzie, kak salmi dan kak jamilah. Memang simen je. Malam tu sebelum tidur Dorang dapat dngar dengan jelas Ada bunyi besi di seret atas lantai sepanjang laluan bersimen. Diseret bermula dari ruang tamu hingga pintu bilik Suzie. Kemudian patah balik ke ruang tamu. Suzie kata, dorang tahan je dengar bunyi tu sampai terlena. Nak terkencing pun tahan.

Pagi esok nya sabtu , bangun subuh, 1 rumah penuh calitan lumpur. Ruang dapur tunggang langgang. Segala rempah ratus berselerak Dan berbau. Hari sabtu yang sepatutnya Hari rehat, dah jadi Hari mengemas..

Dalam pukul 2 petang, en Bahar telefon rumah. Tak Ada Sapa yang berani jawab telefon. En Bahar telefon kak najwa. Bagitau yang ustaz abduh dah sampai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.081923 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list