Alamak, ingatkan netizen saja bengang dengan tindakan Janna Nick mengenakan bayaran untuk membuat ucapan Hari Jadi.
Terbaru, pelakon Sharifah Sakinah turut memerli Janna dengan membuat ucapan Selamat Hari Lahir kepada Fazura dalam sebuah video di laman Instagramnya.
"Happy birthday kakak baby @missfazura daripada baby kakak. Sayang awak juga @Jannanick #wishservicebyjannanick," tulisnya.
Ramai juga pengikutnya terhibur dengan video berkenaan dan bersetuju bahawa tindakan Janna mengenakan bayaran Rm50 adalah sesuatu yang agak melampau.
Bagaimanapun, ada juga yang menyebelahi Janna dan berkata, mungkin pelakon itu akan menggunakan wang berkenaan untuk tujuan amal.
Sementara itu, video berkenaan turut mendapat perhatian Janna yang menuduh Sharifah Sakinah artis sendu.
"Artis tingting sendu ni pun nak berbunyi jugak," katanya menerusi IG Story.
Kredit foto: IG Sharifah Sakinah/Janna Nick
Alamak, bakal perang ke dua pelakon ini? Tetapi, jika dilihat dari personaliti mereka yang suka bergurau kasar, tidak mustahil Sharifah Sakinah berbuat demikian untuk membantu mempromosikan perniagaan produk penjagaan kulit, Sephia Janna. Kita berfikir baiklah, tak begitu? - CARI |