CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cheesysauce

KISAH 5 # Ayah Dan Hamdan (2) : update 11 nov

  [Copy link]
Post time 25-10-2018 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari2 bukak benang ni nk tgok tt ade update ke x...gye cerita n bhse tt pn bagus.. jgn lupe update bile da free nnt tt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2018 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sambung lg tt..bagus gaya penceritaan.. tak melalut.. on point ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 02:39 PM | Show all posts
Salam,

Sedap cerita TT. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari setiap cerita.
Teruskan perkongsian ye.
Nah bunga
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
uolss yg nk kawen ni abg cikgu tu ke yg keje curior tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon sambung lg tt..best ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 25-10-2018 03:20 PM
uolss yg nk kawen ni abg cikgu tu ke yg keje curior tu

yg cikgu tu rasanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2018 04:02 PM | Show all posts
lagi cik puan tt
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 06:42 PM | Show all posts
lagi lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2018 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 25-10-2018 03:20 PM
uolss yg nk kawen ni abg cikgu tu ke yg keje curior tu

Yg keje kurrier tu. Yg bawak balik pasu tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 12:43 AM | Show all posts
cheesysauce replied at 24-10-2018 03:46 PM
sebaik sahaja lelaki berjubah itu duduk, siling rumah kami bergegar. bunyi melompat lompat kuat di a ...

sambungannya TT?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh best betul cerita TT, tak sabar tunggu sambubgan.
Harap2 TT update cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 11:15 AM | Show all posts
dasat bab pasu bunga tuh...
mek ade satu org bg dari serawak, cantik gak lah..
tapi serpih sbb silap mek, mujur x nikah alam ghaib
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 12:11 PM | Show all posts
Update lagi tt.
We want more
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 12:23 PM | Show all posts
TT bz gaknye tu..takper kami sabar menunggu update dari tt..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 04:27 PM | Show all posts
TTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT NAK LAGIIIIIIIIIIIIIII
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 05:56 PM | Show all posts
camni la best...ada notice update

best la cite ko TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2018 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Korg jgn histeria mintak sambung sbr semua nti dah free tt msuklah update.Meols SR bng ni ya ampun besttt lg2 cite pasu bunga.

Meols suka g pantai pnh jmp botol
tp tiap kali nk ambik mesti tringat citer intan ladyana kne ganggu sbb bwk botol dr pntai tu blik umh.Dh dkt 10thun tp meols stil ingt bnda tu.

Lg satu aritu ada tok sedara dtg umh meols smbil lalu blkg she meols sesaje urut bahu she ckp best urut lg.

Pg esok tu bahu meols n tgn tetibe berat sbelah sakittt gile.Xleh sesaje urut org tua lama sbb dorg ni ada je pdamping blja ilmu tah pape zmn muda.tok sedare meols dh dkt 80 pstu byk brg2 antik kt umah brg2 tu pun ada pnjaga tp tok tu dh byk kali brubat nk cleankn semua.

skrg dh clean tp aritu meols mrh dia klo ada antu ckp bebetol ni xpsl meols sakit lps urut she.She ckp dh buang semua meols xcaye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
sorry lambat sambung. biasa la hujung bulan. banyak kerja nak sttle
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Abang Zaki menunaikan permitaan mak. Abang Zaki carigali habis maklumat mengenai pengirim dan penerima pasu tu. Masalahnya, penerima nya Tak diketahui siapa. Yang pasti alamat nya  jauh di negeri selatan. Abang Zaki tawakal cari alamat penerima di Hulu Selangor. Malangnya rumah tersebut dihuni sekumpulan pekerja kedai tomyam dari Thailand. Masing2 Tak mengaku mengenali atau mengetahui apa apa mengenai pasu tersebut. Itu belum lagi cerita pasal kereta abang Zaki di gegar sepanjang Jalan. Kereta yang tiba tiba Berat macam tekan gear 1.

Sebaik saja abang Zaki menyampaikan berita hampa kepada mak, mak nampak kecewa. Abang Zaki masuk ke bilik melepas lelah penat seharian memandu.

"Dik. Kau Tau Tak?

"Tau apa mak"

"Hati mak Tak sedap"

"Sabar lah mak.. Kita usaha ikhtiarkan cara lain"

"Dik, kau bau Kan bilik abang zahar kau"

"Haah. Bau mak. Busuk gila"

"Kau Tau.. tu bau air Mani" mak menangis.

Aku terkejut gila. Tak Tau nak respon apa Kat mak. Aku cuma genggam tangan mak.

