View: 1889|Reply: 7
|
Tak Tahan Anak Menangis, Ibu Mabuk Tikam Bayi 8 Bulan
[Copy link]
|
|
Padah mabuk, seorang wanita dituduh melakukan cubaan membunuh selepas didakwa menikam anaknya berusia lapan bulan kerana tidak berhenti menangis.
Memetik The Sun, Adelina Khairnasova didakwa melakukan kesalahan itu terhadap anaknya, Tolik di sebuah bandar di Urussu, sebelah barat daya Russia.
Sebelum kejadian, Adelina dilaporkan minum arak bersama teman lelaki dan seorang rakan wanita di rumahnya, sementara bayi malang itu tidur di dalam bilik.
Difahamkan, mangsa terjaga pada tengah malam dan menangis selepas berlaku pertengkaran di antara tertuduh dan kekasihnya yang tidak didedahkan namanya.
Berang dengan tangisan Tolik, Adelina didakwa menuju ke bilik mangsa dengan sebilah pisau sebelum menikam bayi itu beberapa kali di leher dan perut.
Rakannya yang juga tidak dinamakan dikatakan menarik Adelina untuk menjauhkannya daripada mangsa sebelum menghubungi ambulans.
Tolik mengalami beberapa kecederaan, tetapi lukanya tidak dalam dan tidak menjejaskan organ dalaman. Selepas dirawat, mangsa dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk dipantau.
Bayi malang itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan dijangka pulih dengan baik.
Kredit foto: The Sun
Adelina berdepan tuduhan melakukan cubaan membunuh dan dijatuhkan hukuman tahanan rumah selama dua tahun, jika sabit kesalahan.
Berikutan itu, tertuduh dijangka kehilangan hak penjagaan anaknya yang kini dalam jagaan pekerja sosial. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
arak membunuh
haramkan straw plastik
|
|
|
|
|
|
|
|
Gila.awat tak tusuk bf tu..kesian anak..bodo nya pompuan ni{:dot{:dot |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah mabuk |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok nama dia
Teringin plak nak minum air soya.. |
|
|
|
|
|
|
|
x mabuk pun klu anak asik menangis mmg depress dbuat nye...anak i jenis high needs baby...sentiasa nk perhatian, didukung, suka nangis..haihh..nasib la masih kuat iman |
|
|
|
|
|
|
|
macam sini juga..
winter lepas, orang awam jumpa stroller
baby dekat park, tapi tiada baby, curious betul dorang,
so call polis..
polis buat siasatan sampai jumpa mayat baby dalam tong sampah..
kes sama juga.. bf marah sebab anak asyik nangis...
kes baby ni buat satu bandar menangis...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|