CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1456|Reply: 11

[Tempatan] Kerana kasihan melihat kekasih terpaksa berulang alik dari Dungun ke Kuala Teren

[Copy link]
Post time 25-9-2018 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 25-9-2018 09:01 AM




RAHSIA seorang gadis bawah umur yang tinggal serumah bersama kekasihnya sejak dua minggu lalu terbongkar, selepas ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) Terengganu di rumah sewanya di Kuala Ibai, di Kuala Terengganu, semalam.

Gadis berusia 16 tahun dan sudah tidak bersekolah serta pasangannya berusia 25 tahun itu ditahan dalam serbuan, kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Sumber berkata, serbuan dilakukan selepas menerima aduan penduduk setempat yang curiga melihat pergerakan pasangan terbabit kerana rumah itu turut didiami beberapa wanita lain sebelum ini.

Katanya, ketika serbuan, hanya pasangan terbabit berada di dalam rumah dengan si gadis hanya memakai baju-T tanpa baju dalam dan berseluar pendek, manakala pasangannya hanya memakai 'boxer'.

“Ketika soal siasat, pasangan terbabit mengaku tinggal bersama sejak dua minggu lalu dan mendakwa sudah beberapa kali terlanjur sepanjang perhubungan mereka.

“Pasangan itu turut memberi alasan hanya berehat di dalam bilik berkenaan kerana mereka bekerja sebagai pembantu kedai di restoran di bandar raya ini pada malam,” katanya.

Sumber berkata, gadis terbabit mengaku mereka sudah bercinta sejak empat bulan lalu dan membenarkan kekasihnya tinggal bersama kerana kononnya kasihan melihat lelaki terbabit yang terpaksa berulang alik dari Dungun ke Kuala Terengganu.

Katanya, pasangan terbabit turut mendakwa mempunyai perancangan untuk berkahwin dan dalam proses mengumpul wang.

Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

“Pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 September 2018 @ 6:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 09:05 AM | Show all posts
umor 16 dah bersedapan... wow... msti best sgt2 kan..

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:08 AM | Show all posts
Gadis bawah UMUR telah main banyak round dgn BF sebelum ditangkap hanya berbaju-T tanpa sarung KOPEK & berseluar pendek
Post time 24-9-2018 07:14 PM
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1125594&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:27 AM | Show all posts
mak budak pompuan ni tak reti ke cari mana anak dia membirah... dua minggu kot anak dia dok ngan jantan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:47 AM | Show all posts
aku baca forum kat pc..gigih aku zoom boxer mamat tu sbb nmpk mcm terbonjol ..tgh bersoal siasat ngan jabatan agama blh hidup x nyuruk takut ke hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 12:24 PM | Show all posts
umur 16 tahun dah menyewa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2018 12:33 PM | Show all posts
Sebaaaaat.  Kalau boleh buat Kat stadium pula kali ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 03:33 PM | Show all posts
hmmmmmmm kawin je lah biasa2 dik x pyh la nak tgu proses menyimpan wat mjls grand2.

elok sbnrnya ko sekolah je, cri kije elok2. bukan membirah mcm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2018 03:37 PM | Show all posts
manehnya replied at 25-9-2018 09:05 AM
umor 16 dah bersedapan... wow... msti best sgt2 kan..

Tak penah rasa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 03:45 PM | Show all posts

ms umor nam blas x rase lagi la.............. dok sibuk p skolah je kiteew  
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 03:47 PM | Show all posts
boxer dia..hahahahhaha.gigih ko dik 16 tahun tak sekolah. haishh...nak kwen bila dik umur 17 or 18?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 03:50 PM | Show all posts
manehnya replied at 26-9-2018 03:45 PM
ms umor nam blas x rase lagi la.............. dok sibuk p skolah je kiteew

Dah habih skolah dah rasa la? sama je sedap dia tu kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.272474 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list