"Mak nampak dia peluk2 pasu tu dik"

Aku teringat gumpalan tisu yang banyak dalam bilik abang zahar. Bau yang busuk. Aku mual.

mak dah Tak mampu meneruskan cerita. Abang zahar didalam bilik sedang berlagu. Sejak sakit, abang zahar selalu menyanyi. Lagu yang Aku Tak pernah dengar dia nyanyikan sebelum Ni. Bahkan Aku juga Tak pernah dengar lagu tu di radio. Mak kata lagu zaman 50an atau 60an. Lagu yang mak dengar Masa mak masih kecil.

Kadang2 tengah malam dia menyanyi. Meremang bulu roma Aku. Ada Masa dia ketawa seorang. Dan kadang2 Aku dengar suara lain berbisik2 manja dengan abang zahar. Aku Tak berani mengintai. Mak pun larang Aku mengintai.

Pagi esok nya, Hari ahad. Abang Zaki cuti. Mak ajak abang keluar. Dua orang anak lelaki Pak cik ayub Dan cik sal sendiri datang temankan Aku jaga abang zahar. Mak bawak pasu tu keluar sama. Itu pun selepas bersusah payah anak2 pakcik ayub Dan abang Zaki berhempas pulas dengan abang zahar.

kata mak nak buang pasu tu dalam sungai Klang. Sepeninggalan mak, abang zahar menangis. Sayu suaranya.

Selepas beberapa jam, mak balik. Mak kata dia dah buang pasu tu dalam sungai. Kami cuma mampu berdoa je sekarang.

Menjelang malam, kami semua dengar suara ramai orang dalam bilik abang zahar. Riuh rendah. Sekejap dengar suara abang zahar berselang seli. Mak beranikan buka pintu. Aneh, abang zahar sedang duduk di lantai bersandar pada birai katil dan pasu yang mak buang siang tadi Ada di depan abang zahar.

Abang zahar tersengih memandang kami. "Bini aku dah balik" katanya.

Mak tarik tangan aku keluar.

Beberapa Hari lepas tu mak bagitau aku abang mak yang tinggal di perlis nak datang. Pak long aku ni dah lama Tak datang ke rumah kami. Faktor umur. Pak long ni guru agama dan sebelum pencen, mengajar di kelantan. Selepas bersara dia balik tinggal di kampung halaman d perlis (mak aku asal perlis)

Pendek Kan cerita, paklong sampai. Dia tengok keadaan abang zahar Dan geleng kepala. "Zahar Ni dah terkena tipudaya syaitan ni" "taknada yang boleh Bantu Kita melainkan kuasa Allah. Malam Ni Kita buat solat hajat." Putus paklong.

Malam tu kami pun buat solat hajat bersama2. Esok nya mak rampas pasu dari abang zahar. Mak hempaskan pasu. Pasu tu pecah. Peliknya di bahagian bawah tapak pasu tu, Ada sekeping kayu bertulis tulisan tulisan yang kami Tak faham. Macam lakaran sesuatu. Patutlah masa Pak haji berjubah tu Cuba ruqyah abang zahar dulu tu bgtau yang dia asal dari kayu. Kayu tu mak bakar. Sisa pasu tu mak suruh abang Zaki buang jauh dari rumah. Paklong Ada jugak baca2 sikit. Tapi selepas tu mak kena penyakit gatal2 Kat tangan Dan kaki dia. Kadang2 Naik biji biji berair. Kalau datang gatal2 tu, memang kesian tengok mak menggaru.

Selepas pasu tu Tak Ada , abang zahar Tak banyak cakap. Lama jugak keadaan dia macam tu. Kadang2 cakap sorang sorang. Merata jugak lah mak cari perawat untuk rawat dia. Hampir setahun kami bawa dia jumpa perawat. Sambil carikan ubat untuk penyakit mak. Ada jugak perkembangan abg zahar. Dia dah nak brcakap dengan kami. Dan pandai kemas bilik sendiri. Dah rajin tolong mak kemas rumah balik macam dulu. Cuma dia kerap termenung jauh. Dia pun dah boleh balik mengajar semula.

Sampai lah Satu hari tu, dia cakap Kat mak "mak, zahar nak kawin lah mak" mak pun apa lagi. Sibuk carikan calon isteri untuk abang zahar. Abang zahar mak kahwinkan dengan anak saudara pakcik ayub. Kerja cikgu jugak.

Sekarang abang zahar pun dah kahwin. Dia dah sihat Dan ceria balik macam dulu. Ambil Masa 3 tahun juga lah nak pulih tu. Mak pun dah pulih. Penyakit gatal2 dia dah hilang sepenuhnya lepas abang zahar kahwin.

Habisss
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 11:38 AM | Show all posts
waaa. habis dah ceritanya. baguslah zahar dah kawen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.114712 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list