Gejala sosial yang menular di kalangan pelajar terutama di sekolah rendah semakin membimbangkan masyarakat.
Terbaru, di kala anak-anak lain sibuk dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), tular di laman sosial video dua remaja bercumbuan dengan penuh romantis!
Menerusi video dari aplikasi TikTok itu, jelas kelihatan dua remaja terbabit tanpa segan silu menayang kemesraan untuk tatapan masyarakat.
Apa yang ada dalam fikiran mereka ketika itu? Tidakkah mereka memikirkan air muka ibu bapa dan keluarga yang bakal menerima tempias kecaman orang ramai selepas menonton aksi tidak senonoh anak sendiri?
Inilah jadinya apabila kecanggihan teknologi disalahgunakan terutama apabila segala aktiviti tidak dipantau ibu bapa.
Rata-rata penonton meluahkan kebimbangan mereka terhadap nasib anak-anak yang semakin terdedah dan mudah terpengaruh dengan gejala negatif.
Rasa nak bagi penerajang je!
Kredit foto: Facebook/Twitter
Inilah jadinya apabila ibu bapa terlalu memanjakan dan mengikut kehendak anak-anak hingga tidak boleh ditegur. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika nasi sudah menjadi bubur, kelak sukar untuk mengubah tabiat mereka. - CARI |