CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1112|Reply: 4

Saya Sudah Lama Sertai Parti Bersatu- Syed Hamid

[Copy link]
Post time 26-9-2018 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Hujung minggu lalu kemunculan Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar ketika sambutan ulang tahun Amanah menarik perhatian pihak media dan menimbulkan tanda tanya penyertaan beliau dalam parti berkenaan.


Kredit foto: carian internet



Susulan itu, bekas menteri dan ahli politik veteran Umno itu tampil menjelaskan dirinya telah lama menyertai Bersatu dan kini dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pemilih parti yang diasaskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.


Sinar Harian melaporkan, beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media berkaitan Konvensyen Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Krisis Rohingya di ibu negara semalam.


Menurut Syed Hamid yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), borang keahliannya telah diserahkan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas beliau meninggalkan Umno Jun lalu.


Jelas beliau, Umno ditinggalkan kerana beliau tidak mampu lagi berpura-pura seolah-olah parti itu baik-baik saja namun hakikatnya tidak begitu.


“Saya juga tidak pernah terfikir sebelum ini untuk meninggalkan Umno, parti yang ‘melahirkan’ saya namun perjuangannya tidak sama lagi."


Kesal beliau, kepemimpinan Umno sejak beberapa tahun kebelakangan ini memusnahkah imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2018 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
apabila ramai ahli umno msk bersatu..maka...jadilah....'BERSATU UMNO'@2.0.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baca cm syed sadiq..cm peliks
Rupanya syed hamid
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 01:05 PM | Show all posts

tembolok kena jaga gak

gadai diri, gadai maruah tarak problem

perjalanan ke kubur lama lagi

pasti sempat bertobat

fikir mereka











Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya.. maka terbentuklah bersatu umno 2.0
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.365166 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list